07 July 2012

Akhirnya Terpedaya..

Hi semua!

Akhirnya tak tahan dengan godaan dan terpedaya dengan iklan SKII yang setiap hari kuar kat TV and magazine. Mungkin saya memang dilahirkan menjadi seorang yang mudah sangat terpengaruh dengan benda-benda camni. Apa yang saya maksudkan ialah, iklan Pitera Essence Set dari SKII yang cuma berharga RM199 sahaja. Set tu mengandungi 3 barang SKII yang hot kat market sekarang iaitu SKII Facial Treatment Essence (75ml), SKII Facial Treatment Clear Lotion (40ml) dan SKII Facial Treatment Mask.


 Sebenarnya takde niat pun nak beli.. niat nak pegi cari moisturiser tapi lain pulak ceritanya bila lalu kat kaunter SKII ni.. Besar dia punya iklan tu... Kalau nak diikutkan memang berbaloi beli set ni bagi yang ingin mencuba set SKII ni la... sebab Facial Treatment Essence sahaja dah berharga RM177.

Bagi memenuhi niat sebenar... beli jugakla moisturiser SKII tu ni... Harga moisturiser ni RM226... berpinar bijik mata nak bayar... tapi takpe.. investement untuk kulit..(Huhh!!).

Video kat bawah ni adalah cara-cara nak pakai Facial Treatment Essence tau... kalau salah cara pemakaian mungkin tak dapat result yang kita mahu...



Secara umumnya setelah menggunakan set ni selama seminggu memang terasa la perubahannya.. Kulit terasa lebih lembab dan anjal.. tekstur kulik pun lebih sekata dan nampak bersih...

Terasa nak cuba cleanser SKII pulak.. hari tu dah survey harga.. dalam RM209.. (aduh pengsan!) Tapi buat masa ni masih setia dengan Clinique facial cleanser... Ok la bye!

4 comments:

  1. salam.. juz nk tny SKII ngan clinique mn lg ok ek? pernah cuba clinique.. mmg best!!

    ReplyDelete
  2. hi! dua2 pun ok... cuma SKII mahal la.. clique price lebih reasonable.. anyway cari yang sesuai dengan kulit ye

    ReplyDelete
  3. Nk pki sk2 treatment essence dulu ke or pki sk2 treatment essence clear lotion?

    ReplyDelete
  4. Hahahhahah.. Saye bace akak punye blog gile kelako.. Hahhah.. Pinor biji mate.. Yg tak tahan bile akak tulis okay bye..hagaaahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments