Entry ini tiada kena mengena dengan yang idup ataupun yang mati.. Nama dan watak dalam entry ini jugak adalah rekaan semata-mata dari imaginasi penulis yang ntah apa2.. hu hu..
Apa akan jadi bila isteri merajuk ye? Mungkin ada yang tak nak cakap dengan husband, mungkin ada yang mogok tak nak wat kerja rumah, biarkan rumah bersepah, anak-anak dibiarkan main kotor dan tak payah mandi, kain baju tak basuh dan berlipat... dan mungkin juga ada yang baling pinggan mangkuk kat suami.. hmm ada ke yang cam gitu... ce tanya diri anda...berada dalam golongan yang camane.. Saya sendiri kalau sangat marah tak nak cakap apa2 buat seketika... beri masa untuk tenangkan diri agar dapat berfikiran secara rasional dan tidak emotional.
Tapi apa sebenarnya yang dimahukan oleh kaum isteri ni bila merajuk ye... Ok di bawah ni saya senaraikan apa yang si isteri mahu kalau merajuk dari pandangan kaca mata saya sendiri atau mungkin golongan isteri juga mahukannya :-
1. Pujuklah si isteri dengan kadar segera. Jangan dibiarkan pertelingkahan ataupun perselisihan faham berlarutan sehingga berhari-hari.. Percayalah hati isteri sememangnya mahu dipujuk.. trust me! Dan yang paling penting selesaikan kesemua salah faham, tersingung perasaan ataupun pertelingkahan sebelum masuk tidur.. kalau dibiarkan sehingga besok nanti beku...
2. Mintalah maaf sekiranya memang salah suami. Jangan malu dan rendahkan sedikit ego.. bukannya luak pun. Saya percaya isteri2 memang jenis memaafkan kerana kesemua kasih sayang hanya dicurahkan pada suami seorang..
3. Bagilah hadiah yang mampu dibeli.. its true money is not everything but everything is money.. Masa bercinta bukan main lagi.. merajuk sket kasi bunga la.. bila dah kawen... tak kesah pun kalau tak cakap berhari-hari. Isteri for sure rasa tak diperlukan lagi.. Tapi kasi hadiah ni sebenarnya tak boleh amal selalu...bahaya.. hu hu..
4. Hulurkanlah bantuan di rumah seperti mandikan anak, jaga anak kecik ketika isteri perlu buat sesuatu seperti nak buang air atau pun basuh botol susu.. memasak dan sebagainya.. jangan pikir isteri duk kat rumah goyang kaki dan relaks lepak tengok tv.. Pandanglah dengan mata hati..
5. Fikir dulu sebelum bercakap agar tidak melukakan hati isteri.. Wat pe kalau pujuk isteri tapi cakap perkara2 yang tak elok tentang isteri... Kalau cam gitu lebih baik diam!
6. Berilah perhatian kepada isteri sementara dia masih ada.. percayalah kasih sayang tetap ada untuk suami tetapi kuantitinya boleh berubah.. sikit atau banyak.. Suami yang selalu bagi perhatian pada keluarga selalunya bahagia.. What u give.. u get it back.. What goes around comes around
Oklah cukuplah sampai di sini sahaja saya membebel.. ini cuma pandangan saya yang jahil.. tapi saya percaya isteri2 diluar sana juga mahukan perkara yang sama bila merajuk kan.. betul tak?
No comments:
Post a Comment