20 April 2011

THE BODY SHOP ; PEA WORKSYOP (part 1)

Sementara segala ilmu yang telah diturunkan hilang begitu saje baik cepat-cepat wat entry berkenaan PEA worksyop yang saya sertai pada Ahad yang lalu. Sebelum tu.. apa maksud PEA tu sebenarnya. PEA adalah singkataan dari Personal Enrichment. Worksyop ini diadakan di Vistana Hotel Kuantan dan telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta.






Kebanyakan mereka memang ada basic knowledge pasal makeup ni la...


Antara benefit pergi worksyop ni ;
- Peserta diberi goodie bag.
- Peserta juga diberi certificate of attendance.
- Dapat cuba makeup dan skin or body care bodyshop secara percuma.. hu hu..
Hampir semua Body Shop makeup range diaorang angkut ke worksyop ni


- Dapat voucher RM150 yang perlu di redeem pada hari yang sama.


- Dapat 20% discount voucher with any purchase of RM200 and above (mesti ditebus before 19/4)
- Dapat another RM40 voucher....


Worksyop ni terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah pada sebelah pagi berkenaan stress management dan sesi kedua pada sebelah petang berkenaan teknik solekan. Sesi petang mestilah praktikal...


kesian.. ayik amik gambar sendiri jek


Vince (makeup artist) menunjukkan cara2 yang
 betul untuk remoe eye makeup


Antara knowledge yang bole dikongsi (sebenarnya ini saje yg ingat hu..hu);
- Ada tiga tempat (bahagian badan yang menunjukkan usia kita) ha kat ne ce teka.. ce teka... Bahagian ni perlu diberi penekanan yang lebih sebab kalu tak dijaga maka kita dianggap lebih tua dari usia sebenar. Bahagian tu ialah mata (it is window of our soul), bahagian leher dan akhir sekali ialah bahagian tangan.
- Stress adalah silent killer kalau tak atasinya.. dan boleh beri pelbagai negative effect antaranya, poor concentration, muscle tension, headache dan banyak lagi lah..
- Stress juga boleh diatasi dengan terapi semulajadi seperti herbalogy, Aromatheraphy, Ayurveda, Hydrotheraphy, Acupuncture, Massage theraphy, Reflexology and Yoga.
Sudah lupa la nama ini amoi... menunjukkan cara mengurut bahagian
 tengkuk dan belakang dengan betul


- Terapi ini memasuki dalam sistem badan kita melalui kulit dan sistem pernafasan.
- Vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh.. kalau kita makan dia akan kuar dalam sistem perkumuhan kita (hmm.. bab ni confius siket). Vitamin C untuk kulit perlu apply direct to skin kalu nak dapat hasilnya.
- Eye cream perlulah digosok pada kulit kerana eye cream tersebut tak boleh absorb kepada kulit begitu sahaja.
Cara apply eye cream dengan betul. Mesti urut ke atas.
Kesannya mata akan nampak menaik sket


- Ada 3 jenis lotion, puree, body butter and milk. Yang paling bagus adalah body butter tapi jenis milk untuk orang yang selalu tak ada masa sebab dia absorb ke kulit dengan cepat. Body Shop ada jenis milk, hanya perlu spray saja pada kulit.
- Waktu terbaik untuk gunakan lotion adalah sebaik sahaja selepas mandi.. selain dari tu... lotion hanya absorb beberapa peratus sahaja yang lain pergi kat baju, selimut dan meja office.. hu hu 
- Sapu lotion mesti dari bawah ke atas secara bulatan.


huish teruknya.. dalam toilet pun amik gambar


kesimpulannya ;
PEA worksyop ni memang best.. banyak knowledge yang baru  saya dapat. Staff bodyshop memang helpful menunjukkan teknik-teknik solekan. Trainer pulak memang baik-baik dan knowledgeable dan yang paling seronok ialah dapat try hampir semua makeup Body Shop. Walaupun worksyop ni diadakan pada hari Ahad tapi memang worth sebab dapat banyak give... So conclussion nyer.. two thumbs up hu.. hu.. kalau boleh nak pegi lagi.
Inilah hasilnya
Another pose




Lepas saje habis worksyop ni semua peserta serbu Body Shop sebab voucher RM150 tu kena redeem ari yang sama. Panjang gile barisan. Nanti kalau ada masa saya share barang2 yg saya telah redeem dalam PEA worksyop part 2. Semuanya best!
Dah puas hati.. bole balik sekarang

2 comments:

  1. waaaaaa....nak pergi jugak sebenarnya tau...tp tengok tarikh mcm tak sesuai sbb kena study for exam. '=(

    ReplyDelete
  2. yeke... ala kalu tau ada geng.. skg exam week ye.. good luck ok

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments