19 April 2011

MENU DIET : SAYUR AIR





Satu lagi menu diet yang boleh dikongsi. Seperti biasa menu diet mestilah tanpa minyak kan.. lemak jauh sekali. Saya selalu makan sayur air ni waktu tengahari. Bagi yang baru nak mulakan diet boleh makan dengan nasi atau tambah kuey tiaw ataupun mee hoon... Tapi saya tak makan la nasi.. sayur air itu sahaja..


Bahan-bahannya;
1 ikat sawi (saya guna sawi yg pendek)
1/8 kobis
beberapa hiris petola
1/4 carrot
1 biji lada besar
1 bungkus fucuk dan soon (betul ke ejaannya) 
Segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
beberapa fish ball dan fish cake
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu kecil chicken seasoning powder


Cara membuatnya;
- Didihkan air dalam kuali.
- Tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis. Campakkan bahan2 tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam, gula dan chicken seasoning powder.
- Masukkan carrot, fish ball dan fish cake.
- Masukkan fucuk dan soon.
- dan akhir sekali masukkan sayur-sayurandan lada besar tadi ke dalam kuali.
- Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.


Senang kan...sayur air ni sesuai sangat la untuk orang yang malas masak kan.. Resepi ni adalah untuk 3 hingga 4 orang.. Selamat mencuba!

4 comments:

  1. saya pun selalu msak mcmmni sonang...

    ReplyDelete
  2. Btul tu. Senang Dan menyihatkan

    ReplyDelete
  3. wah..sy makan kat kedai waktu tengahari,cmne nk dpat mkann camni...

    ReplyDelete
  4. rini.. minta kdai tu buatkan.. order sup sayur.. minta dia jgn tumiskan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments