06 July 2012

Pergi Seminar Dapat Burt's Bees



Hi semua!

Bestnya pergi Seminar Kempimpinan Wanita ke-2 kali ni. Seminar ini telah diadakan di Hotel Istana KL. Yang bestnya sebab dapat sample body lotion dan sugar scrub dan voucher RM10 dari Burts Bee. Jarang pihak penganjur bagi benda-benda free camni.

cash voucher daripada Burt's Bees

sample product from Burt's Bees


Sebenarnya dah lama nak beli lip care product from Burt's Bee ni. Lately terasa semuanya kering. Muka kering, bibir kering dan tak ketinggalan body skin pun kering gak... Tak tahulah kenapa maybe cuaca tak pun sebab duduk dalam aircond sepanjang masa...

Semalam pergi sephora kat area pavilion tengok tinted lip balm Burt's Bees tu berharga RM39.90. Rasanya dh kali ketiga pegang tinted lip balm tu tapi tak jadi beli.. Hmm tak tahulah kenapa.. Sebenarnya nasib baik jugak tak beli.. Mungkin seru belum sampai. Rupa-rupanya instinc tu memang boleh pakai sebab Burt's Bees tu ada bukak booth kat seminar ni dan of course boleh guna voucher RM10 tu...

Di booth jualan Burt's Bees

Yang lebih teruja ialah, booth tu ada tint & treats box set Dan hanya berharga RM65. Set tu mengandungi
1. Rejuvenating Lip Balm with Acai Beri (4.25g).
2. Honeysuckle Tinted Lip Balm (4.25g).
3. Lemon Butter Cuticle Cream (17g).
4. Naturally Nourishing Milk & Honey Body Lotion (70g).



Mengikut kata sales girl tu harga set ni kalau dibeli secara berasingan adalah worth lebih dari RM100. So menang berbaloi la. Dah la boleh guna voucher kan.

Selain dari sample product Burt's Bees, dapat juga sample inner shine dan air Lipton ice tea. Voucher pulak saya dapat dari Yun Nam, Clara, Bizzy Body, Facial First dan Marie France. Setakat ni belum ada perancangan untuk menggunakan voucher2 ni.. Kalau wat giveaway ada orang yang nak tak?



Seronok dapat pergi seminar yg membakar semangat untuk berjaya dan maju.. Kebanyakan speaker terdiri daripada wanita-wanita berjaya dan mereka berkongsi rahsia kejayaan mereka. Memang sangat inspired dengan semangat dan usaha diaorang.

Ok la... bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments