29 October 2011

SARAWAK TRIP : DAY 1

Hi semua!


Rasanya dah lama tak menulis blog ni.. rindu sesangat tau!.. so hari ni nak bercerita pasal trip ke Kuching, Sarawak. Actually pergi ke Kuching ni sebab berkursus Akauntabiliti dan Integriti : Diri dan Organisasi anjuran Yayasan Berkanun Malaysia. Kursus ni berjalan selama 2 hari saja dan selebihnya jalan time! Memang seronok pegi Kuching ni.. Kalau nak tau seronok ke tak.. stay tune ok...


Perjalanan dengan kapal terbang mengambil masa lebih kurang 2 jam tau.. Tiba di Kuching International Airport pada pukul 2 petang...






Sampai saje di airport tercari-cari teksi untuk ke hotel.. ooo rupa-rupanya sistem teksi di sini menggunakan sistem kupon.. kena bayar di kaunter dan amik teksi yang paling depan.. Bagus gak sistem camni..


Kami telah menginap di Harbouview Hotel, Kuching. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa lebih kurang setengah jam dan tambang teksi yang telah dicaj adalah RM25.00 sahaja...




First day, sampai di Kuching relax saje... tunggu waktu minum petang kul 4.30.... zzzzzzz....


Lepas minum petang pegi berjalan2 di main bazaar.. memang dekat je dengan hotel tak sampai 5 minit pun berjalan kaki.. Macam2 jenis produk yang popular di Sarawak ada dijual disitu.. Deretan kedainya panjang lebih kurang 4 blok.. penat berjalan tau.. takpe boleh bakar kalori...


Kain batik Sarawak... cantik dan murah..


Lain2 kraf negeri Sarawak


Antara produk yang dijual di Main Bazaar adalah Sarawak black pepper, kain batik Sarawak, cenderahari macam key chain, fridge magnet, pasu Sarawak dan t-shirt. Gambir Sarawak pula dijual di merata2 rata tempat.. memang senang la nak cari. Antara khasiatnya ialah berupaya merawat resdung dan sakit gigi. Makanan pulak; kek lapis sarawak, Tebaloi (biskut sagu), gula2 black pepper dll... memang best!


Main Bazaar ni terletak di sepanjang Water Front Kuching.... sambil shopping sambil bole tengok pemandangan yang indah.. Kalau korang nak tau masa malam di Sarawak ni lebih cepat dari Semenanjung.. Kul 6.30 petang dah mula gelap..... so berhati2 dengan waktu semayang...


Ok la.. itu sajalah pada hari pertama.. hari yang seterusnya lebih fun!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments