12 November 2011

MAJLIS IHTIFAL IKMAL





Hai semua readers!


Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa itu ihtifal ye? Ihtifal ni macam majlis / merayakan sesuatu / berkumpul dalam satu majlis (lebih kurang begitula..) haaa sebenarnya saya pun baru tahu masa anak yang sulung saya menerima sijil semasa sekolah tadika pada tahun 2009.


Anak saya bersekolah di Tadika Islam Pekan... silibus sekolah ni sama saje dengan pra sekolah yang kat sekolah kebangsaan tu tapi yang specialnya penekanan soal agamanya lebih siket.. diselang selikan dengan hafazan ayat quran dan doa-doa. Persoalannya sekarang mengapa hantar anak sekolah agama sedangkan di luar sana orang berebut-rebut nak antar anak ke kindergarten english stream...


Jawapannya adalah.. hidup ni kena balance dunia dan akhirat. Bagi saya kalau cemerlang agamanya insyaallah yang lain2 akan cemerlang.. tak kira la English ke BM ke math sains ke atau ape pun subjek yang diajar di sekolah kebangsaan nanti. Bukan hanya persediaan untuk ke sekolah rendah tapi untuk persediaan hidup sebagai Islam.


Memang boleh dipuji pelajar-pelajar yang dah tamat dari Tadika ni.. semua bacaan dalam solat lancar, setakat doa harian ni jadi mainan diaorang je.. pendek kata sejuk perut ibu mengandung..


Suka di sini saya quote ucapan Dato' Mufti Negeri Pahang " anak-anak yang  mempunyai latar belakang / pendidikan agama yang kuat insyaallah akan terhindar dari penyakit sosial yang berlaku pada anak2 remaja sekarang. Kes-kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi hasil daripada hidup tidak berlandaskan agama.. insyaallah anak2 yang belajar di Tadika Islam ini akan berjaya di dunia dan di akhirat". 


Majlis Ihtifal bermula pada jam 9 pagi dan dirasmikan oleh Dato' Mufti Negeri Pahang, bacaan doa dan persembahan pelajar-pelajar. Sorry to say la ye.. diaorang memang takde persembahan menari-menari ni semuanya bacaan doa dan bacaan dalam solat...


Banyak juga la Ikmal ambil bahagian dalam persembahan... Nasyid (lagu Taubat dan Pergi Tak Kembali), Pantun, Bacaan Solat, Rukun Negara, Rukun Iman dan Islam dan Pertandingan Pakaian Menutup Aurat (walaupun tak pernah menang.. hu hu).














Best part kepada Majlis Ihtifal ni sebenarnya yang membuat diriku begitu bahagia dan happy sangat adalah anugerah yang ikmal menangi... Dia dapat anugerah ;
1. Anugerah Pelajar Tokoh 2011.
2. Anugerah Pelajar Pelajaran Cemerlang.










Dalam tentatif yang diedarkan saya terconfius seketika... kenapa Ikmal tak dapat Pelajar Berpuasa Penuh? hmmm confius... sedangkan dia memang seorang yang sangat taat berpuasa walaupun demam tau.... rupa-rupanya cikgu cakap masa first day berpuasa dia terlupa yang dia berpuasa.. dia join kawan-kawan lain makan.. hu hu... takpela terlupa dan wat camne...






Anyway.. terima kasih la kepada ibubapa lain yang congrats anak saya ye... antara comment diaorng pun sangat positive... "Ikmal memang layak jadi pelajar tokoh" dan "Ketokohan Ikmal memang terserlah".






Masa cikgu mintak tulis biodata ikmal tu memang dah agak dia akan dapat Anugerah Pelajar Tokoh tu tapi malas nak berharap sangat.. nanti hampa...


Lastly.. congratulation Ikmal... Semoga cemerlang sampai bile2 walaupun ada orang yang comment benda2 negative.. macam...."okla tu.. kecik je kot cemerlang.. bila besar nanti tak tau la..." hu hu.. tapi kenapa ye... takpe terima kasih ye... 


Terima kasih juga kepada yang lain2 yang banyak membantu....


Bye! 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments