21 November 2014

PANDORA : DREAMS COME TRUE

Salam semua....

Orang sibuk ber'pandora' aku pun sama sibuk nak gak pandora. Orang dh lama pakai aku baru terhegeh-hegeh nak pergi beli.. Sebenarnya dah lama teringin nak pandora ni dan lebih 1 setengah tahun dah.. Tapi everytime lalu kat kedai dia mesti ingatkan diri... "eleh.. silver je pun.. bukannya emas ke hape.. dah la mahal! ceh".. Tapi ternyata.. tidak boleh menipu diri sendiri.. Daya tarikan pandora begitu kuat.. tambahan lagi dah bukak Pandora store kat ECM Kuantan.. Lalu tertewas lah lagi menahan nafsu. HAHA.. 

Bagi aku, Pandora ni sgt cute dan menarik.. sesuai la dengan hakak ni (eweeekkkk!!!) Daya tarikan pandora ni adalah design nya.. buatan nya halus.. combinasi nya buat ku tertawan dan tergoda... aduh!!

ABOUT PANDORA
Bagi yang dah tau pasal Pandora ni boleh skip this part ok.. duk diam2.. Info ni bagi yang tak tau je..

Pandora di Malaysia ni adalah milik Habib Jewels Franchise Sdn Bhd..  Sesuai la kan dengan prestige jenama tu kan.. Ada banyak cawangan di Malaysia ni.. Kalau di Kuantan. Hanya ada di ECM (Capita Malls).

Product pandora ni terbahagi kepada charm and bracelet, rings, dan juga necklace and pendants.

Bracelet terbahagi pulak beberapa jenis.. Silver, oxidized Silver (Kaler hitam) Gold 14k (yang ni mahal), leather, multi strand, dan jugak fabric..

Charms pulak terbahagi kepada - Clip charm (untuk lock kiri kanan tak bagi charm yg lain bergerak), Charm (selalunya berbentuk bulat dan besar), Spacers (duk ditengah2 charm) dan safety charms (untuk mengelakkan charm jatuh. Rupa cam rantai.. slalu gak ada pada gelang emas). 
----------------------------------------------------------------------------------

MY BRACELET
Yang aku obses sekarang ni adalah bracelet and charms.. di saat2 21hb (belum gaji) ini sahaja yang aku termampu.. haha.. korang jangan gelak ok!!


Akak beli satu sahaja iaitu clip charm.. sebab promoter tu kabo untuk starter kna beli 2 clips dan satu charm.. tapi akak bulum gaji lagi dik..haha.. Itupun harga dia bole tahan cekik darah Hokey...

Anyway adik promoter tu sgt friendly dan baik hati.. TQ dik sudi melayan akak yang banyak songel ni. Muka melayu cakap cina ngan promoter laen.. terconfius akak buat seketika..haha Akhirnya kluar jugak soalan yg racist dari aku.. "awak cina ke melayu" haha.. Jawapan dia ; " eh melayu kak."..oo good..godod.. pandai cakap cina..

Packaging dia puan ala2 sweet gitew.. paper bag ada ikat reben pink kat atas.. kotak anti fade.. ada skali ngan cleaning Cloth.



Cita2 nak wat collection.. tapi tak suka campur2 kaler.. First bracelet ni nak wat gabungan pink gold and silver. cam kat bawah ni.. aduh..jatuh cinta 



PENJAGAAN PANDORA
Menurut adik promoter tu.. pandora ni tak de masalah kalau kena air or sabun.. Tapi please avoid dari spray perfume directly kena bracelet and charm tu. Selain daripada tu.. elakkan dari terkena lotion... perbuatan tu semua boleh mengakibatkan daripada bracelet and charm tu fade...

Menurut product catalog yang dibekalkan bersekali dalam paper bag tu... (product catalog hanya diberi kepada first time customer je..)

"Gold and silver are malleable metals and therefore subject to wear and tear. Sterling silver in particular will tarnish over time, but tarnishing process will progress much faster if the silver comes into contact with agents such as perfume, salty air, sulfur, skin creams, hairspray, chlorine and acidic skin PH levels. The amount of tarnishing that occurs is dependent on the skin and skincare routine of the wearer. Tarnishing is therefore not a manufacturing fault."

So kesimpulan yang akak buat adalah... jangan pakai pandora sekiranya nak ke pantai, mandi swimming pool, dan pakai tak cabut2.. so akak memang simpan dalam kotak dia kalau tak guna... dan lagi satu.. akak ni memang minah losyen.. losyen kat rumah berbotol2.. suka sgt beli losyen.. so pakai losyen bile duk kat rumah and pastikan dah tanngal dan simpan Pandora dengan selamatnya..HAHA

Sayang wei.. beli mahal2 buat pakai lasak2.. ni bukan emas 916 pun.. mahal boleh tahan...

-------------------------------------------------------------------------
Ku anggarkan.. kalau letak gold charm pada gelang ni boleh mencecah puluh ribu.. (penuh keliling bracelet). Sebab pernah dapat brochure dia.. gold bracelet and gold charm.. harga RM22k hokey..

Gambar kat bawah ni adalah product catalog... ada sekali dengan harga ye...


Agak tebal jugak catalog dia.. ada 145 page.. akak sendiri pun tak abes belek..haha.. Sekarang before tidur..itulah bahan bacaan akak.. KATALOG PANDORA!!


Aku tak taulah rupa katalog ni bila dah sebulan pegang.. rasanya dah jadi cam bungkus belacan la agaknya..

Antara kiri dan kanan aku lebih sayang yang kat tangan kanan..tengok.. buruk perangai lagi..


Yang kiri tu inspired Pnadora gak.. tapi emas 916 ler...

Lastly nak tunjuk gambor resit.. tujuan untuk rujukan korang yang baru nak gi beli.. jangan salah anggap plak ye.. kang ada cakap aku berlagak tunjuk resit bagai kan.. please be open minded. Ramai lagi orang kaya kat luar sana.. stakat aku ni... cap ayam sajer..haha


Dapat gaji mau beli clip charm satu lagi dan yang charm yang juntai2 tu... Hubby kata..."hmm.. habis la.. ibu ada obsesi baru" Takpe yang... Yg penting blikan charm gak kat i ye..tolong i tambah koleksi..

Yang sedey nya Pandora Store yang kat kuantan ni takde gold charm.. hanya ada yg silver charm aje.. mungkin baru lagi.. Nanti korang upgrade lagi ye.. (wink..wink). Akak akan jadi regular customer korang.. Muahh!!!

Ok lah penat dah membebel.. BYE korang! Jumpa lagi di arena 'PANDORA MANIAC'.. Jangan bosan plak ye..

P/S : Panjang pulak post aku kali ni... Idea banyak so.. korang layan kan ajer..

3 comments:

  1. Huhu..nsib mcari d google..sy pminat pandora..alhamdulillah 916 dh full bracelet dgn tema handbag..nk collect pndora silver plk bab charms beads byk katun..sy pminat katun wlu dh 36an..hahaha..dh ada 3 charms kpala mickey,pikachu dan doraemon..pyah nk cari kpala pooh dan garfield..tp bila d gabungkn mcm x kena plk beads handbag cmpur dgn charms katun..jd kena asingkn tunggu gliran rezeki lain plk nk beli 916 tuk charms kpala katun nie..tp bila dh bca pnjelasan awk d atas tbantut dh impian nk beli silver pndora bila kena jaga pd losen sgala smua bnda..sy ska pkai gelang dua belah tgn wlu dlm umah je..haha..beli nk pkai kn..mekasih dgn pnerangan awk tue..skurang2nya sy dh tau silver pndora crewet dlm pnjagaan wlu design smua cute2..huhu..assalamualaikum..

    ReplyDelete
  2. Aha...sya pun pminat pandora silver..niat d hati x prnah padam slgi x dpt...pergilh beli ...harga dia..fuhh...blh beli cincin emas yg tbaltu klau tmbh 2/3rtus lgik...mahal...tpi d sbbkn mnat beli juga....tu lah...nak jaga dia plak susah hati...sya ni kaki losyen stiap masa

    ReplyDelete
  3. yang mana peminat pandora silver tu, saya nak tumpang iklan. saya nak letgo pandora silver dgn 3 charm 2 stopper RM1200 free bangle kosong. tak tahu nak jual kat mana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments