27 March 2011

UPDATE CABARAN MENURUNKAN BERAT BADAN

Hi semua!


Semalam (26/3) genaplah 45 hari saya melahirkan anak ke-3 dan yang bestnya saya telah abis berpantang.. yeaayyyy.. 


Korang mesti dah baca kan entry pasal bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin anak ke-2 aritu... So selepas melahirkan anak ke-3 saya mencabar kembali diri saya untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan ideal dan boleh pakai kebaya ketat.. hu hu (tengok niat x baik).


So arini saya nak update prestasi saya setakat 46 hari selepas bersalin.. ok kita mula dengan pengiraan begini:


Berat badan terakhir semasa mengandung : 98kg (hu hu hu nak kat 100kg.. giler tul).






Berat badan setelah melahirkan anak : 89kg


Berat badan setelah 25 hari berpantang : 83kg


83kg.. waktu cukur jambul Wafeey




Berat badan setelah abis berpantang : 79kg


79kg.. hu..hu pakai baju labuh tutup punggung n peha besar




Total Weight Loss :
Kalau dikira dari berat terakhir mengandung : 18.3kg
Kalau dikira dari selepas bersalin : 10kg


Korang mungkin pernah turun lebih banyak dari saya semasa berpantang kan tapi takpe.. berkat displin yang kuat insyaallah berjaya..


So....kesimpulannya saya telah mencapai target yang telah ditetapkan.. abis pantang berat mesti below 80kg... Next target ialah berat mesti below 70kg bile masuk kerja nanti... bole ke? tungguuuu....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments