Tajuk entry ini jalan pula disalahertikan.. ianya bertujuan untuk menerangkan atau menjelaskan perbezaan antara Pandora dengan yang lain.
Situasi 1
Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Seperti biasa setiap hujung bulan Jabatan Bendahari akan mengadakan Program Tazkirah Bulanan.. Tajuk pun best. "Mencari Bahagia Hakiki". Apa yang saya dapat kongsikan apa yang ustazah katakan tadi adalah :
"Dalam kubur tiada siapa yang boleh menemani kita, Kita hanya bersendirian. Semuanya kita tinggalkan ; anak, suami, isteri, keluarga dan teman baik. Yang ada disisi kita hanyala Al-Quran yang memberi syafaat"
Dalam benar kata-katanya...
Hmm... cukuplah cerita pasal tazkirah...
Seperti biasa aku pakai gelang kesayangan ku ; Pandora di tangan kiri dan sebelah kanan gelang emas 916 (design macam pandora). Jam dah lama dah tak pakai... tengok time kat hand phone ajela...
Ramai pulak yang menegur. Mungkin lengan baju aku hari ni agak senteng.. so nampak la kot.. dalam hati, nyesal tak pakai jaket.
Yang kelakarnya.. ayat yg sama.... Ayatnya bunyi gini;
"Eh cantiknya kak ira punya gelang.. pandora la..."
(Tapi mata menjeling kat tangan kanan - emas 916)
Ada juga antara mereka pegang terus tangan kanan dan sentuh gelang 916 tu (akak tak kisah pun).... Eh Peliknya satu hari dapat ayat sama camni..
Situasi 2
Setelah demam pandora menggila... secara tak langsung nya akak telah 'ter'join closed group kat FB. Nama group "PANDORA Exclusive Club". Lagi la akak pengsan tengok gelang group member yang lain semua cantik2 belaka... Group ni jugak memberi inspirasi untuk charm arangement kan.. Anyway i'm newbie dalam group ni..
Ada salah sorang dalam group tu telah upload gambar emas 916 yang ada charm jugak (cam design pandora) dalam group ni. Sorry akak tak sempat nak screen capture post tu (dalam hati nyesal nyaaa...tak tahu nak wat enty ni).
Yang akak ingat komen ahli group yang lain adalah (lebih kurang la. kalau salah ampun dan maaf ye);
Comment 1 : This is not Pandora!
Comment 2 : Pelik! kenapa lepas posting ni.. Kalau biasa, dah lama kena delete gambar ni.
Comment 3 (mungkin admin) : Mohon delete gambar ni.. Untuk emas 916 group sebelah lagi.. bukan group ni.
Comment 4 : Salah masuk group ni...
Thought
Apa yang aku fikir adalah.. mereka faham pandora adalah sejenis design gelang...
hmm benarkah begitu? Habis.. tiga orang yang tengok gelang tu cakap aku pakai gelang pandora tapi tunjuk kat gelang 916.. Ini berlaku dalam tempoh satu hari...
Aku percaya yang besok dan lusa pasti ada lagi orang yang tegur camtu lagi...
To Educate
1. Pandora adalah sejenis brand bukan design gelang i repeat... bukan design gelang. Official Website adalah http://www.pandora.net/en-my . Ni Malaysia punya. Harga dalam MYR.
2. Pandora juga adalah jenama International. Ada banyak cawangan di seluruh pelusuk dunia. Di antartika tak pasti.
3. Pandora Malaysia dimiliki oleh Habib Jewels Franchise Sdn. Bhd. Cawangan pandora pun banyak. Tapi rupa butiknya cam kat bawah ni sahaja.
![]() |
Sumber : The Star |
4. Jenama pandora tidak terdapat di mana-mana kedai emas seperti Wah Chan, Poh Kong atau Kedai Emas Che Omar (yg ni aku reka)
5. Kesilapan penjual adalah menamakan gelang mereka dengan nama 'gelang pandora'. Sepatutnya penjual menamakan gelang mereka dengan nama sendiri.. contohnya: design anggerik ke or ape-ape lah.. (ok.. ni dah masuk bab branding plak).
6. For those yang duit terlebih boleh beli Pandora gold bracelet harga MYR6,760 (harga bracelet saje tak termasuk charm. Gold charm sebijik harga lebih kurang MYR1,470 sebijil. Combination bagi gold bracelet boleh mencecah MYR22k.
![]() |
Contoh gold charm |
![]() |
Contoh gold bracelet |
![]() |
Combination |
7. Gambar di bawah adalah perbezaan rupa antara Pandora dan gelang emas 916. Amacam ada beza tak? Memang beza sangat.
Tetiba aku hilang perkataan...............
Nak tny, tp mcm agak ketinggalan. Gmbr 'pandora' 916 gold yg siap dgn charm tu dr kedai mn ea? Slalu jupe yg bangle je
ReplyDeleteAyd..bole whasap sya utk koleksi yg lain...0128647462
DeleteBest baca entri blog sis..hihi...Sya lbih prefer design ala2 pandora gold 916...lbih brbaloi bli..kan...setakat ni sya blm trjebak lg dgn pandora...asyik bli emas jer.. Nma juga sya tokey emas. Hihi..fbpage sya Mampu Milik Emas 999.9 & 916
ReplyDeletehihihih...baru nak berjinak-jinak beli gelang emas ala pandora..
ReplyDeletekes sama lah macam colgate jenama darlie, atau Maggi jenama mamee. ye tak?
Lg berbaloi beli emas 916 ala2 pandora...
ReplyDeleteLg berbaloi beli emas 916 ala2 pandora...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak tanyr yg berpengalaman..klu beli emas kt habib..mmg x bleh nego lg ker..alasannye sbb emas dprang murah..mohon pndangan
ReplyDeletehi sy nak letgo charm pandora. baru beli tak pakai lagi, nak pakai bracelet hilang tercicir kat mana pon tak tahu :( . ws 0122636607
ReplyDeleteHi..peminat pandora ye? Blh je visit my blog "jeannapandora.blogspot" or my fb page "gorgeous pandora" utk dptkan koleksi pandora pd harga yg murah dan berpatutan. Tq 😊
ReplyDeleteSis pandora ni silver ke white gold ek
ReplyDeleteda tua pun bangap..pakai tudung main no ekor..
ReplyDeletesilver ada white gold ada gold biasa ada rose gold ada..tengok website pandora yg dia bg tu
ReplyDeletePandora itu emas jugak ka? Brg pandora tu cuma emas dlm bentuk kaler lain? Hurmm
ReplyDeletepandora silfer tu boleh d jual lagi ke bilabeli dah tak pke lagi
ReplyDelete