14 July 2012

CARA MANDIKAN NEW BORN BABY

Hi Semua!

Posting kali ini ditujukan khas buat ibu2 hebat dan cantek diluar sana.. Yang bertungkus lumus membesarkan anak dengan hati yang ikhlas..insyaallah.. Ada ibu2 diluar sana samada first time menjadi ibu ataupun orang panggil ibu baru mesti tertanya-tanya... camne nak mandikan new born baby yang sangat kecil dan fragile dengan cara yang mudah dan tanpa mencederakan baby kecil yang baru lahir dengan tali pusat masih belum tertanggal kan...

Pada permulaan saya sebagai ibu pun memang takut nak pegang baby ni.. takut tersalah pegang. Tapi sekarang ni dah boleh kata pro kut... huhu.. Saya belajar teknik dan cara mudah ni daripada jiran saya 9 tahun yang lalu sewaktu menyambut kelahiran anak pertama. Jiran saya merupakan seorang nurse yang berpengalaman di hospital kerajaan dan telah berkhidmat lebih 20 tahun.. tambahan bonus pulak pernah berkhidmat di wad  post natal iaitu wad dimana menempatkan ibu dan anak selepas bersalin.

Caranya mudah saja... yang penting bila nak handle new born baby ni mesti ada perancangan... jangan pakai redah je tau!

STEP 1;

Sediakan tempat mandi terlebih dahulu... sekiranya rumah anda tiada water heater boleh masak air terlebih dahulu.. Sementara itu, sila pastikan baby anda berada di tempat yang selamat dan kalau boleh minta ahli keluarga (dewasa) yang lain tolong tengokkan ye.. Tempat mandi baby yang paling ideal untuk new born baby ni adalah dalam sinki.. kenapa? sebab pertama, sinki bersaiz kecil, jadi hanya muat2 badan baby sahaja.. tiada risiko terlepas. Kedua, Kedudukan ibu berdiri.. boleh elakkan dari duduk.. sebab dalam pantang kena pastikan kedudukan rahim tak senget ok!.. Tapi sekarang ni macam-macam produk yang canggih dalam pasaran.. Semuanya direka untuk kesenangan ibubapa dan yang paling penting keselamatan baby... Owh! sebelum lupa, ambil satu cebok / gayung air dan letak ditepi sinki.

STEP 2;

Sediakan pula baju, barut, lampin dan peralatan grooming baby seperti bedak, sikat, minyak etc.. Susun benda2 tu semua mengikut layer tertentu seperti gambar di bawah... 
layer 1 (bawah sekali); baju
layer 2; barut
layer 3; diapers






STEP 3;


Sebelum tanggalkan baju baby.. pastikan tuala dibentangkan dan letak baby di atas tuala. Tanggalkan baju baby dengan lembut.. jangan terlalu kasar ye.. sian baby.. Kemudian balutkan baby seperti bedung (gambar di bawah). 


mat ikea.. memang sgt berguna




Step 4;


Baring baby di atas mat (sekiranya ada). Jenis baby mat ikea adalah yang paling mudah sebab dia macam tilam. Kalau takde boleh bersila dan letak baby di atas riba. Basahkan baby sedikit... gunakan tangan sahaja.. tak perlu rendam baby.. Ingat baby bukannya kotor pun... dia tak buat kerja berat... OK.. Sekarang boleh mula sabunkan baby.. dan iringkan baby untuk sabun di bahagian belakang.






STEP 5;


Rasa air yang disediakan tadi dengan lengan. Pastikan air tersebut sesuai.. tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Angkat baby ke dalam sinki / tub.. Pegang baby di bahagian bawah ketiak... insyaallah tak terlepas. Bilas semua sabun.. Kemudian bilasan terakhir dengan menggunakan air bersih yang telah diasingkan dalam cebok / gayung tadi... Angkat baby ke atas tuala tadi kemudian lap sehingga kering dan wrap balik baby.






STEP 6;

Letak baby di atas susunan baju tadi... bedakkan baby.. sapu minyak kat perut.. sapu spirit kat pusat baby sekiranya pusat belum tertanggal kemudian boleh pakai baju baby dan SIAP!

dah siap.. kelakar muka wafeey masa ni..
Hi! saya dah 1 year 5 months....


Saya harap panduan ini dapat membantu korang menjadi ibu yang hebat.. BYE!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments