27 November 2014

PANDORA : RAMAI YANG TAK FAHAM

Hi Semua!

Tajuk entry ini jalan pula disalahertikan.. ianya bertujuan untuk menerangkan atau menjelaskan perbezaan antara Pandora dengan yang lain.

Situasi 1
Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Seperti biasa setiap hujung bulan Jabatan Bendahari akan mengadakan Program Tazkirah Bulanan.. Tajuk pun best. "Mencari Bahagia Hakiki". Apa yang saya dapat kongsikan apa yang ustazah katakan tadi adalah : 

"Dalam kubur tiada siapa yang boleh menemani kita, Kita hanya bersendirian. Semuanya kita tinggalkan ; anak, suami, isteri, keluarga dan teman baik. Yang ada disisi kita hanyala Al-Quran yang memberi syafaat"

Dalam benar kata-katanya...

Hmm... cukuplah cerita pasal tazkirah...

Seperti biasa aku pakai gelang kesayangan ku ; Pandora di tangan kiri dan sebelah kanan gelang emas 916 (design macam pandora). Jam dah lama dah tak pakai... tengok time kat hand phone ajela...

Ramai pulak yang menegur. Mungkin lengan baju aku hari ni agak senteng.. so nampak la kot.. dalam hati, nyesal tak pakai jaket.

Yang kelakarnya.. ayat yg sama.... Ayatnya bunyi gini;

"Eh cantiknya kak ira punya gelang.. pandora la..."
(Tapi mata menjeling kat tangan kanan - emas 916)

Ada juga antara mereka pegang terus tangan kanan dan sentuh gelang 916 tu (akak tak kisah pun).... Eh Peliknya satu hari dapat ayat sama camni..


Situasi 2

Setelah demam pandora menggila... secara tak langsung nya akak telah 'ter'join closed group kat FB. Nama group "PANDORA Exclusive Club". Lagi la akak pengsan tengok gelang group member yang lain semua cantik2 belaka... Group ni jugak memberi inspirasi untuk charm arangement kan.. Anyway i'm newbie dalam group ni..

Ada salah sorang dalam group tu telah upload gambar emas 916 yang ada charm jugak (cam design pandora) dalam group ni. Sorry akak tak sempat nak screen capture post tu (dalam hati nyesal nyaaa...tak tahu nak wat enty ni). 

Yang akak ingat komen ahli group yang lain adalah (lebih kurang la. kalau salah ampun dan maaf ye);

Comment 1 : This is not Pandora!
Comment 2 : Pelik! kenapa lepas posting ni.. Kalau biasa, dah lama kena delete gambar ni.
Comment 3 (mungkin admin) : Mohon delete gambar ni.. Untuk emas 916 group sebelah lagi.. bukan group ni.
Comment 4 : Salah masuk group ni...


Thought

Apa yang aku fikir adalah.. mereka faham pandora adalah sejenis design gelang... 

hmm benarkah begitu? Habis.. tiga orang yang tengok gelang tu cakap aku pakai gelang pandora tapi tunjuk kat gelang 916.. Ini berlaku dalam tempoh satu hari...

Aku percaya yang besok dan lusa pasti ada lagi orang yang tegur camtu lagi...

To Educate

1. Pandora adalah sejenis brand bukan design gelang i repeat... bukan design gelang. Official Website adalah http://www.pandora.net/en-my . Ni Malaysia punya. Harga dalam MYR.

2. Pandora juga adalah jenama International. Ada banyak cawangan di seluruh pelusuk dunia. Di antartika tak pasti.

3. Pandora Malaysia dimiliki oleh Habib Jewels Franchise Sdn. Bhd. Cawangan pandora pun banyak. Tapi rupa butiknya cam kat bawah ni sahaja.

Sumber : The Star


4. Jenama pandora tidak terdapat di mana-mana kedai emas seperti Wah Chan, Poh Kong atau Kedai Emas Che Omar (yg ni aku reka)

5. Kesilapan penjual adalah menamakan gelang mereka dengan nama 'gelang pandora'. Sepatutnya penjual menamakan gelang mereka dengan nama sendiri.. contohnya: design anggerik ke or ape-ape lah.. (ok.. ni dah masuk bab branding plak).

6. For those yang duit terlebih boleh beli Pandora gold bracelet harga MYR6,760 (harga bracelet saje tak termasuk charm. Gold charm sebijik harga lebih kurang MYR1,470 sebijil. Combination bagi gold bracelet boleh mencecah MYR22k.

Contoh gold charm
Contoh gold bracelet


Combination
7. Gambar di bawah adalah perbezaan rupa antara Pandora dan gelang emas 916. Amacam ada beza tak? Memang beza sangat. 



Tetiba aku hilang perkataan...............


21 November 2014

PANDORA : DREAMS COME TRUE

Salam semua....

Orang sibuk ber'pandora' aku pun sama sibuk nak gak pandora. Orang dh lama pakai aku baru terhegeh-hegeh nak pergi beli.. Sebenarnya dah lama teringin nak pandora ni dan lebih 1 setengah tahun dah.. Tapi everytime lalu kat kedai dia mesti ingatkan diri... "eleh.. silver je pun.. bukannya emas ke hape.. dah la mahal! ceh".. Tapi ternyata.. tidak boleh menipu diri sendiri.. Daya tarikan pandora begitu kuat.. tambahan lagi dah bukak Pandora store kat ECM Kuantan.. Lalu tertewas lah lagi menahan nafsu. HAHA.. 

Bagi aku, Pandora ni sgt cute dan menarik.. sesuai la dengan hakak ni (eweeekkkk!!!) Daya tarikan pandora ni adalah design nya.. buatan nya halus.. combinasi nya buat ku tertawan dan tergoda... aduh!!

ABOUT PANDORA
Bagi yang dah tau pasal Pandora ni boleh skip this part ok.. duk diam2.. Info ni bagi yang tak tau je..

Pandora di Malaysia ni adalah milik Habib Jewels Franchise Sdn Bhd..  Sesuai la kan dengan prestige jenama tu kan.. Ada banyak cawangan di Malaysia ni.. Kalau di Kuantan. Hanya ada di ECM (Capita Malls).

Product pandora ni terbahagi kepada charm and bracelet, rings, dan juga necklace and pendants.

Bracelet terbahagi pulak beberapa jenis.. Silver, oxidized Silver (Kaler hitam) Gold 14k (yang ni mahal), leather, multi strand, dan jugak fabric..

Charms pulak terbahagi kepada - Clip charm (untuk lock kiri kanan tak bagi charm yg lain bergerak), Charm (selalunya berbentuk bulat dan besar), Spacers (duk ditengah2 charm) dan safety charms (untuk mengelakkan charm jatuh. Rupa cam rantai.. slalu gak ada pada gelang emas). 
----------------------------------------------------------------------------------

MY BRACELET
Yang aku obses sekarang ni adalah bracelet and charms.. di saat2 21hb (belum gaji) ini sahaja yang aku termampu.. haha.. korang jangan gelak ok!!


Akak beli satu sahaja iaitu clip charm.. sebab promoter tu kabo untuk starter kna beli 2 clips dan satu charm.. tapi akak bulum gaji lagi dik..haha.. Itupun harga dia bole tahan cekik darah Hokey...

Anyway adik promoter tu sgt friendly dan baik hati.. TQ dik sudi melayan akak yang banyak songel ni. Muka melayu cakap cina ngan promoter laen.. terconfius akak buat seketika..haha Akhirnya kluar jugak soalan yg racist dari aku.. "awak cina ke melayu" haha.. Jawapan dia ; " eh melayu kak."..oo good..godod.. pandai cakap cina..

Packaging dia puan ala2 sweet gitew.. paper bag ada ikat reben pink kat atas.. kotak anti fade.. ada skali ngan cleaning Cloth.



Cita2 nak wat collection.. tapi tak suka campur2 kaler.. First bracelet ni nak wat gabungan pink gold and silver. cam kat bawah ni.. aduh..jatuh cinta 



PENJAGAAN PANDORA
Menurut adik promoter tu.. pandora ni tak de masalah kalau kena air or sabun.. Tapi please avoid dari spray perfume directly kena bracelet and charm tu. Selain daripada tu.. elakkan dari terkena lotion... perbuatan tu semua boleh mengakibatkan daripada bracelet and charm tu fade...

Menurut product catalog yang dibekalkan bersekali dalam paper bag tu... (product catalog hanya diberi kepada first time customer je..)

"Gold and silver are malleable metals and therefore subject to wear and tear. Sterling silver in particular will tarnish over time, but tarnishing process will progress much faster if the silver comes into contact with agents such as perfume, salty air, sulfur, skin creams, hairspray, chlorine and acidic skin PH levels. The amount of tarnishing that occurs is dependent on the skin and skincare routine of the wearer. Tarnishing is therefore not a manufacturing fault."

So kesimpulan yang akak buat adalah... jangan pakai pandora sekiranya nak ke pantai, mandi swimming pool, dan pakai tak cabut2.. so akak memang simpan dalam kotak dia kalau tak guna... dan lagi satu.. akak ni memang minah losyen.. losyen kat rumah berbotol2.. suka sgt beli losyen.. so pakai losyen bile duk kat rumah and pastikan dah tanngal dan simpan Pandora dengan selamatnya..HAHA

Sayang wei.. beli mahal2 buat pakai lasak2.. ni bukan emas 916 pun.. mahal boleh tahan...

-------------------------------------------------------------------------
Ku anggarkan.. kalau letak gold charm pada gelang ni boleh mencecah puluh ribu.. (penuh keliling bracelet). Sebab pernah dapat brochure dia.. gold bracelet and gold charm.. harga RM22k hokey..

Gambar kat bawah ni adalah product catalog... ada sekali dengan harga ye...


Agak tebal jugak catalog dia.. ada 145 page.. akak sendiri pun tak abes belek..haha.. Sekarang before tidur..itulah bahan bacaan akak.. KATALOG PANDORA!!


Aku tak taulah rupa katalog ni bila dah sebulan pegang.. rasanya dah jadi cam bungkus belacan la agaknya..

Antara kiri dan kanan aku lebih sayang yang kat tangan kanan..tengok.. buruk perangai lagi..


Yang kiri tu inspired Pnadora gak.. tapi emas 916 ler...

Lastly nak tunjuk gambor resit.. tujuan untuk rujukan korang yang baru nak gi beli.. jangan salah anggap plak ye.. kang ada cakap aku berlagak tunjuk resit bagai kan.. please be open minded. Ramai lagi orang kaya kat luar sana.. stakat aku ni... cap ayam sajer..haha


Dapat gaji mau beli clip charm satu lagi dan yang charm yang juntai2 tu... Hubby kata..."hmm.. habis la.. ibu ada obsesi baru" Takpe yang... Yg penting blikan charm gak kat i ye..tolong i tambah koleksi..

Yang sedey nya Pandora Store yang kat kuantan ni takde gold charm.. hanya ada yg silver charm aje.. mungkin baru lagi.. Nanti korang upgrade lagi ye.. (wink..wink). Akak akan jadi regular customer korang.. Muahh!!!

Ok lah penat dah membebel.. BYE korang! Jumpa lagi di arena 'PANDORA MANIAC'.. Jangan bosan plak ye..

P/S : Panjang pulak post aku kali ni... Idea banyak so.. korang layan kan ajer..

19 November 2014

OLE OLE DARI LONDON

Salam semua!

Sebenarnya bukan saya yang ke London.. tapi Hubby... Takpela pergi tak ajak pun.. Tapi tak apa asalkan bawak balik ole-ole dari sana.. Kalau stakat key chain or fridge magnet tu tak heran la... tapi malu nak mintak... huhu buruk tak perangai!

Tetapi seperti biasa.. Hubby memang memahami bini dia hi..haha.. so dia belikan la... wallet.. ku sangkakan brand burberry sebab london kan.... rupanya lain plak brand nya (yg penting up lg pada burberry kan)... anyway i loike..hehe

so kita layan gambar dlu ye




Puas ngecek nak tau harga.. stelah begitu dan begini.. akhirnya hubby bagitau.. harganya 170 pound... bila didarapkan dengan 5.33 so jadila... hmm kira lah sendiri.. maleh bak tulis..hehe

Hmmm.. best dan happy... TQ hubby.. 

psst... sebenarnya ngidam wristlet.. bukan wallet..hehe

Tapi anyway.. cun melecun...

muah!!

04 November 2014

JALAN2 PERFECT LIVIN 2014

Ini adalah kes peram posting kat blog yang aku chentai ni..

Perfect Livin yang telah diadakan di SACC, Zenith Kuantan ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap pada 9-12 Oktober 2014 aritu..

budak debab ngan ayah

Tapi takpe.. biasalah pergi jalan2 takkan window je kot.. mesti nak gak beli kan..haha. tak tertahan godaan.. haritu masa pegi mega expo telah membooking kabinet dapur secara tak tersengaja..opss!! tak bole reveal lagi design nya sebab tak comfirm lagi.. hubby nak warna coklat... aku plak nak putih.. tengah pilih2 semua. deposit je bayar dulu dengan A'craft.

Kat pefect livin plak.. barang2 agak berkualiti dari home expo aritu..dan booth pun berbeza.. company yang ada mega expo macam takde je kat perfect livin. Macam2 ada.. set bilik tidur, kitchen cabinet, water filter, meja makan, sofa... macam2 la.. mula2 pergi hati berkenan sangat ngan sofa ni... cam nak bawak balik terus...



Cushion sofa ni menggunakan goose feather.. memang extra empuk dan sejuk..harga jangan cerita la RM8k++.. lagipun sofa ni saiz besar europe size.. cam best je golek2 kat atas ni sambil tengok tv...

Tapi.. disebabkan harganya begitu.. so we decide untuk pikir dulu dan round2.. so terjumpa pulak sofa yang ni...


cair sekali lagi..modern concept.. macam mana yang dh ada dlam kepala aku untuk wat rumah concept moden, simple dan praktikal. So apa lagi.. trus bayar deposit... hmm.. kejadian yang sama cam booking kitchen cabinet aritu..haha

Anak2 dah test tido dulu
tapi kan.. sofa yang kat bawah ni lagi canggih.. boleh jadi recliner... tak payah tarik2.. just selup je tepi sofa.. dia ada sensor kat tepi tu.. harga cam tak jauh beza pun.. tapi memikirkan dia guna sumber elektrik.. cam terpikir guane nak tarik wayar ke sofa tu.. pastu anak2 berlari sangkut plak wayar.. haish tak payah la nak canggih sangat...
tengok budak tu dah selup tangan..
Kami booking sofa tu sekali ngan coffee table depan tu.. boleh convert ke computer table.. bole la wat keje kat luar sambil layan movie..

Pastu yang menarik lagi kat perfect livin adalah.. kidz furniture.. brand tomato.. ikmal beria nak suruh beli bunk bed yang kat bawah ni..




Jawapan aku... cuba awak naik dulu katil tu.. ibu nak tengok..haha.. tak lepas plak dia naik.. maybe malu depan orang... so tak bole beli..

bunk bed ni kalau beli boleh jimat ruang..

And laaast skali.. tergoda gak dengan wardrobe ni... huhu nanges.. sabar.. sabar



Ok lah.. rumah tak dapat kunci lagi sebok booking itu dan ini...bye!

06 October 2014

OH MY COLOR!!

Hi semua!!

Sekarang ada hobby baru... huhu pergi wat lawatan tapak kat rumah baru.. dapat tengok bumbung pun jadilah.. haha parok.. ingatkan aku sorang je yang beria ria.. rupanya hubby and anak2 pun sama haha... 

Memang gitulah agaknya orang yang baru beli rumah. Korang camtu ke? ke kitaorg je macam tu. Advantage nya rumah yang kitaorg beli tu dekat je ngan rumah kitaorg sekarang ni..rumah parents.. memang sengaja beli rumah dekat ngan rumah mama.. apa-apa hal senang.. Balik kerja round skali kat rumah baru. Itupun kalau balik awal la.. kalau balik matahari dah terbenam.. takde harapan la nak meninjau. Agaknya mamat indon tu bosan tengok kereta kitaorang laki bini dok round sokmo kawasan tu...

Agak bagus jugak pemaju kitaorg ni... Grand Elephant.. office dia kat Jalan Telok Sisek, Kuantan.. area restoren Sri Affa tu...Progress rumah kami ni agak laju.. Setiap kali pergi mesti ada je yang baru diaorg buat.. 

Dan yang terkini adalah rumah dah cat.. tapi... FRUST dengan COLOR rumah ni.. adoi... Warna memang main peranan terhadap penampilan sesuatu rumah.. tapi cakap banyak tak guna.. Uolls tengok sendiri la.. malas nak cerita..






Nak kata hijau tak hijau.. nak kata kuning.. cam hijau pulak.. Haish entahla.. dah la tiang warna hijau lumut... pelik jugak kenapa dia tak guna warna perspektif yang dalam brochure diaorg tu.. lawo ape.. Terus rumah ni nampak cam murah walaupun hakikatnya memang murah...hmmm

Hubby kata cat putih semua senang.. hmm tengok la dulu.. kalau ada budget.. ok la bye!

14 September 2014

WEDDING CAKE (PURPLE + YELLOW THEME)

Hi Semua!

Hari ni nak share gambar wedding cake by RTC (Royal Town Cupcake) yang telah selamat deliver kepada customer di Bukit Goh Kuantan.

Order details ;
Cake and cupcake - Choc moist layer with ganache
Deco - Buttercream puple + yelow
Others - Using arcrylic stand 3 tier
Cake size 7 inch 
Cupcake Siz M 48 pcs

Price RM350 




09 September 2014

HOME PROGRESS : LOAN APPROVED

Hi Semua! (Feeling Excited)

Topik ini adalah topik yang paling ditunggu2 selama ini untuk di tulis dalam blog yang ku cintai ni..

Ingat lagi tak post hari tu Berlabuhnya Tirai 2013 yang ditulis sebagai summary bagi tahun 2013 (Tahun 2013 adalah tahun yang paling malas aku tulis dlm blog ni.. mood ke laut). Dalam post tu ada diceritakan pasal nak beli rumah. Panjang ceritanya.. dipendekkan cerita rumah yang aku cerita aritu kat Taman Peramu Permai (Double storey terrace house) tak jadi beli.. Setelah merempan.. merajuk... menangis sob sob.. akhirnya redha lah jawapan yang terbaik...hmmm...

Masa tu time boring kat opis.. terbukak la mudah.my search properties yang nak dijual di Pekan.. Aku ni hobi memang suka tengok gambar rumah orang..haha.. lantaklah.. terjumpa satu advertisement berkenaan satu taman perumahan 75% siap.. hmm... tangan gatal amik gambar then whats app kat hubby...pastu dia reply : jom try masuk loan.

Ni la advertisement nya


Hah!! terkejut beruk aku dibuatnya. Ingat main-main rupanya serius.. manyak syok la..

After submit doc untuk loan dan bayar booking RM500 then tunggu.. nak dijadikan cerita sepatutnya kalau maybank ni rasanya dapat tahu loan approve ke tak dalam masa 2 hari jek.. tapi PIC yang wat loan aku tu masuk hospital lak.. so kena la tunggu 1 minggu lebih.. time tu rasa tidaklah berharap mana sangat loan tu approve..Hmm..

After a week tunggu PIC maybank tu whatsapp hubby cakap loan approve.. masa tu rasa cam tak percaya je.. yeke tak.. berbunga2 perasaan time tu..lalala... tak henti2 nyanyi.. Lepas loan approve baru la bole cerita kat anak2.. dan yang paling penting buat lawatan tapak bersama diaorang. Jom layan gambar lawatan tapak hehe...



Time ni 1st visit.. tingkap dan pintu belum pasang lagi


Berpimpinan tangan

pose budak tak mandi


Ada hikmahnya rumah double storey tu tak jadi beli.. sebab kata pemaju rumah yang aku beli ni akan serah kunci this November 2015.. lebih awal dari yang diimpikan. Yela.. memang keperluan la.. anak2 dah membesar bagai johan kan. Sesungguhnya aturan Allah itu lebih baik.

So ini adalah summary rumah yang aku beli tu
Taman : Rendang Permai
Pemaju : Grand Elephant
Type : Semi-d
Bilik : 3
Bilik air : 2 

Memang kecik rumah ni sebenarnya.. syukurlah untuk permulaan ni.. Alhamdulillah atas kurniaan Mu..





AKU PERNAH BERSAMA 4 ORANG LELAKI

huuuh tajuknya sungguh menyeramkan.. tak ingat sungguh hu... hu... hu. Sebenarnya nak cerita.. inilah dia wajah2 kesayangan yang menceriakan saya saban hari.. kalau tak jumpa 4 orang lelaki ini boleh wat saya resah dan gelisah tak tidur malam..



Orang yang dimaksudkan adalah hubby tercinta dan 3 orang anak lelaki ku.. Mereka ni mempunyai sifat2 yang berbeza.. ada penyayang, ada manja, ada tanggungjawab, ada kelakor, pemurah dan rajin.. Hubby pulak orangnya sangat understanding... tengoklah senyuman diaorg memang penyejuk hati ini... rasa sangat bersyukur dikurniakan mereka berempat.

Lagi gambar.. tapi ikmal x de...



01 February 2014

Annual Dinner & Back To School

Assalamualaikum dan salam Sejahtera!

Tengok tajuk entri ni apa kena mengenanya Annual Dinner dan 'Back To School' tu. Adakah ianya dua cerita dalam satu entri ataupun memang takde kena mengena langung!

Haaa... Ni nak citer ni.. Sebenarnya 'Back To School' tu adalah tema ataupun dress code yang perlu dipakai semasa dinner kitaorang nanti.... Dalam hati memang @#$%^&* la kan... sape punya idea wat tema cam gitu... bak kata Shuib Sepahtu.. 'Pening ar!'

Dan persoalan yang paling utama adalah.. APA AKU NAK PAKAI.... Mengikut kata committee dinner ni kata.. apa2 karektor yang ada dalam sesuatu sekolah tu.. contohnya dari karektor Guru Besar, cikgu, murid, mak cik kantin dan juga tukang kebun,, Setelah puas aku meng'google' .. ada jugakla yang dah pernah buat tema ni masa annual dinner diaorg.. tapi bile diaorg bawak karektor cikgu sekolah memang tema tu cam tak jadik je... so jawapannya adalah.... memang kena pakai baju sekolah la... baru best.

So bagi menjayakan program ni kenalah sporting kan.... takkan nak pergi dinner tetiba nak pakai dress bagai  kan.. dah kata tema nya 'Back To School'.. Tapi... takkan nak bli baju sekolah.. cam membazir je.. pastu tak pakai dah. Ada jugak antara member beli baju sekolah dan lepas dinner dermakan kepada yang memerlukan... lagipun pakai sekali je...

Ada dua masalah kalau nak pakai baju sekolah ni
PERTAMA - Beli baju sekolah membazir. Kalau total semua dalam RM70 jugak wei.. complete dengan tudung sekolah.
KEDUA - Kalau nak pinjam pulak..... masalahnya ada ke orang yang saiz cam aku ni.. lagipun mak2 orang ni biasanya bumper kembang wei...

Setelah memikir dan pikir dan pikir akhirnya mendapat IDEA! jeng jeng....
My elderst son memang bersaiz besar... berat lebih dari ibu dia... Tapi dia lelaki.. camne nak gayakan.. so inilah hasilnya...


Tadaa... Baju kemeja, vest, tie, lencana.. semua pakai yang Waiz punya...Kain and tudung je beli. So saya jadi Pengawas Perpustakaan. Dan kebetulan.. lencana time sekolah masih simpan... Yeay!!!

Jom layan gamba2  dinner kitaorang. Dan kebanyakannya mengikut tema dan memang sporting.. and the best part of it... Bos kitaorang pun pakai baju sekolah.. hehe... memnag cute gitu.. Pendek kata sape yang tak mengikut tema pada malam tu memang malu besar... hehe


Meja pendaftaran pun ikut tema.. Haha kelakor...



Semua budget cute... hehe


Tidak dibenarkan mengandung semasa sekolah ye.. Tengok yang ujung (kiri).. pelajar juvana tu... sebab ngandung.. HAHA
Gambar kami semua... Yang pakai baju biasa tu... anggaplah . dia cikgu sekolah... (sebenarnya setiap kali dinner pakai baju biasa hehe) Bagi la tema apa pun...

Ada yang pakai baju sekolah biasa, baju sekolah swasta. pakaian beruniform, pengawas, tukang kebun dan juga pengawal traffic (dapat best dressed tu).




Bagi kesimpulannya... memang enjoy dan stress release yer.. walaupun tak menang sebarang cabutan bertuah, anugerah dan best dressed... hehe... Ok terima kasih sudi baca blog ni.. BYE!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments