28 March 2011

KERJA KERJA KERJA

Hi semua!


Saya percaya tentu ramai perempuan diluar sana yang telah berkahwin dan berkerja. Mungkin bekerja dapat membantu ekonomi keluarga. Saya juga bekerja dan berumahtangga.. tapi jika diberi pilihan saya lebih suka duduk bersenang lenang di rumah dan melayani kerenah anak-anak membesar didepan mata. Tapi kalau ada pembantu rumah lagi syok sebab boleh tolong wat kerja rumah siket2 dan senang sket saya nak kuar pergi shopping.. hu hu hu


Korang pernah tak mengalami situasi dimana tuntutan bekerja melebihi dari tuntutan di rumah.. saya pernah mengalami situasi begitu.. kesian anak-anak kadang-kadang saya heret ke pejabat pada waktu malam ataupun pada Sabtu/ Ahad. Mujurlah hubby memang understanding dengan kerja saya.. Bila di suatu saat saya pernah terfikir.. sampai bila aku nak macam ni.. balik kerja kul 8 malam dan datang semula kepejabat kul 10 malam dan balik kul 2, 3 pagi. ada satu masa tu pernah sampai subuh dan keesokan tu kena kerja pulak kul 8.30...


Sampai satu saat saya dah tak larat dan akhirnya apply kerja lain... nasib baik dapat.. Sekarang kerja dah tak macam dulu lagi.. jadi seorang yang normal.. setakat stay back sekali-sekala tu saya fikir itu adalah normal...


Bagi saya keluarga dan anak-anak adalah segalanya.. tapi kalau saya jadi fulltime house wife pun.. saya tak boleh duk terperap kat rumah je... nanti jadi tension dan stress plak.. boleh buat saya ilang akal dan bad mood...


9/5 nanti saya akan kembali bekerja setelah bercuti panjang (bersalin). Cam mana la agaknya nanti.. tapi saya kesian gak kat mak saya yang jaga cucunya sorang bila saya kerja nanti.. Saya memang nak cari pembantu untuk dia.. tapi saya tak nak ambil bibik indonesia. Selain mahal.. saya rasa tak selesa bila ada orang asing tinggal serumah dengan saya.. Kalau boleh saya nak ambil yang datang weekdays sahaja dan bekerja hanya dari kul 9 pagi hingga 6 petang sahaja.. stakat ni blum jumpa lagi..


Oklah... semoga kita semua dapat menjadi ibu dan isteri yang baik untuk suami dan anak-anak.. Bye..

27 March 2011

INSIDE MY SHOPPING BAG

Hi semua! (mode ceria)


Setelah sekian lama (hampir 2 bulan) terperap di rumah sebab sarat mengandung dan berpantang akhirnya saya kluar rumah dan ke East Coast Mall (ECM) bersama-sama anak semalam. Si kecik tu pun saya heret jugak.. tapi tak berapa nak enjoy sbb Wafeey kalau berjaga nak menyusu sejam sekali... x sempat nak beli benda-benda yang penting.. yang sempat beli barang2 yang tak penting.. hu..hu..


So nak share apa yang telah saya beli semalam.. banyak gak tapi tak semua produk2 dalam senarai must try product di sidebar blog ni yang saya beli... banyak gak yang telah tersenarai.. tapi takpe bli slow2.. saya bukannya jutawan dan hartawan pun... hu hu...terpengaruh ngan benda lain plak... biasa la... saya ni memang suka bershopping..


Inilah kesemua barang yang telah dibeli.. huh kasut pun masuk skali???






ok close up plak..


From Left Camomile Gentle Eye Make-up Remover
Vitamin E Cream Cleanser
Refining Bath Lily


From Left Olay White Radiance CelLucent White Essence
St. Ives Brightening Apricot Scrub


Semua ni Body Shop


Dulu saya selalu berfikir kalau ramai anak mesti tak boleh bershopping dah sebab budget tight. tapi tak sangka semua tu meleset sebab setiap anak yang dianugerahkan tuhan pasti ada rezekinya sendiri.. so.. kesimpulannya anak ramai lagi boleh banyak shopping.. hah betul ke? hu hu hu..


So Total Damage : RM542.20 (adeeehhhh!!!)

UPDATE CABARAN MENURUNKAN BERAT BADAN

Hi semua!


Semalam (26/3) genaplah 45 hari saya melahirkan anak ke-3 dan yang bestnya saya telah abis berpantang.. yeaayyyy.. 


Korang mesti dah baca kan entry pasal bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin anak ke-2 aritu... So selepas melahirkan anak ke-3 saya mencabar kembali diri saya untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal dan boleh pakai kebaya ketat.. hu hu (tengok niat x baik).


So arini saya nak update prestasi saya setakat 46 hari selepas bersalin.. ok kita mula dengan pengiraan begini:


Berat badan terakhir semasa mengandung : 98kg (hu hu hu nak kat 100kg.. giler tul).






Berat badan setelah melahirkan anak : 89kg


Berat badan setelah 25 hari berpantang : 83kg


83kg.. waktu cukur jambul Wafeey




Berat badan setelah abis berpantang : 79kg


79kg.. hu..hu pakai baju labuh tutup punggung n peha besar




Total Weight Loss :
Kalau dikira dari berat terakhir mengandung : 18.3kg
Kalau dikira dari selepas bersalin : 10kg


Korang mungkin pernah turun lebih banyak dari saya semasa berpantang kan tapi takpe.. berkat displin yang kuat insyaallah berjaya..


So....kesimpulannya saya telah mencapai target yang telah ditetapkan.. abis pantang berat mesti below 80kg... Next target ialah berat mesti below 70kg bile masuk kerja nanti... bole ke? tungguuuu....

25 March 2011

IKMAL YANG TEMBAM





Inilah dia wajah anak saya Ikmal (kiri) yang sangat tembam dan debab. Umurnya 6 tahun dan sekarang bersekolah tadika...


Sekarang dia sedang menyesuaikan diri menjadi abang. Maklumlah dah 6 tahun menjadi adik yang paling bongsu. Selalunya dia akan duduk di bawah ketiak saya dan berkepit saja kalau saya ada di rumah.






Saya rasa sekarang tentu dia banyak makan hati ngan saya.. dan mencari kasih orang lain terutama mami (nenek).. Mana taknya.. kadang-kadang suara dia agak nyaring berbanding dengan orang lain... jadi saya minta dia keluar bilik sebab baby nak tidur.. tapi dia ikutkan aje.. jauh disudut hatinya saya rasa dia terasa... kadang-kadang menjebikkan bibir dan nampak mata nya berair.. tapi dia selalunya tahan air mata dari mengalir..






Ikmal ni seorang yang ringan tulang kalau nak dibandingkan dengan abang (tapi abang pun rajin jugak).. kalau disuruh ambilkan barang mesti dia lah orang yang bangun dulu walaupun sedang tonton Astro Ceria....


Apa yang merisaukan saya... baru-baru ni dia ada mengadu sakit dada belah kiri (kedudukan jantung)... Dia memang suka sangat makan.. tak control.. Saya bimbang akan keadaan fizikal dan kesihatan dia...


Besok kitaorang ingat nak bawak dia jumpa doktor wat checkup.. Tapi dia dah janji ngan saya nak control makan.. nak makan yang berstim dan roti-roti aje..
Dah la lately bila baby tidur dia akan datang kat saya dan bermanja.. berbaring atas riba.. ataupun tiba-tiba peluk dari belakang...


Kawan saya pernah bercerita tentang sepupu nya yang gemuk dan akhirnya disahkan sakit buah pinggang.. Dr. decide untuk tebuk pinggang dia (wat hemodialisis kot).. tapi beberapa hari dia meninggal sebab ada jangkitan kuman... kesian arwah meninggal di usia 13 tahun.


Hmmm... harap dia tak apa-apa.. Ya.. Allah lindungi la anak-anakku dan jauhkan la mereka dari sebarang penyakit.. Amin..

22 March 2011

HADIAH GIVEAWAY TELAH DIHANTAR PAGI TADI

Hi semua!


Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang MY 1ST GIVEAWAY. Dalam kesibukan harian sempat juga saya membungkus hadiah dan telah berjaya dicourier pagi tadi...






Owh.. hanya 3 sahaja hadiah berjaya dicourier sebab sorang lagi pemenang belum email address nya... untuk mengelakkan yang lain menunggu jadi saya courier dulu yang mana ada... 


Sebelum terlupa... semak tarikh luput sebelum guna ok... bye!

21 March 2011

MUDAHNYA MEMBENTUK KENING..

Hi Semua!


Memang mudah membentuk kening dengan menggunakan Benefit Brow Zing yang baru dibeli ni.. Membentuk kening ni memang saya kantoi sket.. Macam-macam jenis eyebrow liner yang saya try powder, gel la, dan pencil.. tapi so far Benefit Brow Zing ni the best.. Boleh pilih nak natural ke dramatic.. hu hu hu


Kit ni didatangkan khas dalam bentuk pallets...warnanya boleh pilih samada light, medium and dark.. saya punya mestilah dark sebab rambut saya hitam.. lainla kalau saya rambut blonde hu hu hu...






Selain itu kit ni mengandungi buku kecil bagaimana nak guna Brow Zing kit ni. Ada twizer, blending brush and application brush (angled tau!). Tapi brush tu kecik sangat la...


Dalam kit ni ada dua jenis liner.. first jenis gel and another jenis powder... Harga bagi Benefit ni RM 135 boleh didapati di kaunter Benefit.. Mine beli kat Parkson Pavillion.










Ok kita tengok hasilnya.... 


Untuk melihat brow expert from Benefit bagi tips macam mana nak apply this kit tgk video ni.. 








Best kan... bye!



KEPUTUSAN BAGI MY 1ST GIVEAWAY

Hi semua!


Korang mesti tertunggu-tunggu kan bile la agaknya si Iera ni nak bagi keputusan. Sorry la hari ni busy menguruskan si kecik.. lagipun abang2nya dah start sekolah ari ni. Ini pun tengah tengok abang wat homework...


Bagi mengelakkan bias.. saya akan gunakan random generator bagi mendapatkan keputusan bagi giveaway ni dengan lebih adil dan saksama. Saya telah gunakan random generator dari physicscience.




So.. keputusannya adalah.... jeng.. jeng...jeng (music sket)




no. 7 - Hayati
no. 5 - Nuruljannah Sukhri
no. 3 - Fazillah Kamarudin
no. 9 - Umiliza898


Tahniah kepada semua pemenang... jangan lupa check inbox email ye.. saya akan contact korang secepat mungkin.. bye

20 March 2011

MY 1ST GIVEAWAY OFFICIALLY CLOSED

Hi semua...


Ok laa... tepat jam 12 malam tadi maka berakhirlah penyertaan bagi my 1st giveaway . Rasa seronok sebab ramai jugak yang berminat untuk menyertai.. tak sabar rasanya nak wat giveaway lagi.. tapi nak tahu jugak hadiah apa yang u all suka.. Saya dah wat undian kat sidebar blog nie.. jangan lupa join tau!


Terima kasih banyak pada yang menyertai giveway ni..


1.Myra Jay
2.Cute Mum
3.Fadzillah Kamarudin
4.Nana
5.Nuruljannah Sukhri
6.Cempaka kuning
7.Hayati
8.Qieranna
9.Umiliza898
10.Miza Yusof
11.Ika Puk Puk
12.Mama Tomel

Rasanya takde yang tertinggal kan... ok pemenangnya saya akan anounce kan secepat mungkin.. bye

NEW HEADER AND BACKGROUND

Hari ni terasa nak tukar blog header dan background. Header and background lama tu dah bosan guna..




Saya telah add satu new page iaitu blog gallery.. page tu akan simpan semua history header, background and design blog ni untuk kenang-kenangan...

17 March 2011

ITS A REWARD FOR ME





Semalam dalam kul 7 lebih tetiba sms masuk...owh hubby rupanya...


Hubby : i have surprise for u...
saya : ape cakapla
Hubby : kalu cakap bukanla surprise namanya.. tunggu je la i balik
saya : bagi la clue...
hubby : ...... trus senyap...


Tertanya tanya apa benda surprise nya.. patut surprise tak boleh la bagitau langsung kan... tunggu punya tunggu nak dekat 10 mlm baru sampai rumah... tgk2 dia masuk terhendap-hendap....


Masuk rumah dia bagi saya paper bag ni... dia kata "this is for you".. hu hu




Hah sony? ape ni.... he he he... rupanya apa yang kuidam-idamkan... antara wishlist yang dh ada kat sidebar blog ni..


tadaaa......








Mini notebook sony vaio.. tq hubby i love you so much... its a reward for you... katanya.. reward pe.. kerana melahirkan anak dan bersusah payah menjaga anak.... 


Lepas ni senang la nak berblogging.. actually pc sedia ada tu problem sket... rasanya kena format balik baru ok...


Terima kasih Ya Allah! kerana memberikan kehidupan yang bahagia ini... Alhamdulillah... 

14 March 2011

MY 1ST GIVEAWAY

Hi semua!


Buat pertama kalinya saya ingin membuat giveaway... Giveaway ini sesuai untuk parents diluar sana yang ada anak from new born to 6 Month.. sebab hadiahnya berupa barang baby...Kalau yang takde anak pun boleh join giveaway ni dan bagi hadiahnya kepada member, adik beradik or ahli keluarga yang ada baby..


Kepada sesiapa yang terbaca tentang entry giveaway ini bolehlah tolong war warkan ye... jasamu dikenang...


Ok untuk syarat penyertaannya adalah seperti di bawah ni :


1. Giveaway ini hanya terbuka kepada yang tinggal di Malaysia sahaja.. Warganegara Malaysia yang menetap di oversea tak layak la ye menyertai giveaway ni ....


2. Giveaway ini bermula pada 14 March 2011 hingga 20 March 2011 (tepat jam 12 tgh malam).


3. Pemenang akan dipilih secara random dan akan di anounce kan pada minggu  berikutnya.. hadiah akan dipos sebaik sahaja pemenang giveway ini diumumkan.


Cara menyertai giveaway ni senang saja...


1. Mesti menjadi folower di blog ini iera-my beautiful life dan Zelra Collection atau click button like (Facebook) di sidebar blog.

2. Meninggalkan komen 'Enter me!' di ruangan comment posting ini dan jangan lupa tinggalkan email address untuk memudahkan saya hubungi pemenang nanti.


Owh lupa... hadiah bagi giveaway ini adalah 




4 kotak susu S-26 Gold Rumusan Bayi dari new born hingga 6 bulan untuk 
4 pemenang 

MY LIPSTICK HOLDER

Hi Semua!


Bila terpandang tempat menyimpan lipstick ni (lipstick holder) memang rasa serabut dan susah nak guna.. Mesti gunakan lipstick yang berada di atas sahaja dan terus melupakan lipstik yang tersimpan di bahagian bawah.. especially lipstick lama la... Lihatlah rupanya yang memang serabut ni




Setelah melihat beberapa beauty blogger camne diaorang menyimpan lipstick diaorng.. tetiba dapat idea nak wat lipstick holder version ira...


Carannya mudah saja.. cuma memerlukan beberapa peralatan seperti di bawah...




Memang itu sahaja peralatan yang diperlukan.. gunting dan plastic yang agak tebal selalunya digunakan untuk wat cover assignment... Tiada gam atau pelekat diperlukan...


Kemudian hasilnya jadilah seperti ini... tadaa....




takde la cantik  sangat pun... bila dah siap rasa cam banyak ruang kosong.. boleh bli lagi lipstick baru.. he he he 

THE BODY SHOP : SPA WISDOM LOTION

Hi Semua!


Semasa mengandung saya mengalami dehydrate yang amat sgt.. bibir merekah.. kaki pun merekah... memang frust dan tak best... 


Saya telah mencuba Spa Wisdom Lotion from The Body Shop. Ianya high hydrating puree.. warnanya soft pink dan baunya sepeti bau bunga-bungaan. Texture nya agak ringan dan cair tetapi absorb dengan mudah dan cepat ke dalam kulit.. 








Lotion ni sungguh bagus dan sangat berkesan.. Saya telah gunakan secara berterusan selama seminggu (application selepas mandi dan sebelum tidur sahaja) lihatlah kesannya...







07 March 2011

CABARAN MENURUNKAN BERAT BADAN

Hi semua!


Semasa mengandung selalunya berat badan saya akan bertambah bagai di pam-pam.. kembang sana.. kembang sini.. jadi untuk menguruskan badan selepas bersalin memangla satu cabaran yang fuhh... bukan main susahnya... Berat saya semasa mengandung selalunya akan mencecah hampir 100kg... camne tu... Mari kita tengok gambar semasa mengandung...


Nov 2010




Tapi kat sini saya nak share la.. selepas bersalin anak ke-2 pada tahun 2005 (20/2/2005) saya telah berjaya menurunkan berat badan saya kira-kira lebih kurang 30kg la....dalam tempoh kurang setahun.. tak percaya?? mari kita tengok gambar di bawah ni...




Semasa cukur jambul anak ke-2. 50 hari selepas bersalin.
Berat 82kg
.




Semasa Annual Dinner April 2005. Berat 74kg. 
Sorry takde gambar penuh..

Semasa birthday anak pertama.. Julai 2005. Berat 64kg.

Semasa family day 2005 di Melaka. Disember 2005.
10 bulan selepas bersalin. Berat 58kg
Semasa Banjir... tak ingat bulan brapa..
dalam Jan - Mac 2006. Berat 54kg






Bukannya apa nak share gambar-gambar ni semua... cuma nak naikkan semangat untuk menurunkan berat badan.. dulu dah  berjaya.. sekarang??? kita tunggu dan lihat..semoga kejayaan dulu berulang lagi... hu hu hu..


Nanti saya akan update lagi perkembangan berat badan saya dari semasa ke semasa.... tunggu..

04 March 2011

AMALAN BERPANTANG (VERSI SAYA)

Hi semua!


Amalan berpantang adalah amat penting bagi mengembalikan kesihatan dan bentuk badan selepas bersalin. Ada yang berpantang selama 40 hari ada pula yang berpantang 44 hari, 61 hari dan 100 hari.. yang mana satu betul?? hmm ntahlah.. semuanya bergantung kepada tahap kesihatan seseorang... Amalan ibu saya berpantang selama 44 hari...


Hari ni saya telah berpantang selama 22 hari.. ada lagi 22 hari untuk menghabiskan nya... boring tul la.. sebab tak boleh kluar rumah...


Ok la... kat sini saya nak share amalan yang saya amalkan..


Berstokin
Berstokin boleh mengelakkan badan kita dimasukki angin dari jari-jari kaki.. My experience kalau tak pakai stokin ni terasa macam semua jari-jari kaki sejuk dan berangin dan memang tak selesa.. saya memang berstokin sepanjang berpantang.. hanya buka ketika pergi ke toilet dan mandi sahaja..






Berurut dan mandi serum
Ianya perlu untuk melegakan lenguh dan sakit-sakit kerana mengandung dan bersalin.. ia juga boleh membanyakkan susu ibu.


Mandi serum pula merupakan air rebusan daun-daun terpilih seperti daun pandan, daun sekentut dll lagi.. saya pun dah lupa.. banyak sangat daun nya.. Bila mandi dengan air ni badan akan berasa lebih segar. Saya akan mandi semasa air ni masih suam-suam untuk membaiki aliran darah..


Bagi berurut, mandi serum dan bertungku ni saya ambil pakej 3 hari dengan tukang urut.. semuanya dia buat.. dan rasa memang best.. Tukang urut ni buat pakej.. pakej 3 hari adalah RM200.. tapi memang puas hati sebab urutnya lama sangat... Proses daripada mandi serum bertungku dan berurut mengambil masa 5 jam... wahhh.. best..


Bertungku
Bertungku masih diteruskan walaupun pakej dah habis.. ianya dilakukan dua kali sehari.. iaitu subuh dan petang lepas asar.. Bertungku baik bagi memastikan perut kita panas dan boleh mengecutkan dan menaikkan rahim selepas bersalin.






Berbarut
Berbarut memang best.. saya gunakan herba barut keluaran Nona Roguy.. perut kita rasa kemas dan kempis.. ianya untuk memastikan perut kita tidak lembik dan menggeleber selepas pantang nanti dan kembali kepada asal..... Herba barut ni perlu dimasak di dalam periuk tanah bersama dengan air asam jawa..






Makan Jamu
Saya gunakan produk keluaran Nona Roguy jugak sebab produk ni memang cepat turun berat badan dan rasa sihat.. Saya ambil jamu-jamu ni setelah anak baik Jaundice (kuning) sebab perlu breastfeed untuk mempercepatkan baby sembuh dari kuning ni... lebih kurang minggu ke-2 nak masuk minggu ke-3.






Pantang makan
Masa berpantang saya hanya boleh makan ikan selar sahaja.. orang lain boleh makan macam-macam seperti ikan tenggiri dan ayam. Saya memang tak boleh makan ikan tenggiri ni sebab bisa.. dan berdenyut.. Pantang makan ni bergantung pada individu la.. ada yang boleh makan ni ada yang tak boleh makan tu...
Ikan selar tu tadi mama saya masakkan saya masak stim, singgang dan bakar... Ianya dimasak dengan menggunakan banyak halia dan bawang putih untuk mengeluarkan angin dalam badan.


Sebenarnya ada banyak lagi amalan-amalan orang tua dulu-dulu seperti bertangas (duduk di atas pangkin. dibawahnya ada bara api), pilis (sapuan di atas dahi.. saya tak amalkan sebab rasa cam lagi pening je), lulur (saya gunakan scrub je)....


Berpantang lah sedaya yang mungkin bagi mengelakkan badan tak sihat. Kita mungkin rasa sihat sekarang tapi bila tua nanti macam-macam sakitnya pula...Oklah semoga saya berjaya menghabiskan pantang dengan jayanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments