04 March 2011

AMALAN BERPANTANG (VERSI SAYA)

Hi semua!


Amalan berpantang adalah amat penting bagi mengembalikan kesihatan dan bentuk badan selepas bersalin. Ada yang berpantang selama 40 hari ada pula yang berpantang 44 hari, 61 hari dan 100 hari.. yang mana satu betul?? hmm ntahlah.. semuanya bergantung kepada tahap kesihatan seseorang... Amalan ibu saya berpantang selama 44 hari...


Hari ni saya telah berpantang selama 22 hari.. ada lagi 22 hari untuk menghabiskan nya... boring tul la.. sebab tak boleh kluar rumah...


Ok la... kat sini saya nak share amalan yang saya amalkan..


Berstokin
Berstokin boleh mengelakkan badan kita dimasukki angin dari jari-jari kaki.. My experience kalau tak pakai stokin ni terasa macam semua jari-jari kaki sejuk dan berangin dan memang tak selesa.. saya memang berstokin sepanjang berpantang.. hanya buka ketika pergi ke toilet dan mandi sahaja..






Berurut dan mandi serum
Ianya perlu untuk melegakan lenguh dan sakit-sakit kerana mengandung dan bersalin.. ia juga boleh membanyakkan susu ibu.


Mandi serum pula merupakan air rebusan daun-daun terpilih seperti daun pandan, daun sekentut dll lagi.. saya pun dah lupa.. banyak sangat daun nya.. Bila mandi dengan air ni badan akan berasa lebih segar. Saya akan mandi semasa air ni masih suam-suam untuk membaiki aliran darah..


Bagi berurut, mandi serum dan bertungku ni saya ambil pakej 3 hari dengan tukang urut.. semuanya dia buat.. dan rasa memang best.. Tukang urut ni buat pakej.. pakej 3 hari adalah RM200.. tapi memang puas hati sebab urutnya lama sangat... Proses daripada mandi serum bertungku dan berurut mengambil masa 5 jam... wahhh.. best..


Bertungku
Bertungku masih diteruskan walaupun pakej dah habis.. ianya dilakukan dua kali sehari.. iaitu subuh dan petang lepas asar.. Bertungku baik bagi memastikan perut kita panas dan boleh mengecutkan dan menaikkan rahim selepas bersalin.






Berbarut
Berbarut memang best.. saya gunakan herba barut keluaran Nona Roguy.. perut kita rasa kemas dan kempis.. ianya untuk memastikan perut kita tidak lembik dan menggeleber selepas pantang nanti dan kembali kepada asal..... Herba barut ni perlu dimasak di dalam periuk tanah bersama dengan air asam jawa..






Makan Jamu
Saya gunakan produk keluaran Nona Roguy jugak sebab produk ni memang cepat turun berat badan dan rasa sihat.. Saya ambil jamu-jamu ni setelah anak baik Jaundice (kuning) sebab perlu breastfeed untuk mempercepatkan baby sembuh dari kuning ni... lebih kurang minggu ke-2 nak masuk minggu ke-3.






Pantang makan
Masa berpantang saya hanya boleh makan ikan selar sahaja.. orang lain boleh makan macam-macam seperti ikan tenggiri dan ayam. Saya memang tak boleh makan ikan tenggiri ni sebab bisa.. dan berdenyut.. Pantang makan ni bergantung pada individu la.. ada yang boleh makan ni ada yang tak boleh makan tu...
Ikan selar tu tadi mama saya masakkan saya masak stim, singgang dan bakar... Ianya dimasak dengan menggunakan banyak halia dan bawang putih untuk mengeluarkan angin dalam badan.


Sebenarnya ada banyak lagi amalan-amalan orang tua dulu-dulu seperti bertangas (duduk di atas pangkin. dibawahnya ada bara api), pilis (sapuan di atas dahi.. saya tak amalkan sebab rasa cam lagi pening je), lulur (saya gunakan scrub je)....


Berpantang lah sedaya yang mungkin bagi mengelakkan badan tak sihat. Kita mungkin rasa sihat sekarang tapi bila tua nanti macam-macam sakitnya pula...Oklah semoga saya berjaya menghabiskan pantang dengan jayanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments