Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

14 July 2012

TABLET OH TABLET!

Hi semua!
Memang dah lama nak beli tablet tapi tak tahu yang mana yang terbaik dan yang paling penting yang memenuhi keperluan berbloging kan... Setelah beberapa lama mengkaji dan study tablet ni, saya dapati terlalu banyak keluaran dan semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Akhirnya saya senarai pendekkan yang terbaik, iaitu ipad3 dan samsung galaxy tab 10.1 atau 7... Memang tidak dapat dinafikan kualiti gambar memang ipad3 la yang menang. Tetapi bila memikirkan semua aplication ipad yang full version kena bayar terus terpadam niat nak beli. Lagipun apple ni memang tak support flash. Lagi satu, Brand apple ni semua kena guna itunes untuk download lagu dll lagi. Semua nya mesti melalui itunes. Lecehlah..

Jadi senarai yang tinggal lagi adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7.0... Satu besar cam ipad dan satu lagi saiz kecik sket. Kalau diikutkan hati mestilah nak 10.1 kan.. sebab puas hati nak menaip dan screen nya pun besar. Memang puas hati nak berfacebook. Tengok gambar tudung Fareeda yang sama dengan saiz sebenar.. huhu acah je.

Nak dijadikan cerita, sebelum hari nak gi beli tu ada meeting.. Bukan main lagi masing-masing bawak tablet. Ada ipad, ada bawak Galaxy Tab 10.1 dan ada plak yang bawak 7.0. Malu pulak pergi meeting bawak organizer tebal... haha boleh gelakkan diri sendiri. Sekarang zaman pergi meeting bawak tablet ok bukan catat perkara penting guna pen... Peristiwa itu lebih menguatkan sebab kenapa saya kena beli tablet.

So hari tu pergilah saya ke East Coast Mall Kuantan dan terus menuju ke pusat jualan Samsung tanpa menoleh ke outlet ipeople (pusat jualan apple) kat depan tu. Tengok ada tiga jenis tablet la pulak kat situ. Setahu saya ada Samsung ada 4 saiz. Yang takde 8.9. So, yang display kat situ adalah Samsung Galaxy Tab 10.1, 7.0 dan 7.7. 10.1 memang best sebab screennya besar dan memang puas hati. Umpama guna netbook tanpa keyboard. Tapi... kalau besar sangat pun susah nak bawak dalam handbag. Kalau nak beli 10.1 kena beli handbag besar dulu huhu. .. tak lama lagi Glampot nk datang Kuantan. Ah! jangan berangan. Lagipun kalau nak update status Facebook nanti orang kat meja sebelah pun bole nampak..

Jadi yang tinggal adalah 7.0 dan 7.7. Dipendekkan cerita saya memilih 7.7 sebab besar siket pada 7.0 dan kecil sikit pada 10.1. Lagipun snapshot 7.7 lebih cantik walaupun cameranya mempunyai megapixel yang sama.

So, inilah tablet saya... Samsung Galaxy Tab 7.7 dan yang pastinya menjadi teman baik saya selepas ini. 

Bersebelahan dengan iphone
Puas hati layan facebook... gambar besar....




Untuk pengetahuan semua, inilah posting pertama saya menggunakan tablet yang baru dibeli. Bye!

17 March 2011

ITS A REWARD FOR ME





Semalam dalam kul 7 lebih tetiba sms masuk...owh hubby rupanya...


Hubby : i have surprise for u...
saya : ape cakapla
Hubby : kalu cakap bukanla surprise namanya.. tunggu je la i balik
saya : bagi la clue...
hubby : ...... trus senyap...


Tertanya tanya apa benda surprise nya.. patut surprise tak boleh la bagitau langsung kan... tunggu punya tunggu nak dekat 10 mlm baru sampai rumah... tgk2 dia masuk terhendap-hendap....


Masuk rumah dia bagi saya paper bag ni... dia kata "this is for you".. hu hu




Hah sony? ape ni.... he he he... rupanya apa yang kuidam-idamkan... antara wishlist yang dh ada kat sidebar blog ni..


tadaaa......








Mini notebook sony vaio.. tq hubby i love you so much... its a reward for you... katanya.. reward pe.. kerana melahirkan anak dan bersusah payah menjaga anak.... 


Lepas ni senang la nak berblogging.. actually pc sedia ada tu problem sket... rasanya kena format balik baru ok...


Terima kasih Ya Allah! kerana memberikan kehidupan yang bahagia ini... Alhamdulillah... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments