Fuh! Tajuk cam pantun.. he he he... Hari ni nak share resepi. Resepi biasa jerk, simple untuk anak2 dan hubby. Actually saya ni tak pandai masak sangat.. bole la sket2. Kalau nak banding orang lain.. saya ni jauh ketinggalan.
ROTI TERSUMBAT YUM YUM
Bahan2 :
Roti keping (tak kisah brand ape.. Gardenia atau High5)
Sosej
1 tin tuna mayonese
Bread crumb
2 biji Telur
Mix Vegie (bagi nampak colorful sket.. saya tak isi sebab anak2 tak makan)
Cara Membuatnya (click untuk enlarge gambar):
Sementara itu cara2 membuat inti ini anda boleh mengikut citarasa masing2...
Selamat mencuba!
Satu lagi menu diet yang boleh dikongsi. Seperti biasa menu diet mestilah tanpa minyak kan.. lemak jauh sekali. Saya selalu makan sayur air ni waktu tengahari. Bagi yang baru nak mulakan diet boleh makan dengan nasi atau tambah kuey tiaw ataupun mee hoon... Tapi saya tak makan la nasi.. sayur air itu sahaja..
Bahan-bahannya;
1 ikat sawi (saya guna sawi yg pendek)
1/8 kobis
beberapa hiris petola
1/4 carrot
1 biji lada besar
1 bungkus fucuk dan soon (betul ke ejaannya)
Segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
beberapa fish ball dan fish cake
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu kecil chicken seasoning powder
Cara membuatnya;
- Didihkan air dalam kuali.
- Tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis. Campakkan bahan2 tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam, gula dan chicken seasoning powder.
- Masukkan carrot, fish ball dan fish cake.
- Masukkan fucuk dan soon.
- dan akhir sekali masukkan sayur-sayurandan lada besar tadi ke dalam kuali.
- Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
Senang kan...sayur air ni sesuai sangat la untuk orang yang malas masak kan.. Resepi ni adalah untuk 3 hingga 4 orang.. Selamat mencuba!
Inilah makanan tengahari saya. Menu berkhasiat kononnya.. Tanpa minyak dan lemak... Ok la ari ni nak share resepinya..
1 potong ikan tenggiri saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 btg serai
2 biji lada kecil (kalu x nak pun takpe sbb pedas)
beberapa biji Lada putih
sedikit SOS tiram
sedikit bawang besar
sedikit limau nipis
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Lumurkan ikan tenggiri yg telah dibersihkan dengan garam dan gula.
2. Tumbuk bwg putih, halia,lengkuas,serai dan lada putih.
3. Lumurkan bahan2 yg ditumbuk tadi pada ikan tenggiri.
4. Perapkan ikan tenggiri selama beberapa jam (5 jam).
5. Sebelum kukus hiris bawang besar dan tabur di atas ikan tenggiri. Jangan lupa perah sedikit limau nipis dan isi sedikit SOS tiram..
6. Kukus ikan tenggiri tersebut sehingga masak.
Bole dimakan dgn nasi panas2. Nak lagi sedap cicah ngan air asam. Tapi saya x mkn dgn nasi tau...itupun ikan tu saya makan sebelah saje.. Lagi sebelah kasi anak makan... Nak tau sedap ke tak.. Mari kita Tanya si debab saya ni.. Ikmal camne sedap x ikan tu?