14 July 2012

TABLET OH TABLET!

Hi semua!
Memang dah lama nak beli tablet tapi tak tahu yang mana yang terbaik dan yang paling penting yang memenuhi keperluan berbloging kan... Setelah beberapa lama mengkaji dan study tablet ni, saya dapati terlalu banyak keluaran dan semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Akhirnya saya senarai pendekkan yang terbaik, iaitu ipad3 dan samsung galaxy tab 10.1 atau 7... Memang tidak dapat dinafikan kualiti gambar memang ipad3 la yang menang. Tetapi bila memikirkan semua aplication ipad yang full version kena bayar terus terpadam niat nak beli. Lagipun apple ni memang tak support flash. Lagi satu, Brand apple ni semua kena guna itunes untuk download lagu dll lagi. Semua nya mesti melalui itunes. Lecehlah..

Jadi senarai yang tinggal lagi adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7.0... Satu besar cam ipad dan satu lagi saiz kecik sket. Kalau diikutkan hati mestilah nak 10.1 kan.. sebab puas hati nak menaip dan screen nya pun besar. Memang puas hati nak berfacebook. Tengok gambar tudung Fareeda yang sama dengan saiz sebenar.. huhu acah je.

Nak dijadikan cerita, sebelum hari nak gi beli tu ada meeting.. Bukan main lagi masing-masing bawak tablet. Ada ipad, ada bawak Galaxy Tab 10.1 dan ada plak yang bawak 7.0. Malu pulak pergi meeting bawak organizer tebal... haha boleh gelakkan diri sendiri. Sekarang zaman pergi meeting bawak tablet ok bukan catat perkara penting guna pen... Peristiwa itu lebih menguatkan sebab kenapa saya kena beli tablet.

So hari tu pergilah saya ke East Coast Mall Kuantan dan terus menuju ke pusat jualan Samsung tanpa menoleh ke outlet ipeople (pusat jualan apple) kat depan tu. Tengok ada tiga jenis tablet la pulak kat situ. Setahu saya ada Samsung ada 4 saiz. Yang takde 8.9. So, yang display kat situ adalah Samsung Galaxy Tab 10.1, 7.0 dan 7.7. 10.1 memang best sebab screennya besar dan memang puas hati. Umpama guna netbook tanpa keyboard. Tapi... kalau besar sangat pun susah nak bawak dalam handbag. Kalau nak beli 10.1 kena beli handbag besar dulu huhu. .. tak lama lagi Glampot nk datang Kuantan. Ah! jangan berangan. Lagipun kalau nak update status Facebook nanti orang kat meja sebelah pun bole nampak..

Jadi yang tinggal adalah 7.0 dan 7.7. Dipendekkan cerita saya memilih 7.7 sebab besar siket pada 7.0 dan kecil sikit pada 10.1. Lagipun snapshot 7.7 lebih cantik walaupun cameranya mempunyai megapixel yang sama.

So, inilah tablet saya... Samsung Galaxy Tab 7.7 dan yang pastinya menjadi teman baik saya selepas ini. 

Bersebelahan dengan iphone
Puas hati layan facebook... gambar besar....




Untuk pengetahuan semua, inilah posting pertama saya menggunakan tablet yang baru dibeli. Bye!

5 comments:

  1. Memang best dan sgt puas hati

    ReplyDelete
  2. saya pun dah memilikinya tab 7.7 terbaik!! :)

    ReplyDelete
  3. aslmkum.. sy pown nk bli gak samsung galaxy tab 7.7 nie.. saiz tak terlalu besar.. okay lar.. skrin super amoled lak tu.. hebat.. tapi duit blum cukup nk beli.. mungkin insha allah beli bln 4 ni.. hehehe. korang kalau nk kongsikan pengalaman guna tab ni bolehla post kt fb sy karnain999@yahoo.com.. thanks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments