10 July 2011

UPDATE CABARAN MENURUNKAN BERAT BADAN 2

Hi semua!


Rasanya sudah lama tidak menulis di blog ni. Blog ni telah ditinggalkan senyap dan sunyi berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kekangan masa yang melampau.. maklumlah ada hobi baru .. hu hu hu...

Hari ni saya nak update cabaran menurunkan berat badan.. mengapa saya pilih hari ni nak update setelah sekian lama menyepi.. Tentu ada diantara korang semua tertanya2 naik ke berat... dah gemuk semula ke? takpe tenang.. tenang..

Sebenarnya.. hari semalam 10/7/2011 genap baby saya 5 bulan.. jadi bolehlah update prestasi ari ni.. so mari kita tengok bagaimana prestasi nya....

Tarikh bersalin : 10 Februari 2011
Berat terakhir semasa mengandung : 98 kg
Berat selepas bersalin : 89 kg
Berat semasa : 69 kg
Jumlah pengurangan berat badan : 20 kg (dalam tempoh 5 bulan)..

Oooo mesti tunjuk bukti bergambar.. mari kita lihat...

Sebelum mengandung.. Berat dalam 86kg

Selepas berpantang.. berat 79 kg.. masih gemuk hu hu
Terkini.. berat 69 kg.. tapi muka orang demam...




Berat 69 memang masih gemuk.. tapi.. 89 kg tu lagi gemuk kan.. kerana saya bermula dengan angka itu.. Orang kata berat saya  lebih dari saiz sebenar.. itu bukan saya yang kata ye.. orang yang kata.. saya tak la perasan atau syok sendiri... tapi mungkin ada kebenarannya.. seluar jeans saiz 32 dah tahap londeh... tapi saya pakai jugak sebab dalam koleksi seluar jeans saya takde saiz 30 cuma ada saiz 29.. memang tak lepas la nak masuk.... malas nak beli seluar jeans baru nanti nak pakai saiz 27 kan... hahaha.. (yang ni statement perasan)

P/S : Jangan tipu berat badan anda dan saiz seluar... saya tahu... huah.. huah.. huah..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments