Semasa mengandung selalunya berat badan saya akan bertambah bagai di pam-pam.. kembang sana.. kembang sini.. jadi untuk menguruskan badan selepas bersalin memangla satu cabaran yang fuhh... bukan main susahnya... Berat saya semasa mengandung selalunya akan mencecah hampir 100kg... camne tu... Mari kita tengok gambar semasa mengandung...
Nov 2010 |
Tapi kat sini saya nak share la.. selepas bersalin anak ke-2 pada tahun 2005 (20/2/2005) saya telah berjaya menurunkan berat badan saya kira-kira lebih kurang 30kg la....dalam tempoh kurang setahun.. tak percaya?? mari kita tengok gambar di bawah ni...
![]() |
Semasa cukur jambul anak ke-2. 50 hari selepas bersalin. Berat 82kg. Semasa Annual Dinner April 2005. Berat 74kg. Sorry takde gambar penuh.. |
![]() |
Semasa birthday anak pertama.. Julai 2005. Berat 64kg. |
![]() |
Semasa family day 2005 di Melaka. Disember 2005. 10 bulan selepas bersalin. Berat 58kg |
![]() |
Semasa Banjir... tak ingat bulan brapa.. dalam Jan - Mac 2006. Berat 54kg |
Bukannya apa nak share gambar-gambar ni semua... cuma nak naikkan semangat untuk menurunkan berat badan.. dulu dah berjaya.. sekarang??? kita tunggu dan lihat..semoga kejayaan dulu berulang lagi... hu hu hu..
Nanti saya akan update lagi perkembangan berat badan saya dari semasa ke semasa.... tunggu..
hai jom shopping scarf di Lizz Scarf
ReplyDelete