Showing posts with label My Shopping Bag. Show all posts
Showing posts with label My Shopping Bag. Show all posts

09 August 2012

Misi Pencarian Baju Raya Berakhir!

Hi semua!

Misi pencarian baju raya akhirnya sampai ke penghujung...Ahad lepas terpaksa pergi ke Shah Alam memandangkan hanya saya dalam ahli keluarga yang belum ada baju raya.. sian kan! Punyalah semangat nak cari baju raya... sampai pergi balik hari aje ke Shah Alam. Bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan sampai pukul 1.30 pagi... fuuhh memang memenatkan sebab puasa....

Sampai saja di Shah Alam, tempat pertama yang kitaorg pergi adalah PKNS Shah Alam.. cam biasa ada bazaar diruang legar.. msta cuma tertarik pada booth Jedan Collection, Saidatulnisa sahaja.. memang design baju cantik dan lain dari yang lain... tapi malangnya design berkenan tapi kalau warna tak memenuhi tema tak bole jugak kan... So, misi gagal!

Selepas menemui jalan buntu, kitaorg lintas jalan dan pergi SACC Mall plak... kat situ memang banyak butik2 designer macam Salikin Sidek, Jedan pun ada gak butik kat situ, Qarmilla, Citra dan Zurfauzie Classic... Semua butik ni memang sangat exclusive la kan..... harga pun faham2 ajelah harganya pun mencecah ribuan..... Misi gagal lagi.....

Pikir punya pikir... akhirnya pergi ke seksyen 7.. Kat situ adalah lubuk segala butik terutamanya online butik cam radiussite, sugarscarf. Designer pun ada gak.... Hatta Dolmat... pendek kata park kereta dan jalan kaki je pergi deretan butik tu.....Nak cerita pun tak guna la... pergi sendiri tengok....

Jam dah menunjukkan pukul 6 lebih.... so masa untuk cari tempat berbuka puasa pulak... kitaorg berbuka di kedai cina mualaf kat area situ jugak. Misi diteruskan lagi bila dh berbuka.... dan akhirnya... destinasi terakhir Altelia Amani..... dan bertemu dengan baju yang boleh la dikatakan menepati warna tema kitaorg tahun ni. Nak sebijik tu memang tak dapat la... tu la hubby nak sangat warna tu..... Haish!

So.. tunjuk paper bag dulu la ye.... nanti tak surprise....huhu



24 July 2012

Misi Pencarian Baju Raya! - Rizalmam

Hi semua! Merasa jugak pakai baju designer terkenal iaitu Rizalman.... Tahun ni Rizalman ada keluarkan koleksi baju raya 2012... Walaupun agak ketinggalan untuk menceritakan pasal 20 by Rizalman ni... Tapi saya telah berjaya untuk mendapatkan salah satu koleksi 20 by Rizalman ni.... Semua nya tersangat la gorgeous .... Sgt excited! Sebelum tu mari tengok koleksi 20 by Rizalman yg saya nak tersangat la nak nya...

 Pertama


Kedua


Tapi saya sangat kecewa.. Sebab agak terlambat pergi beli... Yg first ru tinggal saiz xl aje.. Yg second tu langsung takde...huaaaaa!! Akhirnya beli yg Yang ni cantik jugak........ Hmm puas ati!



Bagi yg belum tahu, koleksi ni hanya available di Tesco ye.... Bye!

20 July 2012

Misi Pencarian Baju Raya!


Ya.. Sekarang sedang berusaha keras nak mencari baju raya yang terbaik untuk hari raya pertama nanti. Mana tak berianya.. Mr Hubby and anak2 semuanya dah settle bab baju raya tahun ni. Ibunya saje selalu jadi orang terakhir.. isk..isk kesian.... Mujurlah tahun ni pereka fesyen terkenal ada membuat jualan raya. Mesti di minda korang sekarang ni sedang membayang kan price tag yang melampau kan? Jangan bimbang.. sket lagi citer ye...
Apa yang saya maksudkan ialah..... Pereka Fesyen yang terkenal tu ialah Jovian Mandagie. Siapa yang tak kenal Jovian kan? Kalau tak kenal tu makna nya memang tak amik port la pasal fesyen kat Malaysia ni. Tahun ni, Jovian ada wat juakan Hari Raya dengan harga yang sangat reasonable... dalam RM 180 to RM380... Jangan terkejut lagi.... Rekaan beliau boleh didapati exclusively di First Lady jalan TAR! Mula2 Jovian announce kat facebook tu agak frust jugak la... Bila la masa la nak pegi KL ni.... Selang beberapa hari Jovian telah update status facebook nya bahawa rekaannya juga turut didapati di zalora.com.my..... huhu... masa tu terus melompat kegembiraan! Cam tu la Jovian.. sekarang ni dunia tanpa sempadan... segalanya dihujung jari!




Hari ni bila sampai aje di rumah... ada nampak satu parcel warna oren atas coffe table.... Waa... Jovian's is here! huhu Apa lagi terus bukak dan try la... Jom layan!






Seriously cakap memang packaging dan rekaannya exclusive sangat tau.... Kalau nak merasa baju2 designer ni.. i think this is the right time... Bertindak sekarang ya girls!

p/s: tak sabar nak tunggu Jovian launching 2nd batch and 3rd batch.... katanya 22/7 and 29/7... ketar lutut dh ni.....

14 July 2012

TABLET OH TABLET!

Hi semua!
Memang dah lama nak beli tablet tapi tak tahu yang mana yang terbaik dan yang paling penting yang memenuhi keperluan berbloging kan... Setelah beberapa lama mengkaji dan study tablet ni, saya dapati terlalu banyak keluaran dan semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Akhirnya saya senarai pendekkan yang terbaik, iaitu ipad3 dan samsung galaxy tab 10.1 atau 7... Memang tidak dapat dinafikan kualiti gambar memang ipad3 la yang menang. Tetapi bila memikirkan semua aplication ipad yang full version kena bayar terus terpadam niat nak beli. Lagipun apple ni memang tak support flash. Lagi satu, Brand apple ni semua kena guna itunes untuk download lagu dll lagi. Semua nya mesti melalui itunes. Lecehlah..

Jadi senarai yang tinggal lagi adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7.0... Satu besar cam ipad dan satu lagi saiz kecik sket. Kalau diikutkan hati mestilah nak 10.1 kan.. sebab puas hati nak menaip dan screen nya pun besar. Memang puas hati nak berfacebook. Tengok gambar tudung Fareeda yang sama dengan saiz sebenar.. huhu acah je.

Nak dijadikan cerita, sebelum hari nak gi beli tu ada meeting.. Bukan main lagi masing-masing bawak tablet. Ada ipad, ada bawak Galaxy Tab 10.1 dan ada plak yang bawak 7.0. Malu pulak pergi meeting bawak organizer tebal... haha boleh gelakkan diri sendiri. Sekarang zaman pergi meeting bawak tablet ok bukan catat perkara penting guna pen... Peristiwa itu lebih menguatkan sebab kenapa saya kena beli tablet.

So hari tu pergilah saya ke East Coast Mall Kuantan dan terus menuju ke pusat jualan Samsung tanpa menoleh ke outlet ipeople (pusat jualan apple) kat depan tu. Tengok ada tiga jenis tablet la pulak kat situ. Setahu saya ada Samsung ada 4 saiz. Yang takde 8.9. So, yang display kat situ adalah Samsung Galaxy Tab 10.1, 7.0 dan 7.7. 10.1 memang best sebab screennya besar dan memang puas hati. Umpama guna netbook tanpa keyboard. Tapi... kalau besar sangat pun susah nak bawak dalam handbag. Kalau nak beli 10.1 kena beli handbag besar dulu huhu. .. tak lama lagi Glampot nk datang Kuantan. Ah! jangan berangan. Lagipun kalau nak update status Facebook nanti orang kat meja sebelah pun bole nampak..

Jadi yang tinggal adalah 7.0 dan 7.7. Dipendekkan cerita saya memilih 7.7 sebab besar siket pada 7.0 dan kecil sikit pada 10.1. Lagipun snapshot 7.7 lebih cantik walaupun cameranya mempunyai megapixel yang sama.

So, inilah tablet saya... Samsung Galaxy Tab 7.7 dan yang pastinya menjadi teman baik saya selepas ini. 

Bersebelahan dengan iphone
Puas hati layan facebook... gambar besar....




Untuk pengetahuan semua, inilah posting pertama saya menggunakan tablet yang baru dibeli. Bye!

07 July 2012

Akhirnya Terpedaya..

Hi semua!

Akhirnya tak tahan dengan godaan dan terpedaya dengan iklan SKII yang setiap hari kuar kat TV and magazine. Mungkin saya memang dilahirkan menjadi seorang yang mudah sangat terpengaruh dengan benda-benda camni. Apa yang saya maksudkan ialah, iklan Pitera Essence Set dari SKII yang cuma berharga RM199 sahaja. Set tu mengandungi 3 barang SKII yang hot kat market sekarang iaitu SKII Facial Treatment Essence (75ml), SKII Facial Treatment Clear Lotion (40ml) dan SKII Facial Treatment Mask.


 Sebenarnya takde niat pun nak beli.. niat nak pegi cari moisturiser tapi lain pulak ceritanya bila lalu kat kaunter SKII ni.. Besar dia punya iklan tu... Kalau nak diikutkan memang berbaloi beli set ni bagi yang ingin mencuba set SKII ni la... sebab Facial Treatment Essence sahaja dah berharga RM177.

Bagi memenuhi niat sebenar... beli jugakla moisturiser SKII tu ni... Harga moisturiser ni RM226... berpinar bijik mata nak bayar... tapi takpe.. investement untuk kulit..(Huhh!!).

Video kat bawah ni adalah cara-cara nak pakai Facial Treatment Essence tau... kalau salah cara pemakaian mungkin tak dapat result yang kita mahu...



Secara umumnya setelah menggunakan set ni selama seminggu memang terasa la perubahannya.. Kulit terasa lebih lembab dan anjal.. tekstur kulik pun lebih sekata dan nampak bersih...

Terasa nak cuba cleanser SKII pulak.. hari tu dah survey harga.. dalam RM209.. (aduh pengsan!) Tapi buat masa ni masih setia dengan Clinique facial cleanser... Ok la bye!

06 July 2012

Pergi Seminar Dapat Burt's Bees



Hi semua!

Bestnya pergi Seminar Kempimpinan Wanita ke-2 kali ni. Seminar ini telah diadakan di Hotel Istana KL. Yang bestnya sebab dapat sample body lotion dan sugar scrub dan voucher RM10 dari Burts Bee. Jarang pihak penganjur bagi benda-benda free camni.

cash voucher daripada Burt's Bees

sample product from Burt's Bees


Sebenarnya dah lama nak beli lip care product from Burt's Bee ni. Lately terasa semuanya kering. Muka kering, bibir kering dan tak ketinggalan body skin pun kering gak... Tak tahulah kenapa maybe cuaca tak pun sebab duduk dalam aircond sepanjang masa...

Semalam pergi sephora kat area pavilion tengok tinted lip balm Burt's Bees tu berharga RM39.90. Rasanya dh kali ketiga pegang tinted lip balm tu tapi tak jadi beli.. Hmm tak tahulah kenapa.. Sebenarnya nasib baik jugak tak beli.. Mungkin seru belum sampai. Rupa-rupanya instinc tu memang boleh pakai sebab Burt's Bees tu ada bukak booth kat seminar ni dan of course boleh guna voucher RM10 tu...

Di booth jualan Burt's Bees

Yang lebih teruja ialah, booth tu ada tint & treats box set Dan hanya berharga RM65. Set tu mengandungi
1. Rejuvenating Lip Balm with Acai Beri (4.25g).
2. Honeysuckle Tinted Lip Balm (4.25g).
3. Lemon Butter Cuticle Cream (17g).
4. Naturally Nourishing Milk & Honey Body Lotion (70g).



Mengikut kata sales girl tu harga set ni kalau dibeli secara berasingan adalah worth lebih dari RM100. So menang berbaloi la. Dah la boleh guna voucher kan.

Selain dari sample product Burt's Bees, dapat juga sample inner shine dan air Lipton ice tea. Voucher pulak saya dapat dari Yun Nam, Clara, Bizzy Body, Facial First dan Marie France. Setakat ni belum ada perancangan untuk menggunakan voucher2 ni.. Kalau wat giveaway ada orang yang nak tak?



Seronok dapat pergi seminar yg membakar semangat untuk berjaya dan maju.. Kebanyakan speaker terdiri daripada wanita-wanita berjaya dan mereka berkongsi rahsia kejayaan mereka. Memang sangat inspired dengan semangat dan usaha diaorang.

Ok la... bye!

16 May 2012

My New Obsession : Fareeda, Nyata Jelita...

Hi Semua!

Kegilaan ku datang lagi... bak kata ikmal.. dia dah buat dah... Sekarang obsesi terbaharu ku adalah mengumpul koleksi tudung Fareeda... Sangat Gorgeous colornya.. dan qualitynya memang puas hati dan berpadanan dengan harganya. 
Basically, harga bagi sehelai tudung antara RM160 ke RM180...

Butiknya memang limited la. Kat kuantan ni cuma ada 2 pengedar sahaja. Satu di Terminal Makmur dan satu lagi kat Arked MARA kat Jalan Gambut. Yang bestnye kat main HQ kat Bandar Baru Bangi... Tapi saya selalu pergi kat Shah Alam sebab dekat ngan UiTM Shah Alam. Butik tu kat area Jakel and Gulatis...

Selain dari beli di butik dan pengedar sah Fareeda, saya selalu jugak membeli belah tudung Fareeda kat facebook.. Bulan ni dah RM1,000++ dah menambah koleksi tudung ni..huhu.. ops! pecah rahsia...

Ok.. nak share koleksi saya yang tak sebeberapa pun... layan...

Sofiya purple


Rozanna Pink


Rozanna Blue


Rania Brown


Rania lite green


Sebenarnya ada lagi dua tudung yang tak sempat nak pakai.. tu pun gorgeous gak.. satu combination red and black... and satu lagi combination dark brown and lite brown (warna macam teh susu)....

Kalau nak tahu pengedar fareeda di Facebook yang best boleh coment or message saya ye.. 
bye...

15 May 2011

RECENT ON9 PURCHASE

Hi!


Hari ni nak update on9 purchase yang dibuat baru2 ini. Sebenarnya ada beberapa siri on9 shopping ni.. tapi ini yg terlatest..


Sigma Powder / Blush Brush SS187.











Memang teringin sangat nak cuba Sigma brushes ni. Tapi masalah nya brand sigma ni tak de dalam pasaran Malaysia nih. Apa yang boleh di buat adalah dengan join spree kat mana2 blog yang menganjurkannya. Pihak penganjur spree biasanya akan beli  barang2 ni melalui official website sesuatu brand yg tiada dijual di Malaysia.. dan biasanya mereka anjur spree bile ada special discount. Tujuan spree ini diadakan adalah nak kumpul order daripada sesiapa yang berminat dan order secara pukal dengan website tersebut. Manfaatnya adalah... pembeli tidak perlu pergi ke oversea untuk beli, enjoy internet discount, free postage.. mahal tu kalau dari oversea (kalau bli banyak la) dan banyak lagi benefitnya. Saya sendiri join spree di Malaysian Beauty Store.. diaorang selalu update spree kat website ni espcially USA punya brand makeup macam Urban Decay, Drugstore.com, Sephora (skg dh ade kt KL), Victoria Secret dan banyak lagi.. tak boleh nak sebut. Dinasihatkan kalau nak join spree ni jangan aspect nak dapat barang cepat sebab diaorg akan order dlu. Spree pun ada tempoh.. nak order lagi.. nak tunggu parcel dari oversea lagi.. nak sorting order korang lagi. Harga brush ini cuma RM56 sahaja... (MAC beratus-ratus la jawabnya)






Menurut review yang dah ditonton kat you tube.. Sigma Brush ni sama quality dengan MAC.. tapi harganya separuh dari MAC... yeke??? Tu yang nak sangat try test dan cuba sendiri brush nih. Macam2 brush dah saya beli.. ada yang bagus quality nye dan ada gak yang mengecewakan. Dalam brush collection saya dah ada brand MAC (of course), Body Shop, Stage, Syber Color and Estee Lauder. Kata orang good quality brush ni does make a different to our makeup look. So better 'invest' in good quality brush.


Mari kita tonton review brush ni kat bawah




My personal thought adalah brush ini sangat lembut dan bulunya diperbuat daripada synthetic (agak berkilat). Pemegangnya berkualiti tetapi terlalu besar dan panjang. Saya suka gunakan brush ini untuk apply blusher kerana hujungnya flat senang nak control. Ada jugak MUA gunakan brush ni untuk apply foundation untuk kesan yg lebih dramatic


Coastal Scents Travelling Brush Guard. 
Actually brush guard ni digunakan untuk melindungi brush semasa travelling agar brush tu tak rosak dan kembang. boleh jugak gunakan brush guard ni selepas bersihkan brush korang supaya bentuknya masih sama walaupun dan dicuci beberapa kali. Brush guard ni pun beli sama kat Malaysia Beauty Store (MBS). Owner website ni (Rowena) baik orangnya dan sentiasa menjawab segala pertanyaan yang diajukan. MBS ni ada gak update kat facebook diaorg. Nanti korang cari la ek..


Inner Neck



ok this is my latest favorite. Mudah dan senang untuk dipakai especially dengan shawl mahupun dengan Pashmina atau yang seumpa dengannya. Inner neck ni menampakkan bentuk muka kita lebih panjang (of course nampak lagi kurus) dan ianya seperti inner tudung syria.. cuma inner neck ni cover sampai leher.. jadi bila pakai shawl yang jenis kain jarang tu memang tak nampak la leher kan... saya order inner neck daripada Radiusite. Ownernya nama Ika. Actually, ini pembelian kali ke-3 inner neck dengan Radiusite. Inner neck daripada Radiusite ni memang agak berkualiti sebab tu harga inner neck ni satu RM25.. kalau nak banding kat luar harganya mungkin lebih murah (RM12-RM15) tapi kain licin cam jersi.. tak besh..



Ni contoh inner neck.. gambar kiri lebih jelas..
Lagi contoh.. yang ni grey plak
 ok la.. dah malas nak taip panjang2.. bye!

    29 April 2011

    ESTEE LAUDER MOTHER'S DAY GIFT SET





    Hi semua!


    Hari ni nk share Mother's day gift yg dibeli for my mama and for myself.. Hu hu... Bulan ni bukan hanya celebrate mother's day saje tau tapi birthday mama saya on 27th may ni.Set ni boleh dibeli dengan harga RM148 dengan pembelian RM150. Another set pulak berharga RM288. seperti biasa memang la kalau nak beli makeup (especially counter product) ni kna beli yg set camni baru untung and banyak color kalau dibandingkan dengan beli satu2.selalunya set begini worth lebih daripada RM800. Selain dari jimat membeli makeup kita juga Akan diberi macam2 gift macam bag, makeup pouch, miror and product sample.


    Left : Mother's day pink set 1
    Right : mother's day blue set 2
    Set pink ni dapat bag, eye and blush pallete, 3 lipstick, miror, lip liner
    set blue : eye and blush palete, 2 lipstick, mascara and lip gloss


    Set blue : foundation(sample size), cream eye shadow (in mochachino)
    and lip liner (merahnye kaler)




    Actually, mother's day gift set ni saya kongsi beli dengan my sis untuk mama kitaorg. Untuk menghargai pengorbanan beliau selama ni.. Kita mesti appreciate mak ayah kita selagi diaorg masih ada.. Bila dah takde tak guna cakap.. Mama I memang the best! Saya ni memang anak yang degil masa teenager dulu.. Pening agaknya kepala orang tua tu. Tapi bila saya sendiri dah ada anak barulah sedar betapa susahnya mengandung 9 months, melahirkan dan membesarkan anak ni.. Tambahan pulak masa mama saya mengandungkan saya 4 bulan dia disahkan ada ketumbuhan pada ovari dan terpaksa dibedah dengan segera .. Cuba uols bayangkan perut yg sedang membesar nak dibedah Dan dijahit balik. Zaman dulu mana Ada gam2 cam Sekarang.. Jahit cam lipan tu.. Lepas baik nak kna tetas plak benang tu.. Aduh.. Sakitnye...


    Ada orang kata muka anak perempuan yang seiras dengan ibunya adalah panas. Panas apa tu tak tahula plak saya. Ada orang kata tak sebulu dan degil giler.. Bab degil tu mmg saya akui.. Dari kecik sampai ketua.. Nak tau muka saya sama tak dengan mama saya.. Tengok la gambar dibawah ni.. Kalau saya tak makeup and pakai kain batik mebi org salah panggil kot.. Hu hu






    Can't wait Estee Lauder block buster set on this december and make over... Kena kumpul duit nih. Tu lagi  la berbaloi-baloi..

    27 March 2011

    INSIDE MY SHOPPING BAG

    Hi semua! (mode ceria)


    Setelah sekian lama (hampir 2 bulan) terperap di rumah sebab sarat mengandung dan berpantang akhirnya saya kluar rumah dan ke East Coast Mall (ECM) bersama-sama anak semalam. Si kecik tu pun saya heret jugak.. tapi tak berapa nak enjoy sbb Wafeey kalau berjaga nak menyusu sejam sekali... x sempat nak beli benda-benda yang penting.. yang sempat beli barang2 yang tak penting.. hu..hu..


    So nak share apa yang telah saya beli semalam.. banyak gak tapi tak semua produk2 dalam senarai must try product di sidebar blog ni yang saya beli... banyak gak yang telah tersenarai.. tapi takpe bli slow2.. saya bukannya jutawan dan hartawan pun... hu hu...terpengaruh ngan benda lain plak... biasa la... saya ni memang suka bershopping..


    Inilah kesemua barang yang telah dibeli.. huh kasut pun masuk skali???






    ok close up plak..


    From Left Camomile Gentle Eye Make-up Remover
    Vitamin E Cream Cleanser
    Refining Bath Lily


    From Left Olay White Radiance CelLucent White Essence
    St. Ives Brightening Apricot Scrub


    Semua ni Body Shop


    Dulu saya selalu berfikir kalau ramai anak mesti tak boleh bershopping dah sebab budget tight. tapi tak sangka semua tu meleset sebab setiap anak yang dianugerahkan tuhan pasti ada rezekinya sendiri.. so.. kesimpulannya anak ramai lagi boleh banyak shopping.. hah betul ke? hu hu hu..


    So Total Damage : RM542.20 (adeeehhhh!!!)

    08 February 2011

    BENEFIT : CONFESSIONS OF CONCEALAHOLIC

    Hi readers!


    Benefit Cosmetics memang dicipta untuk orang-orang yang kurang kemahiran bermakeup dan juga yang tak punya masa yang banyak untuk bermekap (ataupun malas laaa... hu hu hu). Selalunya Benefit Cosmetics ni one step application la.. Disebabkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan (menunggu hari untuk deliver baby).. tak boleh la pergi ke kl untuk bershopping-shopping maka kita online shopping je la kan...


    Memang teringin sangat ingin mencuba Confession of concealaholic.. set ni mengandungi segala keperluan concealing.. Product ni dah masuk dalam must try product di sidebar blog i ni... 




    Ok.. ini adalah parcel yang telah diterima last week.. product ni i beli di blog ayl yang baik hati di www.cucimatashop.com . Product benefit yang ada di blog nya dibeli dari offcial website benefit sebab harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kaunter. Kalau tak silap harga di kaunter RM145.. tapi i beli dengan RM115 sahaja..






    Kit ni kecil sahaja.. lebih kurang besar tapak tangan dan mengandungi satu manual cara-cara menggunakan kit ni.. 2 brushes, mirror and plastic protector.. notes pada plastic to : " restore this clear cover to keep your kit fresh".




    Kit ni mengandungi product concealing benefit yang famous and top seller.. seperti :-


    That Gal : Brightening face primer.
    Erase Paste : Brightening camouflage for eyes and face.
    Boi-ing 01 & 02 : Industrial strength concealer.
    Lemon Aid : Color correcting eyelid primer.
    Eye Bright : Instant eye brightener.




    Bersama-sama pembelian ini saya juga dapat sample bagi eye primer... Stay Don't Stray.




    28 January 2011

    REVLON SALE @ PARKSON MEGAMALL KUANTAN!

    Hi readers!


    Cerita yang menarik dan bagus perlulah dikongsi bersama.. betul tak.. Sebelum pergi ke klinik untuk wat pregnancy chekup on friday aritu.. pergi ke megamal bersama my sis.. sebab takut nak bersalin punya pasal terpaksalah melengah-lengahkan masa.. hu hu hu.. sebab sebenarnya dah start sakit-sakit but very mild contraction.. my previous experience sakit sket je trus dr. suruh bersalin.. tu yang ngeri tu.. tapi alhamdulliah.. dr kata belum lagi.. 


    Ok lah tutup cerita pasal bersalin.. sedang berjalan jalan di Megamal Kuantan dan lalu depan escalator parkson ternampak ada satu sales girl duk kat counter.. kecik je counter tu.. dan lalu lah didepan sales girl tu dan ternampak atas meja ada barang-barang Revlon.. Hmmm.... singgah sekejap la... terkejut tengok harga barang-barang Revlon yang tak munasabah murahnya... tapi semua barang-barang very limited color... I tanya sales girl tu kenapa murah sangat.. stock lama ke? Dia jawab Revlon nak tukar packaging.... oooooo.... hmm.. yeke??




    Price list :


    Lipstick
    Net price : RM 46 
    Sale  : RM 15


    Lip Gloss
    Net price : RM 48
    Sale : RM 5


    ColorStay Mineral Foundation
    Net price : RM 68
    Sale : RM 25


    Ok... kita tengok resit plak




    Selepas membeli tetap rasa perasaan pelik.... sebab murah sangat...

    16 January 2011

    STAGE CHINESE NEW YEAR PROMOTION!

    Hi readers!


    Happy sebab hubby dah balik semalam dan bawak i and anak-anak berjalan. Tak kemana pun.. cuma ke East Coast Mall (ECM) je.. makan di Jhonny's dan window shopping. Boleh ke i ni window shopping je... hmmm.. cam confius je???? Sedang berwindow shopping dan telah melewati Stage outlet dan ternampak Chinese New Year promotion yang hmm... bukan agak menarik.. tapi memang menarik..


    Stage promotion poster




    Selected item was priced RM18.Banyak tu... lebih kurang 38%. Banyak plak tu product yang terlibat dengan Chinese New Year promotion .. termasuklah eye color, blusher, eye liner, lipstick, lip gloss dan banyak lagi termasuklah foundation dan concealer.. wahhh best!




    I pun ape lagi... memang tak tahan godaan sebegini.. then finally grab this>>>>






    3 lipstick - 01 Gisele, 02 Judy and 16 Victoria.
    1 Eye color - 21 Balerinna.


    Semuanya berhaga RM18 setiap satu. Lipstick before less berharga RM48 and eye color pulak RM45.


    Ok... puas dan happy.. tidur dengan tenang...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    comments