Tahukah anda betapa pentingnya menjaga berus makeup? Bukan hanya kerana harga berus-berus yang berkualiti agak mahal harganya tetapi sekiranya dijaga dengan baik dapat memanjangkan jangka hayat berus itu sendiri.
Berus makeup selalunya dibersihkan sekurang-kurangnya satu minggu sekali. Lebih baik sekiranya dapat menyahkuman pada setiap kali selepas penggunaan (tapi mustahil la kan...). Bagi deep clean pula perlu dilakukan at least once a month (saya akan tunjukkan caranya dalam posting akan datang). Membersih dan menyahkuman adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada kulit dan bibir. Jangan salahkan orang lain sekiranya kulit anda ada alahan atau tumbuh jerawat dimerata tempat...
Membersih berus juga dapat menghasilkan makeup yang cantik kerana berus yang selalu digunakan telah bercampur warna. Kita mungkin tidak berjaya membuat color blending seperti yang kita mahu!
Oklah, bagaimana pula caranya membersihkan berus-berus ini? Baiklah saya akan tunjukkan caranya di bawah ;
STEP 1 :
Mula-mula saya akan tunjukkan bahan-bahan / alatan yang diperlukan bagi membersih berus makeup.
Alatan yang diperlukan adalah makeup brush, brush cleaner, paper cloth and clean towel |
I'm using Stage brush cleaner RM25 |
Spray brush cleaner on paper cloth like this...
STEP 3:
Gosok berus anda pada tempat yang telah dispray tadi and please remember.. be gentle to your brush ye... jangan gosok terlalu kuat. Ulangi step ini sehingga berus tidak lagi mengeluarkan warna... means that.... bersih la tu...
STEP 4:
Bentukkan kembali berus anda supaya ianya kekal bentuk seperi asal.... lakukan seperti ini...
Step 5:
Biarkan ia kering di atas towel yang bersih.. Ingat baringkan berus anda agar lembapan tidak mengalir ke batang berus.Selalunya saya akan biarkan semalaman agar ia betul-betul kering.
Ok, hasilnya berus berbau wangi dan bersih...... rasa seronok nak guna lagi... Selamat mencuba! daaa....
No comments:
Post a Comment