04 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Over excited. Itulah perkataan yang sesuai yang boleh diberikan kepada anak kedua saya, ikmal yang baru saja menjejakkan kaki ke tahun 1 pada sesi persekolahan 2012 ni. Kenapa saya berkata begitu? 


Pada malam 3/1 aritu dia tak boleh pejamkan mata kerana memikirkan bagaimana suasana dan persekitaran sekolah esok.. Bila saya masuk ke bilik.. dia baring dan termenung saje sambil tersengih-sengih.. boleh gitu?


Keesokan harinya pulak, dia bangun seawal 4 pagi... hu hu.. nasib baik tak mandi dan bersiap ke sekolah terus. Kami hantar dia dan abangnya yang tahun ni masuk tahun 3 seperti biasa dan sesi persekolahan bermula dengan perhimpunan dan ucapan selamat datang daripada guru-guru.






Saya dan husband pergi sarapan dulu dan akan datang balik ke sekolah untuk tengok-tengokkan dia masa rehat nanti. Saya ni bukannya apa.. risau takut dia tak  biasa dengan sekolah baru tu dan takut dia takde kawan. Setibanya saya di sekolah, waktu tu pelajar dh mulai keluar dan rehat. Saya cari dia di kantin takde.. jadi terus ambil keputusan untuk cari dia di kelas. Saya lihat dia sedang berbual-bual dengan kawan-kawan masa sekolah tadika dulu (owh! jumpa geng lama rupanya). Nak tahu apa jadi bila geng lama bertemu?? Dia wat tak tahu je kehadiran saya...hmmm.. perkara yang sama berlaku apabila datuknya datang hari ni....


Pada sebelah petang pulak budak-budak ni pergi ke kelas Kafa (fardhu ain).. penat kan? Selepas ambil dia dari kelas KAFA, Ikmal dah terlena dalam kereta.. penat agaknya..


Malam pulak buat kerja sekolah, dan ini yang berlaku pada malam semalam.. hu hu layan ok 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments