Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

14 July 2012

CARA MANDIKAN NEW BORN BABY

Hi Semua!

Posting kali ini ditujukan khas buat ibu2 hebat dan cantek diluar sana.. Yang bertungkus lumus membesarkan anak dengan hati yang ikhlas..insyaallah.. Ada ibu2 diluar sana samada first time menjadi ibu ataupun orang panggil ibu baru mesti tertanya-tanya... camne nak mandikan new born baby yang sangat kecil dan fragile dengan cara yang mudah dan tanpa mencederakan baby kecil yang baru lahir dengan tali pusat masih belum tertanggal kan...

Pada permulaan saya sebagai ibu pun memang takut nak pegang baby ni.. takut tersalah pegang. Tapi sekarang ni dah boleh kata pro kut... huhu.. Saya belajar teknik dan cara mudah ni daripada jiran saya 9 tahun yang lalu sewaktu menyambut kelahiran anak pertama. Jiran saya merupakan seorang nurse yang berpengalaman di hospital kerajaan dan telah berkhidmat lebih 20 tahun.. tambahan bonus pulak pernah berkhidmat di wad  post natal iaitu wad dimana menempatkan ibu dan anak selepas bersalin.

Caranya mudah saja... yang penting bila nak handle new born baby ni mesti ada perancangan... jangan pakai redah je tau!

STEP 1;

Sediakan tempat mandi terlebih dahulu... sekiranya rumah anda tiada water heater boleh masak air terlebih dahulu.. Sementara itu, sila pastikan baby anda berada di tempat yang selamat dan kalau boleh minta ahli keluarga (dewasa) yang lain tolong tengokkan ye.. Tempat mandi baby yang paling ideal untuk new born baby ni adalah dalam sinki.. kenapa? sebab pertama, sinki bersaiz kecil, jadi hanya muat2 badan baby sahaja.. tiada risiko terlepas. Kedua, Kedudukan ibu berdiri.. boleh elakkan dari duduk.. sebab dalam pantang kena pastikan kedudukan rahim tak senget ok!.. Tapi sekarang ni macam-macam produk yang canggih dalam pasaran.. Semuanya direka untuk kesenangan ibubapa dan yang paling penting keselamatan baby... Owh! sebelum lupa, ambil satu cebok / gayung air dan letak ditepi sinki.

STEP 2;

Sediakan pula baju, barut, lampin dan peralatan grooming baby seperti bedak, sikat, minyak etc.. Susun benda2 tu semua mengikut layer tertentu seperti gambar di bawah... 
layer 1 (bawah sekali); baju
layer 2; barut
layer 3; diapers






STEP 3;


Sebelum tanggalkan baju baby.. pastikan tuala dibentangkan dan letak baby di atas tuala. Tanggalkan baju baby dengan lembut.. jangan terlalu kasar ye.. sian baby.. Kemudian balutkan baby seperti bedung (gambar di bawah). 


mat ikea.. memang sgt berguna




Step 4;


Baring baby di atas mat (sekiranya ada). Jenis baby mat ikea adalah yang paling mudah sebab dia macam tilam. Kalau takde boleh bersila dan letak baby di atas riba. Basahkan baby sedikit... gunakan tangan sahaja.. tak perlu rendam baby.. Ingat baby bukannya kotor pun... dia tak buat kerja berat... OK.. Sekarang boleh mula sabunkan baby.. dan iringkan baby untuk sabun di bahagian belakang.






STEP 5;


Rasa air yang disediakan tadi dengan lengan. Pastikan air tersebut sesuai.. tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Angkat baby ke dalam sinki / tub.. Pegang baby di bahagian bawah ketiak... insyaallah tak terlepas. Bilas semua sabun.. Kemudian bilasan terakhir dengan menggunakan air bersih yang telah diasingkan dalam cebok / gayung tadi... Angkat baby ke atas tuala tadi kemudian lap sehingga kering dan wrap balik baby.






STEP 6;

Letak baby di atas susunan baju tadi... bedakkan baby.. sapu minyak kat perut.. sapu spirit kat pusat baby sekiranya pusat belum tertanggal kemudian boleh pakai baju baby dan SIAP!

dah siap.. kelakar muka wafeey masa ni..
Hi! saya dah 1 year 5 months....


Saya harap panduan ini dapat membantu korang menjadi ibu yang hebat.. BYE!

22 May 2012

KESIAN ANAKKU...

Kesian anakku Wafeey... setiap kali bawak dia pergi jalan mesti ada dialog yang sebegini..

"comelnya anak perempuan akak"

"Akhirnya ko dapat gak ye anak pompuan"

"cepat bye2 kat kakak" (beritahu anak dia)

Ada gak komen dari rakan2 di FB cam bawah ni..



huhu... inilah akibatnya bila teringin sangat nak anak perempun.... Dari anak no.1 doa nak anak perempuan. setakat ni belum dimakbulkan... (tapi rasanya cukup 3 aje kot)..malas dah rasanya nak mengandung lagi...

Anyway.. bagi pengkomen2 tu.. saya tak marah pun... suke je..tapi anak gugurl memang comel kan? dan terima kasih gak kepada yang cakap wafeey ni comel! Memang Wafeey ni ada iras saya.. nanti nak post gambar saya masa baby untuk compare... sama ke?

31 December 2011

JANGAN PANIK!

Dunia rasa bahagia apabila pasangan menerima berita baik kerana si isteri telah berbadan dua. Apatah lagi perempuan, sudah pastinya melengkapkan dirinya sebagai seorang perempuan apabila bergelar ibu kelak. Penantian selama 9 bulan 10 hari dilalui dengan penuh debaran menunggu hari kelahiran. Perasaan bercampur baur... berdebar, takut dan teruja... Pastinya pelbagai soalan bermain di minda seperti..."anak aku dilahirkan sempuna ke?" ataupun " macam mana la agaknya rupa anak aku nanti?"  


Jangan panik bila baby anda lahir dengan muka yang pelik... bengkak..sembab...kulit menggelupas.. kecut dan mungkin cam planet of the apes.. hu hu.. Ini kerana proses kelahiran itu sendiri dan lagipun sicomel kan lama berendam dalam air...Jangan risau.. anak akan berubah mukanya...beransur-ansur semakin comel.. tunggu sajelah ye..


Kalau tak percaya tengok sajelah anak saya Wafeey ni.. semakin hari semakin comel.. geram saya... bukan saya saje yang geram.. abang-abang nya pun mengetap bibir bila melihat dia tersengih-sengih dengan gigi dua batangnya... Anak korang pun begitu kan... Oklah.. layanla gambar wafeey ni.. dan tengoklah perubahan mukanya dari hari ke hari....




























P/s : jangan lupa click button like iera-mybeautifullife di facebook ok.. muah!!

07 April 2011

HASIL KREATIVITI WAIZ





Hi semua!


Hari ni nak cite pasal my eldest son Waiz Hakimi.. umurnya 8 years.. means that this year standard 2 la... Korang pernah tak belek-belek apa yang ditulis or lukis oleh anak-anak pada kertas kotor atau buku conteng diaorg. Kalau buku sekolah tu memang wajib belek la kan..


Waiz ni orgnya pendiam sket.. tak banyak cakap tapi penyayang orangnya. Especially pada adik-adik dia. 


Aritu saya terjumpa buku conteng yang diaorg selalu lukis robot n raksaksa dan saya jumpa lukisan nie...




Saya tanya dia nie gambar sape? dia jawab...


gambar 1 : ni gambar adik.. abang lukis masa birthday dia...


Gambar 2 : ni ayah... ayah tengah tido.. nampak sangat ayah memang kuat tido..


Gambar 3 : ni ibu tengah guna komputer.. nampak sgt ibu ni mmg suka ngadap komputer.. tapi yang herannya knapa rambut ibu tu tocang dua.. hu hu


Gambar 4 : ni mami (nenek) tgh basuh kain... ooo tu mesin basuh ke?


Apa yang dilukis oleh budak-budak biasanya adalah perception dia terhadap orang disekeliling dia. Tapi memang btul pun.. ayah suka tido.. ibu dok ngadap komputer...


Selain dari melukis di kertas.. Waiz ni suka gak lukis guna komputer... ni salah satu hasil kerja dia.. tak lawa pun tapi bagi standard budak darjah 2 lukis guna komputer kira ok la kan....




Sekarang dia suka lukis bangunan guna komputer.. macam-macam ada.. klcc la rumah la... tapi dia tak print so  tak bole la nak tunjuk... Actually lukisan dia dah improve lately.. Bila difikirkan Waiz suka lukis bangunan.. anak aku ni nak jadi arkitek ke?? hmm.. cakap nak jadi doktor.. mungkin doktor  yang ada art sket kot. hu hu...


Ok la..sampai sini saja.. bye!

28 March 2011

KERJA KERJA KERJA

Hi semua!


Saya percaya tentu ramai perempuan diluar sana yang telah berkahwin dan berkerja. Mungkin bekerja dapat membantu ekonomi keluarga. Saya juga bekerja dan berumahtangga.. tapi jika diberi pilihan saya lebih suka duduk bersenang lenang di rumah dan melayani kerenah anak-anak membesar didepan mata. Tapi kalau ada pembantu rumah lagi syok sebab boleh tolong wat kerja rumah siket2 dan senang sket saya nak kuar pergi shopping.. hu hu hu


Korang pernah tak mengalami situasi dimana tuntutan bekerja melebihi dari tuntutan di rumah.. saya pernah mengalami situasi begitu.. kesian anak-anak kadang-kadang saya heret ke pejabat pada waktu malam ataupun pada Sabtu/ Ahad. Mujurlah hubby memang understanding dengan kerja saya.. Bila di suatu saat saya pernah terfikir.. sampai bila aku nak macam ni.. balik kerja kul 8 malam dan datang semula kepejabat kul 10 malam dan balik kul 2, 3 pagi. ada satu masa tu pernah sampai subuh dan keesokan tu kena kerja pulak kul 8.30...


Sampai satu saat saya dah tak larat dan akhirnya apply kerja lain... nasib baik dapat.. Sekarang kerja dah tak macam dulu lagi.. jadi seorang yang normal.. setakat stay back sekali-sekala tu saya fikir itu adalah normal...


Bagi saya keluarga dan anak-anak adalah segalanya.. tapi kalau saya jadi fulltime house wife pun.. saya tak boleh duk terperap kat rumah je... nanti jadi tension dan stress plak.. boleh buat saya ilang akal dan bad mood...


9/5 nanti saya akan kembali bekerja setelah bercuti panjang (bersalin). Cam mana la agaknya nanti.. tapi saya kesian gak kat mak saya yang jaga cucunya sorang bila saya kerja nanti.. Saya memang nak cari pembantu untuk dia.. tapi saya tak nak ambil bibik indonesia. Selain mahal.. saya rasa tak selesa bila ada orang asing tinggal serumah dengan saya.. Kalau boleh saya nak ambil yang datang weekdays sahaja dan bekerja hanya dari kul 9 pagi hingga 6 petang sahaja.. stakat ni blum jumpa lagi..


Oklah... semoga kita semua dapat menjadi ibu dan isteri yang baik untuk suami dan anak-anak.. Bye..

04 March 2011

AMALAN BERPANTANG (VERSI SAYA)

Hi semua!


Amalan berpantang adalah amat penting bagi mengembalikan kesihatan dan bentuk badan selepas bersalin. Ada yang berpantang selama 40 hari ada pula yang berpantang 44 hari, 61 hari dan 100 hari.. yang mana satu betul?? hmm ntahlah.. semuanya bergantung kepada tahap kesihatan seseorang... Amalan ibu saya berpantang selama 44 hari...


Hari ni saya telah berpantang selama 22 hari.. ada lagi 22 hari untuk menghabiskan nya... boring tul la.. sebab tak boleh kluar rumah...


Ok la... kat sini saya nak share amalan yang saya amalkan..


Berstokin
Berstokin boleh mengelakkan badan kita dimasukki angin dari jari-jari kaki.. My experience kalau tak pakai stokin ni terasa macam semua jari-jari kaki sejuk dan berangin dan memang tak selesa.. saya memang berstokin sepanjang berpantang.. hanya buka ketika pergi ke toilet dan mandi sahaja..






Berurut dan mandi serum
Ianya perlu untuk melegakan lenguh dan sakit-sakit kerana mengandung dan bersalin.. ia juga boleh membanyakkan susu ibu.


Mandi serum pula merupakan air rebusan daun-daun terpilih seperti daun pandan, daun sekentut dll lagi.. saya pun dah lupa.. banyak sangat daun nya.. Bila mandi dengan air ni badan akan berasa lebih segar. Saya akan mandi semasa air ni masih suam-suam untuk membaiki aliran darah..


Bagi berurut, mandi serum dan bertungku ni saya ambil pakej 3 hari dengan tukang urut.. semuanya dia buat.. dan rasa memang best.. Tukang urut ni buat pakej.. pakej 3 hari adalah RM200.. tapi memang puas hati sebab urutnya lama sangat... Proses daripada mandi serum bertungku dan berurut mengambil masa 5 jam... wahhh.. best..


Bertungku
Bertungku masih diteruskan walaupun pakej dah habis.. ianya dilakukan dua kali sehari.. iaitu subuh dan petang lepas asar.. Bertungku baik bagi memastikan perut kita panas dan boleh mengecutkan dan menaikkan rahim selepas bersalin.






Berbarut
Berbarut memang best.. saya gunakan herba barut keluaran Nona Roguy.. perut kita rasa kemas dan kempis.. ianya untuk memastikan perut kita tidak lembik dan menggeleber selepas pantang nanti dan kembali kepada asal..... Herba barut ni perlu dimasak di dalam periuk tanah bersama dengan air asam jawa..






Makan Jamu
Saya gunakan produk keluaran Nona Roguy jugak sebab produk ni memang cepat turun berat badan dan rasa sihat.. Saya ambil jamu-jamu ni setelah anak baik Jaundice (kuning) sebab perlu breastfeed untuk mempercepatkan baby sembuh dari kuning ni... lebih kurang minggu ke-2 nak masuk minggu ke-3.






Pantang makan
Masa berpantang saya hanya boleh makan ikan selar sahaja.. orang lain boleh makan macam-macam seperti ikan tenggiri dan ayam. Saya memang tak boleh makan ikan tenggiri ni sebab bisa.. dan berdenyut.. Pantang makan ni bergantung pada individu la.. ada yang boleh makan ni ada yang tak boleh makan tu...
Ikan selar tu tadi mama saya masakkan saya masak stim, singgang dan bakar... Ianya dimasak dengan menggunakan banyak halia dan bawang putih untuk mengeluarkan angin dalam badan.


Sebenarnya ada banyak lagi amalan-amalan orang tua dulu-dulu seperti bertangas (duduk di atas pangkin. dibawahnya ada bara api), pilis (sapuan di atas dahi.. saya tak amalkan sebab rasa cam lagi pening je), lulur (saya gunakan scrub je)....


Berpantang lah sedaya yang mungkin bagi mengelakkan badan tak sihat. Kita mungkin rasa sihat sekarang tapi bila tua nanti macam-macam sakitnya pula...Oklah semoga saya berjaya menghabiskan pantang dengan jayanya...

25 February 2011

23 February 2011

LAHIRNYA SEORANG ANAK...

Alhamdulillah.. saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.44kg pada 10 Februari yang lalu. Semuanya telah berjalan lancar daripada perjalanan ke hospital hinggalah selesai melahirkan. Jarak hospital dengan rumah agak jauh.. lebih kurang 50km...


Lebih kurang jam 5.00 pagi terjaga dari tidur kerana terasa sakit agak kuat... saya memang biasa 'false alarm' ni.. hampir setiap malam.. tapi kali ini terasa sakitnya lain macam dan agak kuat... saya memberitahu suami... rasanya kena pergi hospital ni... sempat sembahyang subuh... 


Keluar rumah dalam jam 7.00 pagi.. trafik ok walaupun orang sibuk nak pergi kerja.. sepatutnya suami saya ada meeting di Kuala Terengganu.. kalau dah pergi kerja tak tahulah cam mana.. semuanya telah diaturkan oleh yang maha kuasa.. Semasa dalam perjalanan... contraction sudah sekerap 5 minit...


Sampai di Pusat Rawatan Keluarga Islam (Al-Farabi) pada jam 8.00 pagi... petugas pusat rawatan tersebut meminta saya masuk ke labour room untuk membuat pemeriksaan.. dan memberitahu bukaan dah 8 cm lalu memecahkan air ketuban....


Contraction semakin lama semakin kuat dan kerap.. rasa tak tahan sangat.. tapi Allah telah ciptakan seorang perempuan dengan sifat sabar dan insyaallah tahan dengan sakit bersalin ni.... Jam 9.00 pagi bukaan dah 9cm.. tapi nurse tu kata jangan teran lagi... tunggu 10cm baru boleh... masa inilah waktu yang paling kritikal dan mencabar bagi saya... 10.08 minit denga satu push saja.. alhamdullillah... Gibran Wafeey pun selamat dilahirkan....


Sekiranya dibandingkan dengan orang lain... saya bersalin agak mudah dan sakit sekejap... tapi apa yang orang tua kata kita perlu ikut dan amalkan... setiap hari saya membaca Al-Quran terutamanya Surah Maryam dan Yassin.. Surah Yassin tu setiap malam saya amalkan selepas Solat Maghrib.


Doktor suruh husband potong tali pusat baby.. mula-mula cam tak nak... tapi akhirnya nak jugak... terputuslah sudah antara saya dan baby... baby tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan saya lagi... terlerai lah sudah antara saya dan dia... begitulah setiap kali anak dilahirkan.. sehinggalah membesar dan akhirnya dewasa dan tidak lagi bergantung dengan kita.


Sebenarnya dan berapa kali 'commercial break' untuk menyiapkan entry ni.. maklumlah busy menjaga baby.. dah lama tak berjaga malam.. maklumlah anak-anak dah besar dan mula sekolah... oklah semoga saya dapat menempuh alam berpantang dengan jayanya... Nanti saya akan uploadkan gambar baby Wafeey dalam entry yang lain...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments