Hari nak share makanan pembakar lemak yang mungkin kita tidak tahu. Makanan ni semua yang simple dan amat membantu dalam proses kita berdiet
Telur
Telur merupakan makanan tinggi protein yang berupaya membakar lemak lebih dari makanan berlemak yang lain.Ia juga mengandungi vitamin B12, mineral, iron, kalsium dan makro nutrien yang lain. Ianya banyak membantu meningkatkan metabolisme badan.
Ikan
Daripada makan kari ayam sewaktu menikmati hidangan, cubalah bertukar kepada ikan. Seperti telur, ikan juga tinggi kandungan protein dan membakar lebih banyak lemak semasa penghadaman berbanding makanan berkarbohidrat dan lemak.Ia juga mengandungi omega 3.
Teh Hijau
Teh hijau boleh dikatakan minuman ajaib kerana boleh merawat dan mencegah beberapa penyakit. Ia berupaya menyingkirkan lemak dari badan dengan menghalangnya daripada diserap oleh tubuh. Minum secawan teh hijau sehari dapat memelihara kesihatan anda.
Oatmeal
Oat bukan sahaja berupaya memecahkan lemak tetapi ia kaya dengan serat yang boleh mengurangkan kolestrol. Ia juga bertahan lama di dalam perut yang juga baik untuk mengawal selera makan anda. Ianya lebih sedap sekiranya ditambah dengan buah-buahan atau pun madu.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment