01 January 2012

KERETAKU DIGESEL!

Situasi ini berlaku semasa pulang dari tempat kerja di Gambang menuju ke rumah. Lebih kurang dalam jam 6. Setibanya di persimpangan kuantan by-pass (sebelum Taman Tas) ada berlaku kesesakan lalulintas (jam) yang teramat sangat. Ini kerana berlaku accident di depan.. Tapi rasanya sikit je accident tu.. cuma orang Malaysia ni terlebih concern nak menengok aje yang ramai dari yang menolong.


Kebiasaanya.. kesesakan lalulintas ni memang wat saya pecah mental.. dalam kesesakan lalulintas tu hati saya berdetik bagaimana nak keluar dari jam yang entah bila la kesudahannya. Saya mengambil keputusan untuk susur keluar ke by-pass dan balik ke rumah mengikut jalan bandar dan keluar ke Tanjung Lumpur.


Di depan saya ada sebuah trailer yang agak besar.. Kalau tak silap trailer tu ada 12 tayar kot!.. Nampak dari jauh driver trailer tu cam tak betul je.. Dia seolah-olah nak mengejar sesuatu.. Apa yang nak dikejarkan tu saya pun tak pasti. Mungkin nak kejar trip kot. Dia memandu rapat mengekori kereta depan yang hanya 20 kali ganda kecil dari saiz trailer nya. 


Walaubagaimanapun, saya ingin mengelak dari terlalu rapat dengan trailer tu.. tapi sewaktu saya berada di hadapan sebelah kiri trailer tu... dia seolah2 tak nampak kereta saya ada di depan.. (mungkin kereta kecik sangat kot) dia bergerak perlahan-lahan dan menolak kereta saya dari belakang.. dan terus tolak.. dan terus tolak sehingga kereta saya menyerong di hadapan treller tu dan menghalang laluannya.. mungkin masa itu pemandu berkenaan menyedari yang dia terlanggar sesuatu...


Saya dengan baik hati.. ketepikan kenderaan kerana tak nak kesesakan disitu bertambah buruk... Setelah selesai ketepikan kenderaan.. saya budget nak setel la dengan pemandu tu.. tapi.. apa yang berlaku... dia terus meluncur laju dan blah dari situ.......


Masa tu saya blank seketika dan tak tahu nak wat pe.. dia blah camtu ajer???? memang tak responsible langsung.. Saya cuba usha dia punya plat tapi hampa.... trailer tu terlalu kootor... tak nampak aper pun.. Apa yang saya perasan ada gambar kepala red indian (apache) di pintu trailer nye...


Contact hubby.. dan dia suruh balik aje... syukur saya tak ape-ape.. Bayangkan.. saya hanya digesel secara 'manja' aje dengan trailer tu dah macam tu jadi.. cuba bayangkan kalau dilanggar dalam keadaan laju... fuuhhhh!!! nauzubillah...












Patah kaki la satu bulan takde kereta....









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments