29 December 2010

SELAMATKAN BUMI!

Pernahkah anda tertanya apakah peranan anda bagi menyelamatkan bumi yang telah tua dan wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu? Sekiranya ada pernah terfikir.. saya rasa itu sudah cukup bagus.. jangan kita sibuk dengan urusan harian sehingga tidak pernah terfikir untuk melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Bak kata cerdik pandai 'don't be third class mind'.


Kerajaan telah mulakan pelbagai kempen untuk menyelamatkan dan memelihara alam sekitar kita. Di Kuantan khususnya telah ditetapkan hari tanpa beg plastik. Kempen ini berkuatkuasa pada setiap hari Sabtu. Terdapat juga kedai-kedai yang kita sering kunjungi telah mengambil initiatif awal bagi memerangi isu ini. Contohnya, The Body Shop mengenakan caj sebanyak RM0.20 bagi beg kertas yang kita minta. Kebiasaanya saya akan letak sahaja dalam handbag sebab barang-barang yang dibeli bersaiz kecil. Satu lagi contoh ialah McDonald. McDonald telah lama menukar beg plastik dan mennggunakan beg kertas yang boleh dikitar semula. Thumbs up! bagi kedua-dua company ni....



Penggunaan plastik memang bahaya dan tidak digalakkan kerana sebab-sebab berikut :


  • Beg plastik memerlukan masa selama 1000 tahun untuk terurai sepenuhnya.. lama tu! Bayangkan jika penggunaan beg plastik secara berterusan... itu telah pasti mencemarkan bumi kita.
  • Beg plastik boleh membunuh banyak haiwan terutamanya yang tinggal di laut / air seperti penyu dan ikan lumba kerana menyangka beg plastik adalah makanan (macam jelly fish).
  • Petroleum diperlukan bagi menghasilkan beg plastik. Seperti yang kita tahu... sumber alam seperti petroleum ini amat tehad dan akan habis dalam beberapa tempoh lagi. Kurang penggunaan beg plastik maka kuranglah penggunaan petroleum. Mungkin dapat mengurangkan harga (yela tu).
Untuk pengetahuan semua.. saya telah mulakan apa yang terdaya saya lakukan untuk selamatkan bumi yang kita cintai ini... Antaranya ialah :


  • Tidak menggunakan beg plastik bukan sahaja pada hari Sabtu.. malah setiap hari dengan membawa 'shopping bag' saya sendiri... shopping bag ini nampak je kecil tapi cukup muat untuk letak 'groceries' tunjuk sikit gambar....




Boleh lipat kecil dan masukkan ke dalam handbag
Kelemahan shopping bag ni adalah.. ia akan menyerap air sekiranya kita beli barang sejuk beku seperti nugget or fries... tapi tak mengapa ianya washable..



  • Tapau makanan dengan menggunakan bekas makanan dan tidak gunakan lagi bekas polistrin dan beg plastik...




  • Tapau air teh tarik dengan membawa termos ini ke cafe...

Setakat ini itu sahaja yang boleh saya lakukan untuk selamatkan bumi.Mulai sekarang saya bernekad untuk menyayangi alam sekitar kita untuk generasi akan datang! Saya telah mulakannya anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments