Inilah dia wajah anak saya Ikmal (kiri) yang sangat tembam dan debab. Umurnya 6 tahun dan sekarang bersekolah tadika...
Sekarang dia sedang menyesuaikan diri menjadi abang. Maklumlah dah 6 tahun menjadi adik yang paling bongsu. Selalunya dia akan duduk di bawah ketiak saya dan berkepit saja kalau saya ada di rumah.
Saya rasa sekarang tentu dia banyak makan hati ngan saya.. dan mencari kasih orang lain terutama mami (nenek).. Mana taknya.. kadang-kadang suara dia agak nyaring berbanding dengan orang lain... jadi saya minta dia keluar bilik sebab baby nak tidur.. tapi dia ikutkan aje.. jauh disudut hatinya saya rasa dia terasa... kadang-kadang menjebikkan bibir dan nampak mata nya berair.. tapi dia selalunya tahan air mata dari mengalir..
Ikmal ni seorang yang ringan tulang kalau nak dibandingkan dengan abang (tapi abang pun rajin jugak).. kalau disuruh ambilkan barang mesti dia lah orang yang bangun dulu walaupun sedang tonton Astro Ceria....
Apa yang merisaukan saya... baru-baru ni dia ada mengadu sakit dada belah kiri (kedudukan jantung)... Dia memang suka sangat makan.. tak control.. Saya bimbang akan keadaan fizikal dan kesihatan dia...
Besok kitaorang ingat nak bawak dia jumpa doktor wat checkup.. Tapi dia dah janji ngan saya nak control makan.. nak makan yang berstim dan roti-roti aje..
Dah la lately bila baby tidur dia akan datang kat saya dan bermanja.. berbaring atas riba.. ataupun tiba-tiba peluk dari belakang...
Kawan saya pernah bercerita tentang sepupu nya yang gemuk dan akhirnya disahkan sakit buah pinggang.. Dr. decide untuk tebuk pinggang dia (wat hemodialisis kot).. tapi beberapa hari dia meninggal sebab ada jangkitan kuman... kesian arwah meninggal di usia 13 tahun.
Hmmm... harap dia tak apa-apa.. Ya.. Allah lindungi la anak-anakku dan jauhkan la mereka dari sebarang penyakit.. Amin..
No comments:
Post a Comment