Tahniah diucapkan kepada yang baru mendaftar menyambung pengajian dan tak lupa juga yang mendaftar semester baru... (tahniah la juga kan sebab lulus exam dengan jayanya).. Pasti anda tertanya-tanya bagaimana caranya nak buat pengeluaran KWSP untuk bayar yuran korang kan.... Pada yang dah tau tu takpela..ni bagi yang tak tahu.
Untuk makluman gang semua.. saya telah membuat pengeluaran KWSP ni sebanyak 12 kali (lamanya belajar.. he he he) dan mungkin pengalaman saya ni berguna untuk dishare kepada semua.
Ada beberapa keadaan yang membolehkan korang claim KWSP ni..... antaranya adalah :
- Anda buat bayaran dahulu kepada IPT dan claim dengan KWSP. Cek bayaran akan dibuat atas nama anda atau pengkreditan terus ke akaun.
- Bayaran terus ke IPT. Cek akan dihantar terus ke IPT..
- Pembayaran kepada institusi pemberi pinjaman.. seperti contoh ; Yayasan Pahang, MARA dll.. Tetapi boleh dibuat bagi perjanjian loan 2002 ke atas (kalau tak silap)
Di dalam post kali ini ada sedikit guidline yang diharapkan dapat membantu kawan-kawan semua untuk membuat pengeluaran KWSP ok.. Layanzzzz.....
Step 1 :
Make sure baki dalam akaun dua korang mencukupi. Camne nak tau? ada beberapa cara..
- Berpandukan statement KWSP yang korang terima setiap tahun tu la... kalau hilang camne pulak???? takpe... kita cuba cara kedua. Contoh statement tu camni..

- Print kat kiosk KWSP.. Saya selalu print di kiosk di cawangan KWSP di Kuantan. Hanya masukkan IC korang dan ikut arahan yang tertera pada skrin sesetuhnya. Kiosk ni akan print statement tu dengan jayanya. Rupa kiosk tu camni la..
- Print statement online di website www.kwsp.gov.my under i-akaun. Tapi kena create akaun kat kiosk dlu gak sebelum masuk kat website dia.
Dapatkan borang pengeluaran pendidikan... Boleh didapati di KWSP sendiri, Minta kawan-kawan yang ada borang tu fotostat dan amik jela kat sini
BORANG KWSP
Nota :
- ISI BORANG DENGAN PEN DAKWAT HITAM. SEKIRANYA BIRU AUTOMATIK BORANG ANDA AKAN DIREJECT.... Kena tulis semula....
- Sila pastikan borang lengkap diisi dan semua supporting dokumen juga lengkap kalau tak pegawai KWSP tak terima borang tu.
- Bagi permohonan kali pertama.. perlu attached sekali dengan surat tawaran.
- Setiap semester perlu ada surat pengesahan mendaftar semester dari IPT masing-masing.
- Statement bank pula kalau ada simpan lebih baik. Tetapi sekiranya tiada.. pergi bank (customer service) dan minta slip pengesahan no akaun. Statement dari Maybank2u adalah tidak diterima.
- Semua dokumen original seperti statement bank, I/C, surat tawaran dll perlu dibawa semasa menghantar borang tersebut.
- Salinan supporting document yang dikepilkan akan disahkan oleh Pegawai KWSP itu sendiri.
- Sila pastikan susunan supporting document seperti turutan dalam checklist pada borang.
Step 3 :
Pergi ke KWSP bagi penghantaran borang. Amik nombor di kaunter depan. Apabila no giliran anda dipanggil Pegawai KWSP akan ....
- Minta IC.
- Menyemak borang anda dan supporting dokumen.
- Minta dokumen original dan buat pengesahan pada salinan.
- Ambil cop jari tangan kanan dan kiri anda pada borang.
- Jari jugak akan di scan dengan alat kat situ bagi ujian pengesahan ibu jari.
- Selesai proses... dan make sure anda dapat satu slip pengesahan.
OK la... ini sajalah yang dapat dikongsi bersama kawan-kawan... harap info ini berguna... Mohon maaf sekiranya ada kesilapan dalam proses pengeluaran KWSP ni... maybe KWSP dah buat perubahan dalam sistemnya....Anyway SELAMAT MENYAMBUNG PENGAJIAN!

No comments:
Post a Comment