15 May 2011

RECENT ON9 PURCHASE

Hi!


Hari ni nak update on9 purchase yang dibuat baru2 ini. Sebenarnya ada beberapa siri on9 shopping ni.. tapi ini yg terlatest..


Sigma Powder / Blush Brush SS187.











Memang teringin sangat nak cuba Sigma brushes ni. Tapi masalah nya brand sigma ni tak de dalam pasaran Malaysia nih. Apa yang boleh di buat adalah dengan join spree kat mana2 blog yang menganjurkannya. Pihak penganjur spree biasanya akan beli  barang2 ni melalui official website sesuatu brand yg tiada dijual di Malaysia.. dan biasanya mereka anjur spree bile ada special discount. Tujuan spree ini diadakan adalah nak kumpul order daripada sesiapa yang berminat dan order secara pukal dengan website tersebut. Manfaatnya adalah... pembeli tidak perlu pergi ke oversea untuk beli, enjoy internet discount, free postage.. mahal tu kalau dari oversea (kalau bli banyak la) dan banyak lagi benefitnya. Saya sendiri join spree di Malaysian Beauty Store.. diaorang selalu update spree kat website ni espcially USA punya brand makeup macam Urban Decay, Drugstore.com, Sephora (skg dh ade kt KL), Victoria Secret dan banyak lagi.. tak boleh nak sebut. Dinasihatkan kalau nak join spree ni jangan aspect nak dapat barang cepat sebab diaorg akan order dlu. Spree pun ada tempoh.. nak order lagi.. nak tunggu parcel dari oversea lagi.. nak sorting order korang lagi. Harga brush ini cuma RM56 sahaja... (MAC beratus-ratus la jawabnya)






Menurut review yang dah ditonton kat you tube.. Sigma Brush ni sama quality dengan MAC.. tapi harganya separuh dari MAC... yeke??? Tu yang nak sangat try test dan cuba sendiri brush nih. Macam2 brush dah saya beli.. ada yang bagus quality nye dan ada gak yang mengecewakan. Dalam brush collection saya dah ada brand MAC (of course), Body Shop, Stage, Syber Color and Estee Lauder. Kata orang good quality brush ni does make a different to our makeup look. So better 'invest' in good quality brush.


Mari kita tonton review brush ni kat bawah




My personal thought adalah brush ini sangat lembut dan bulunya diperbuat daripada synthetic (agak berkilat). Pemegangnya berkualiti tetapi terlalu besar dan panjang. Saya suka gunakan brush ini untuk apply blusher kerana hujungnya flat senang nak control. Ada jugak MUA gunakan brush ni untuk apply foundation untuk kesan yg lebih dramatic


Coastal Scents Travelling Brush Guard. 
Actually brush guard ni digunakan untuk melindungi brush semasa travelling agar brush tu tak rosak dan kembang. boleh jugak gunakan brush guard ni selepas bersihkan brush korang supaya bentuknya masih sama walaupun dan dicuci beberapa kali. Brush guard ni pun beli sama kat Malaysia Beauty Store (MBS). Owner website ni (Rowena) baik orangnya dan sentiasa menjawab segala pertanyaan yang diajukan. MBS ni ada gak update kat facebook diaorg. Nanti korang cari la ek..


Inner Neck



ok this is my latest favorite. Mudah dan senang untuk dipakai especially dengan shawl mahupun dengan Pashmina atau yang seumpa dengannya. Inner neck ni menampakkan bentuk muka kita lebih panjang (of course nampak lagi kurus) dan ianya seperti inner tudung syria.. cuma inner neck ni cover sampai leher.. jadi bila pakai shawl yang jenis kain jarang tu memang tak nampak la leher kan... saya order inner neck daripada Radiusite. Ownernya nama Ika. Actually, ini pembelian kali ke-3 inner neck dengan Radiusite. Inner neck daripada Radiusite ni memang agak berkualiti sebab tu harga inner neck ni satu RM25.. kalau nak banding kat luar harganya mungkin lebih murah (RM12-RM15) tapi kain licin cam jersi.. tak besh..



Ni contoh inner neck.. gambar kiri lebih jelas..
Lagi contoh.. yang ni grey plak
 ok la.. dah malas nak taip panjang2.. bye!

    No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    comments