Sempena 16 Mei ni nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di dunia ni (fuh dunia??). Guru ni umpama lilin yang membakar dirinya sendiri. Mereka mendidik bersungguh-sungguh sehingga ada yang lebih berjaya dari mereka. Ada anak murid yang jadi doctor dan tak kurang pula ada yang jadi menteri. Tapi cikgu tetap mendidik saban tahun sehingga pencen. Saya pernah juga bercita2 menjadi cikgu ni, tapi tak kesampaian. Mungkin bukan rezeki kot.. Kalau diberi peluang agaknya guru aper saya nak jadi...hmm... mungkin subjek Kesusasteraan Melayu kot. Saya memang minat dengan subjek ni, mebi sebab suka baca buku cerita. Bagi saya subjek ni sempoi giler tak yah belajar pun.. cuma ingat cerita dan jalan cerita sahaja. Tapi walaupun senang sekalipun, bukan satu cerita je kena hafal jalan cerita wei... Ada 19 cerpen, 1 novel dan ade satu buku puisi. Ajar sastera ke bukan Accounting or Business line? walaupun belajar dlm bidang itu.
Pernah satu kali masa kecik (tak ingat umur berapa) ada sorang yang pangkat bapa saudara tanya cita2 saya bile besar nanti. Dengan confident saya jawab, "nak jadi cikgu!" Sehingga sekarang pak cik tu panggil saya cikgu walaupun kerja sekarang takde kena mengena dengan profession perguruan dan ajar mengajar. Kenapa saya nak sangat mengajar ni ye.. hmm.. selain minat, suka rasanya boleh inspired orang terutamanya teenagers... best kan.. rasa cam murni je kerjaya yang boleh wat pahala ni.
Ok cukuplah cerita pasal cita2 tak kesampaian tu. Hari ni topik kat sinar fm adalah berkenaan dengan Hari Guru. Kak Engku tanya pendengar radio berkenaan siapa guru yang memberi kesan mendalam dalam idup... Kalau saya diberi kesempatan untuk contact Sinar FM tu.. saya akan cakap guru yang memberi kesan mendalam dalam idup saya ialah Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah ni garang giler wei... dan sangat particular orangnya.. siap ajar cara guna pembaris dengan btul. Kalau salah kna ketuk jari. Kerja sekolah tak yah citer la banyak giler.. Ade ke budak darjah 6 kna wat kerja sekolah matematik 100 soalan satu hari... aduhhh!!! Sampai satu tahap tak larat giler.. mama kasi calculator untuk wat latihan tu.. hu hu hu (kantoi). Kalau tak siap? giler ko.. kena lempang.. berpusing kepala.. Tapi hasilnya.... amik kos accounting dan keje pun dlm bidang accounting (ceh.. bajet terror matematik la tu).. Thank you cikgu!
Kalau budak sekarang kena lempang.. alamatnya besok masuk surat khabar front page le... lain kan dlu ngan sekarang.. Tak payah orang lain laa... kalau cikgu lempang anak saya.. comfirm saya lempang balik cikgu.. hu hu (teruknya). Anak sekarang ni manja.. dan pendekatan (pukul) begitu tak sesuai lagi pada zaman ni.. Budak sekarang ni kena phsyco sket....
Sambutan Hari Guru tahun ni tak sempat nak prepare ape2 pun sebab sibok sangat. Kena hargai cikgu2 yang mengajar anak2 kite ni... kalau nak banding ngan gaji diaorang tak berpadanan dengan penat lelah mereka (walaupun gaji cikgu dah naik) nak ajar budak2 tu. Cikgu favorite Waiz adalah cikgu Ummi Hayati dan Ikmal pulak cikgu Ani. Cikgu ni semua memang baik dan penyayang orangnya dan memang boleh attract budak2 baya anak saya nih. Ingat nak prepare gak la tahun ni... bagi lambat sket aci tak.. Last year kasi egg tart. Selain sedap kos nya agak murah... lebih kurang beberapa sen sahaja bagi satu tart. Saya bagi semua cikgu yang mengajar Waiz dan Ikmal.. takde pilih2 ye..
Hasil tangan sendiri tau.. |
Di suatu hari...Waiz aper citer2 bile besar nanti... jawapan dia : nak jadi dr pakar kanak-kanak.. mana dapat tu? Sebab abang suka baby.. memang btul pun.. Waiz memang seorang yang penyayang.. Sukakan baby dan budak2. Yang jadi mangsa adik dia. Kna medical checkup ari2... Harapan seorang ibu..semoga menjadi kenyataan... insyaallah.. amin.
No comments:
Post a Comment