Showing posts with label Weekend Project. Show all posts
Showing posts with label Weekend Project. Show all posts

02 September 2011

REKAAN MANIK UNTUK BAJU RAYA 2011

Memang sengaja tempah baju ni kosong dan tanpa manik.. This year memang tahun membuat baju kosong tidak bercorak.. sengaja ditinggalkan begitu kerana nak mendesign manik sendiri.. Hati puas bila dapat tengok hasil kerja sendiri...

Posting kali ini adalah versi mencuci mata... untuk jahitan manik pada baju raya tahun 2011

Baju yang baru dilekatkan lace ribbon yang kosong

Lace ribbon before. Detail pics

Work in progress.. Baru satu bunga dihasilkan

Baju yang telah siap disulam

Secara dekat. Campuran sisik ikan dan manik pearl


18 June 2011

NEW STORAGE IDEA

Sudah lama rasanya blog ini saya tinggalkan dalam keadaan sunyi dan sepi. Bukan ape, sekarang ni memang busy tahap gaban especially bila kat opis. Keje belambak-lambak dan tak putus-putus.Punya la lama tak update blog sampai tak tahu pun ada new features... hu hu hu


Hari ni nak share new storage yang baru di beli tadi.. 25 drawers multi-uses cabinet.. tak sangka harganya murah btul.. ce teka.. ce teka... hu hu hu.. harganya cuma RM13 saje..






Apa sebenarnya yang saya nak isi dalam 25 drawers multi-uses cabinet ni.. ha.. sebenarnya saya ada satu lagi hobi yang malu nak citer dan tak pernah cite pun kat blog nih... nak tau ape? jahit manik.. hu hu.. saya malu nak citer bukannya apa pun sebab saya ni tak berbakat sangat.. cuma suka2 aje.. nak tengok ke salah satu hasil nye? ha tengok kat bawah ni,,






tengok la sebelum dan selepas menggunakan 25 drawers multi-uses cabinet ni.. lebih kemas dan teratur kan? sungguh berpuas hati dengan harganya.. 







14 March 2011

MY LIPSTICK HOLDER

Hi Semua!


Bila terpandang tempat menyimpan lipstick ni (lipstick holder) memang rasa serabut dan susah nak guna.. Mesti gunakan lipstick yang berada di atas sahaja dan terus melupakan lipstik yang tersimpan di bahagian bawah.. especially lipstick lama la... Lihatlah rupanya yang memang serabut ni




Setelah melihat beberapa beauty blogger camne diaorang menyimpan lipstick diaorng.. tetiba dapat idea nak wat lipstick holder version ira...


Carannya mudah saja.. cuma memerlukan beberapa peralatan seperti di bawah...




Memang itu sahaja peralatan yang diperlukan.. gunting dan plastic yang agak tebal selalunya digunakan untuk wat cover assignment... Tiada gam atau pelekat diperlukan...


Kemudian hasilnya jadilah seperti ini... tadaa....




takde la cantik  sangat pun... bila dah siap rasa cam banyak ruang kosong.. boleh bli lagi lipstick baru.. he he he 

01 January 2011

CLEAN YOUR BRUSH WEEKLY!

Hi semua!


Tahukah anda betapa pentingnya menjaga berus makeup? Bukan hanya kerana harga berus-berus yang berkualiti agak mahal harganya tetapi sekiranya dijaga dengan baik dapat memanjangkan jangka hayat berus itu sendiri. 


Berus makeup selalunya dibersihkan sekurang-kurangnya satu minggu sekali. Lebih baik sekiranya dapat menyahkuman pada setiap kali selepas penggunaan (tapi mustahil la kan...). Bagi deep clean pula perlu dilakukan at least once a month (saya akan tunjukkan caranya dalam posting akan datang). Membersih dan menyahkuman adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada kulit dan bibir. Jangan salahkan orang lain sekiranya kulit anda ada alahan atau tumbuh jerawat dimerata tempat... 


Membersih berus juga dapat menghasilkan makeup yang cantik kerana berus yang selalu digunakan telah bercampur warna. Kita mungkin tidak berjaya membuat color blending seperti yang kita mahu!


Oklah, bagaimana pula caranya membersihkan berus-berus ini? Baiklah saya akan tunjukkan caranya di bawah ;


STEP 1 : 
Mula-mula saya akan tunjukkan bahan-bahan / alatan yang diperlukan bagi membersih berus makeup.
Alatan yang diperlukan adalah makeup brush, brush cleaner, paper cloth and clean towel

I'm using Stage brush cleaner RM25 
STEP 2:
Spray brush cleaner on paper cloth like this...



STEP 3:
Gosok berus anda pada tempat yang telah dispray tadi and please remember.. be gentle to your brush ye... jangan gosok terlalu kuat. Ulangi step ini sehingga berus tidak lagi mengeluarkan warna... means that.... bersih la tu...


STEP 4:
Bentukkan kembali berus anda supaya ianya kekal bentuk seperi asal.... lakukan seperti ini...




Step 5:
Biarkan ia kering di atas towel yang bersih.. Ingat baringkan berus anda agar lembapan tidak mengalir ke batang berus.Selalunya saya akan biarkan semalaman agar ia betul-betul kering.




Ok, hasilnya berus berbau wangi dan bersih...... rasa seronok nak guna lagi... Selamat mencuba! daaa....

25 December 2010

MY TEMPORARY MAKEUP STORAGE

Hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk spent time with anak-anak dan mengemas rumah. Yela.. memandangkan weekdays selalu balik lambat dan travel ke tempat kerja yang jauh 120km pergi dan balik setiap hari.. dah naik muak dh bawak kereta.


Minggu ni terfikir nak buat perubahan dengan cara simpanan makeup.. bukan ape.. nak capai dan gunakan makeup tu senang sikit dan dapat menjimatkan masa... especially bersiap waktu pagi untuk ke tempat kerja. Actually makeup collection i ni tak banyak pun.... for personal use only... i tak makeup orang... tak cukup ilmu di dada....


Actually... makeup storage ni hanyalah untuk sementara waktu ajee... than bila dah dapat idea baru and collection dah bertambah barula make over balik makeup storage i ni...


Anyway inilah tempat simpanan i previously.. mmg susah nak capai sebab berzip dan tak teratur.



Memang teruk kan.... hu hu hu.. Berpandukan beberapa beauty blog dan you tube he he he.... dapatlah idea menghasilkan makeup storage... ok lets start!


Mula-mula keluarkan semua makeup dan sort mengikut category nya... as i told u makeup i ni sikit je...


Lepas tu i gunakan bekas chocolate (ferero rochere) dan masukkan ke dalam drawer.... Selepas tu inilah hasilnya....




Takde la cantik pun... tapi lebih kemas dan yang penting lebih practical.... So inilah pics before and afternya...



Enjoy!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments