02 January 2012

THE PULAI SPRING JB AND JOHOR PREMIUM OUTLET

Seperti kelazimannya, hujung tahun akan di akhiri dengan aktiviti hari keluaga sebelah mertua. Kali ini di Pulai Spring di Johor Bahru. Memang meriah! macam-macam aktiviti seperti sukaneka dan dinner.. dan yang paling utama adalah dapat berkumpul adik-beradik..




Pulai Spring memang terbaek dan sangat cantik tempatnya.. golf course yang menghijau menghiasi jalan masuk utama ke Pulai Spring ni. Kami semua ada lebih kurang 12 keluarga termasuk mak dan mak saudara dan keluarga bapa saudara juga.. semua tu lebih kurang hmm brapa ye?? 60 orang kot. Masa tula nak tengok keakraban anak-anak saudara bermain bersama...OK la layan gambar ye...






Alamak! nampak bakul susu


Masuk sket la gambar budak comey ni




Makan malam pulak semua orang berpakaian formal tau. Walupun tak dapat dewan (yang sepatutnya dapat sbb dh booking awal), dinner tu berjalan lancar dengan penyampaian hadiah untuk game siang tadi dan anugerah kecemerlangan anak-anak...






Dapat gak hadiah


And the best part is.... Pergi jalan-jalan kat Johor Premium Outlet (JPO)... concept JPO ni bukanlah cam mall cam KLCC or Pavi.. tapi dia shoplot daripada jenama terkenal dan designer brand la... Dan yang paling menarik adalah... Kedai yang ada kat sini menawarkan harga cam factory outlet la... lebih murah daripada korang shopping kat KL tu.. Ada yang discount 60% tau!




JPO ni memang baru lagi di Johor ni.. Majlis perasmian pun pada 11 Disember 2011 yang lalu oleh PM kiter...Yang tak bestnya... ruang legar nya agak panas.. maklumlah ruang terbuka.. masuk dalam kedai baru ada air cond. Tempat parking dia pun di luar.. dan tidak berbumbung... kalau hujan, sakit sket la.. Jalan masuk pun cam confius je.. sebab melalui kawasan perumahan.. mungkin kitaorang lalu kot jalan belakang kot! (ader ke?).












Tak sempat nak bli ape pun kat JPO sebab Waiz pening dan muntah.. Next time memang teringin sangat nak pegi lagi.. murah pun murah.. Coach wristlet harga asal dalam RM1,200 kat situ cuma RM800 jerr.. okla...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments