24 July 2012

Misi Pencarian Baju Raya! - Rizalmam

Hi semua! Merasa jugak pakai baju designer terkenal iaitu Rizalman.... Tahun ni Rizalman ada keluarkan koleksi baju raya 2012... Walaupun agak ketinggalan untuk menceritakan pasal 20 by Rizalman ni... Tapi saya telah berjaya untuk mendapatkan salah satu koleksi 20 by Rizalman ni.... Semua nya tersangat la gorgeous .... Sgt excited! Sebelum tu mari tengok koleksi 20 by Rizalman yg saya nak tersangat la nak nya...

 Pertama


Kedua


Tapi saya sangat kecewa.. Sebab agak terlambat pergi beli... Yg first ru tinggal saiz xl aje.. Yg second tu langsung takde...huaaaaa!! Akhirnya beli yg Yang ni cantik jugak........ Hmm puas ati!



Bagi yg belum tahu, koleksi ni hanya available di Tesco ye.... Bye!

20 July 2012

Misi Pencarian Baju Raya!


Ya.. Sekarang sedang berusaha keras nak mencari baju raya yang terbaik untuk hari raya pertama nanti. Mana tak berianya.. Mr Hubby and anak2 semuanya dah settle bab baju raya tahun ni. Ibunya saje selalu jadi orang terakhir.. isk..isk kesian.... Mujurlah tahun ni pereka fesyen terkenal ada membuat jualan raya. Mesti di minda korang sekarang ni sedang membayang kan price tag yang melampau kan? Jangan bimbang.. sket lagi citer ye...
Apa yang saya maksudkan ialah..... Pereka Fesyen yang terkenal tu ialah Jovian Mandagie. Siapa yang tak kenal Jovian kan? Kalau tak kenal tu makna nya memang tak amik port la pasal fesyen kat Malaysia ni. Tahun ni, Jovian ada wat juakan Hari Raya dengan harga yang sangat reasonable... dalam RM 180 to RM380... Jangan terkejut lagi.... Rekaan beliau boleh didapati exclusively di First Lady jalan TAR! Mula2 Jovian announce kat facebook tu agak frust jugak la... Bila la masa la nak pegi KL ni.... Selang beberapa hari Jovian telah update status facebook nya bahawa rekaannya juga turut didapati di zalora.com.my..... huhu... masa tu terus melompat kegembiraan! Cam tu la Jovian.. sekarang ni dunia tanpa sempadan... segalanya dihujung jari!




Hari ni bila sampai aje di rumah... ada nampak satu parcel warna oren atas coffe table.... Waa... Jovian's is here! huhu Apa lagi terus bukak dan try la... Jom layan!






Seriously cakap memang packaging dan rekaannya exclusive sangat tau.... Kalau nak merasa baju2 designer ni.. i think this is the right time... Bertindak sekarang ya girls!

p/s: tak sabar nak tunggu Jovian launching 2nd batch and 3rd batch.... katanya 22/7 and 29/7... ketar lutut dh ni.....

19 July 2012

Ini Bukan Jeragat!

Ramai yang bertanya kepada saya pasal tanda di wajah saya adakah ianya jeragat. Sebenarnya saya beberapa kali ditanya soalan yang sama. Sejak dari dulu lagi. Ok! Sebenarnya saya telah pergi membuat skin analysis beberapa kali dan jawapannya tetap sama. Itu adalah parut jerawat. Saya dapat parut tu sejak dari sekolah lagi. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak amik peduli pun.

Tapi sejak dua menjak ni saya lihat parut tu dah semakin pudar.. betul.. bila dipikir-pikir apa yang membuatkan parut tu semakin pudar ye? Maklumkah saya ni suka tukar-tukar skincare. Rupanya saya dapat jawapannya..... Setelah gunakan produk kecantikan D'Qistee.




Ianya sangat ok dan yang paling penting tidak membuat kulit kita menggelupas dan produk  ni menggunakan bahan semulajadi seperti madu dan serbuk mutiara. Set basic ada tiga jenis produk iaitu Sabun, Day Cream dan Night Cream dan harganya cuma RM120 aje...

Basic Set

Sabun

Day Cream

Night Cream


Kalau nak maklumat lebih lanjut boleh like page saya di facebook ye D'Qistee Beauty Iera... Boleh juga order dengan saya ye...Bye!

14 July 2012

TABLET OH TABLET!

Hi semua!
Memang dah lama nak beli tablet tapi tak tahu yang mana yang terbaik dan yang paling penting yang memenuhi keperluan berbloging kan... Setelah beberapa lama mengkaji dan study tablet ni, saya dapati terlalu banyak keluaran dan semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Akhirnya saya senarai pendekkan yang terbaik, iaitu ipad3 dan samsung galaxy tab 10.1 atau 7... Memang tidak dapat dinafikan kualiti gambar memang ipad3 la yang menang. Tetapi bila memikirkan semua aplication ipad yang full version kena bayar terus terpadam niat nak beli. Lagipun apple ni memang tak support flash. Lagi satu, Brand apple ni semua kena guna itunes untuk download lagu dll lagi. Semua nya mesti melalui itunes. Lecehlah..

Jadi senarai yang tinggal lagi adalah Samsung Galaxy Tab 10.1 dan Samsung Galaxy Tab 7.0... Satu besar cam ipad dan satu lagi saiz kecik sket. Kalau diikutkan hati mestilah nak 10.1 kan.. sebab puas hati nak menaip dan screen nya pun besar. Memang puas hati nak berfacebook. Tengok gambar tudung Fareeda yang sama dengan saiz sebenar.. huhu acah je.

Nak dijadikan cerita, sebelum hari nak gi beli tu ada meeting.. Bukan main lagi masing-masing bawak tablet. Ada ipad, ada bawak Galaxy Tab 10.1 dan ada plak yang bawak 7.0. Malu pulak pergi meeting bawak organizer tebal... haha boleh gelakkan diri sendiri. Sekarang zaman pergi meeting bawak tablet ok bukan catat perkara penting guna pen... Peristiwa itu lebih menguatkan sebab kenapa saya kena beli tablet.

So hari tu pergilah saya ke East Coast Mall Kuantan dan terus menuju ke pusat jualan Samsung tanpa menoleh ke outlet ipeople (pusat jualan apple) kat depan tu. Tengok ada tiga jenis tablet la pulak kat situ. Setahu saya ada Samsung ada 4 saiz. Yang takde 8.9. So, yang display kat situ adalah Samsung Galaxy Tab 10.1, 7.0 dan 7.7. 10.1 memang best sebab screennya besar dan memang puas hati. Umpama guna netbook tanpa keyboard. Tapi... kalau besar sangat pun susah nak bawak dalam handbag. Kalau nak beli 10.1 kena beli handbag besar dulu huhu. .. tak lama lagi Glampot nk datang Kuantan. Ah! jangan berangan. Lagipun kalau nak update status Facebook nanti orang kat meja sebelah pun bole nampak..

Jadi yang tinggal adalah 7.0 dan 7.7. Dipendekkan cerita saya memilih 7.7 sebab besar siket pada 7.0 dan kecil sikit pada 10.1. Lagipun snapshot 7.7 lebih cantik walaupun cameranya mempunyai megapixel yang sama.

So, inilah tablet saya... Samsung Galaxy Tab 7.7 dan yang pastinya menjadi teman baik saya selepas ini. 

Bersebelahan dengan iphone
Puas hati layan facebook... gambar besar....




Untuk pengetahuan semua, inilah posting pertama saya menggunakan tablet yang baru dibeli. Bye!

CARA MANDIKAN NEW BORN BABY

Hi Semua!

Posting kali ini ditujukan khas buat ibu2 hebat dan cantek diluar sana.. Yang bertungkus lumus membesarkan anak dengan hati yang ikhlas..insyaallah.. Ada ibu2 diluar sana samada first time menjadi ibu ataupun orang panggil ibu baru mesti tertanya-tanya... camne nak mandikan new born baby yang sangat kecil dan fragile dengan cara yang mudah dan tanpa mencederakan baby kecil yang baru lahir dengan tali pusat masih belum tertanggal kan...

Pada permulaan saya sebagai ibu pun memang takut nak pegang baby ni.. takut tersalah pegang. Tapi sekarang ni dah boleh kata pro kut... huhu.. Saya belajar teknik dan cara mudah ni daripada jiran saya 9 tahun yang lalu sewaktu menyambut kelahiran anak pertama. Jiran saya merupakan seorang nurse yang berpengalaman di hospital kerajaan dan telah berkhidmat lebih 20 tahun.. tambahan bonus pulak pernah berkhidmat di wad  post natal iaitu wad dimana menempatkan ibu dan anak selepas bersalin.

Caranya mudah saja... yang penting bila nak handle new born baby ni mesti ada perancangan... jangan pakai redah je tau!

STEP 1;

Sediakan tempat mandi terlebih dahulu... sekiranya rumah anda tiada water heater boleh masak air terlebih dahulu.. Sementara itu, sila pastikan baby anda berada di tempat yang selamat dan kalau boleh minta ahli keluarga (dewasa) yang lain tolong tengokkan ye.. Tempat mandi baby yang paling ideal untuk new born baby ni adalah dalam sinki.. kenapa? sebab pertama, sinki bersaiz kecil, jadi hanya muat2 badan baby sahaja.. tiada risiko terlepas. Kedua, Kedudukan ibu berdiri.. boleh elakkan dari duduk.. sebab dalam pantang kena pastikan kedudukan rahim tak senget ok!.. Tapi sekarang ni macam-macam produk yang canggih dalam pasaran.. Semuanya direka untuk kesenangan ibubapa dan yang paling penting keselamatan baby... Owh! sebelum lupa, ambil satu cebok / gayung air dan letak ditepi sinki.

STEP 2;

Sediakan pula baju, barut, lampin dan peralatan grooming baby seperti bedak, sikat, minyak etc.. Susun benda2 tu semua mengikut layer tertentu seperti gambar di bawah... 
layer 1 (bawah sekali); baju
layer 2; barut
layer 3; diapers






STEP 3;


Sebelum tanggalkan baju baby.. pastikan tuala dibentangkan dan letak baby di atas tuala. Tanggalkan baju baby dengan lembut.. jangan terlalu kasar ye.. sian baby.. Kemudian balutkan baby seperti bedung (gambar di bawah). 


mat ikea.. memang sgt berguna




Step 4;


Baring baby di atas mat (sekiranya ada). Jenis baby mat ikea adalah yang paling mudah sebab dia macam tilam. Kalau takde boleh bersila dan letak baby di atas riba. Basahkan baby sedikit... gunakan tangan sahaja.. tak perlu rendam baby.. Ingat baby bukannya kotor pun... dia tak buat kerja berat... OK.. Sekarang boleh mula sabunkan baby.. dan iringkan baby untuk sabun di bahagian belakang.






STEP 5;


Rasa air yang disediakan tadi dengan lengan. Pastikan air tersebut sesuai.. tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Angkat baby ke dalam sinki / tub.. Pegang baby di bahagian bawah ketiak... insyaallah tak terlepas. Bilas semua sabun.. Kemudian bilasan terakhir dengan menggunakan air bersih yang telah diasingkan dalam cebok / gayung tadi... Angkat baby ke atas tuala tadi kemudian lap sehingga kering dan wrap balik baby.






STEP 6;

Letak baby di atas susunan baju tadi... bedakkan baby.. sapu minyak kat perut.. sapu spirit kat pusat baby sekiranya pusat belum tertanggal kemudian boleh pakai baju baby dan SIAP!

dah siap.. kelakar muka wafeey masa ni..
Hi! saya dah 1 year 5 months....


Saya harap panduan ini dapat membantu korang menjadi ibu yang hebat.. BYE!

07 July 2012

Akhirnya Terpedaya..

Hi semua!

Akhirnya tak tahan dengan godaan dan terpedaya dengan iklan SKII yang setiap hari kuar kat TV and magazine. Mungkin saya memang dilahirkan menjadi seorang yang mudah sangat terpengaruh dengan benda-benda camni. Apa yang saya maksudkan ialah, iklan Pitera Essence Set dari SKII yang cuma berharga RM199 sahaja. Set tu mengandungi 3 barang SKII yang hot kat market sekarang iaitu SKII Facial Treatment Essence (75ml), SKII Facial Treatment Clear Lotion (40ml) dan SKII Facial Treatment Mask.


 Sebenarnya takde niat pun nak beli.. niat nak pegi cari moisturiser tapi lain pulak ceritanya bila lalu kat kaunter SKII ni.. Besar dia punya iklan tu... Kalau nak diikutkan memang berbaloi beli set ni bagi yang ingin mencuba set SKII ni la... sebab Facial Treatment Essence sahaja dah berharga RM177.

Bagi memenuhi niat sebenar... beli jugakla moisturiser SKII tu ni... Harga moisturiser ni RM226... berpinar bijik mata nak bayar... tapi takpe.. investement untuk kulit..(Huhh!!).

Video kat bawah ni adalah cara-cara nak pakai Facial Treatment Essence tau... kalau salah cara pemakaian mungkin tak dapat result yang kita mahu...



Secara umumnya setelah menggunakan set ni selama seminggu memang terasa la perubahannya.. Kulit terasa lebih lembab dan anjal.. tekstur kulik pun lebih sekata dan nampak bersih...

Terasa nak cuba cleanser SKII pulak.. hari tu dah survey harga.. dalam RM209.. (aduh pengsan!) Tapi buat masa ni masih setia dengan Clinique facial cleanser... Ok la bye!

06 July 2012

Pergi Seminar Dapat Burt's Bees



Hi semua!

Bestnya pergi Seminar Kempimpinan Wanita ke-2 kali ni. Seminar ini telah diadakan di Hotel Istana KL. Yang bestnya sebab dapat sample body lotion dan sugar scrub dan voucher RM10 dari Burts Bee. Jarang pihak penganjur bagi benda-benda free camni.

cash voucher daripada Burt's Bees

sample product from Burt's Bees


Sebenarnya dah lama nak beli lip care product from Burt's Bee ni. Lately terasa semuanya kering. Muka kering, bibir kering dan tak ketinggalan body skin pun kering gak... Tak tahulah kenapa maybe cuaca tak pun sebab duduk dalam aircond sepanjang masa...

Semalam pergi sephora kat area pavilion tengok tinted lip balm Burt's Bees tu berharga RM39.90. Rasanya dh kali ketiga pegang tinted lip balm tu tapi tak jadi beli.. Hmm tak tahulah kenapa.. Sebenarnya nasib baik jugak tak beli.. Mungkin seru belum sampai. Rupa-rupanya instinc tu memang boleh pakai sebab Burt's Bees tu ada bukak booth kat seminar ni dan of course boleh guna voucher RM10 tu...

Di booth jualan Burt's Bees

Yang lebih teruja ialah, booth tu ada tint & treats box set Dan hanya berharga RM65. Set tu mengandungi
1. Rejuvenating Lip Balm with Acai Beri (4.25g).
2. Honeysuckle Tinted Lip Balm (4.25g).
3. Lemon Butter Cuticle Cream (17g).
4. Naturally Nourishing Milk & Honey Body Lotion (70g).



Mengikut kata sales girl tu harga set ni kalau dibeli secara berasingan adalah worth lebih dari RM100. So menang berbaloi la. Dah la boleh guna voucher kan.

Selain dari sample product Burt's Bees, dapat juga sample inner shine dan air Lipton ice tea. Voucher pulak saya dapat dari Yun Nam, Clara, Bizzy Body, Facial First dan Marie France. Setakat ni belum ada perancangan untuk menggunakan voucher2 ni.. Kalau wat giveaway ada orang yang nak tak?



Seronok dapat pergi seminar yg membakar semangat untuk berjaya dan maju.. Kebanyakan speaker terdiri daripada wanita-wanita berjaya dan mereka berkongsi rahsia kejayaan mereka. Memang sangat inspired dengan semangat dan usaha diaorang.

Ok la... bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments