23 May 2012

CARI HARTA KARUN KETAM

Apa yang di cari sebenarnya? Harta karun ke ketam..huhu.. Hari ni nak share makanan yang famous di Kemaman Terengganu.. Ha.. camne boleh sampai kat situ? Tujuan utama pergi ke kemaman adalah untuk mencari harta.. harta siapa? itu yang kita tak tau sebab sampai sudah tak jumpa harta tu.. yang jumpa hanya ketam..huhu.. Oh! confius btul... 

Wajah2 sebelum memulakan pertandingan..


Actually.. hari Sabtu 19 Mei yang lalu opis kitaorang ada wat Treasure Hunt. Event ni memang event wajib every year. Start Treasure Hunt kat Depan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dan berakhir di Awana Kijal, Terengganu. Jarak perjalanan dalam lebih kurang 90km la.. Soalan Teasure Hunt ni bole tahan gak la menguji minda... sehingga penat la hari keesokan harinya sebab memerah otak...

Hasilnya setelah bertungkus lumus


Antara soalan yang ditanya adalah sekitar perjalan..kira soalan kilometer la... ada gak uji minda (ni soalan teka teki).. contohnya; Sepak satu tahi.. ahhh.. hilang dahaga.. tau tak jawapan nya ape??? jawapan nya.. air kick-a-poo... hahah... cam sakit ati ke jawapan nya....

Tapi yang penting group kitaorang dapat no 2.. kategori UMP la... beza 2 saat je  (wahh dramatic tul) dari yang dapat no 1. Markah sama..

Aktiviti selepas tresure hunt adalah crab hunt (huhu).. Sudah lama ku impikan makan stuffed crab ni... lagipun benda ni memang famous kat Kemaman.. Kebanyakan kedai memang ada jual benda ni... Camna rupa Stuffed Crab ni... jom layan...





Menurut kisah dongeng.. ketam ini dikeluarkan isinya terlebih dahulu dan di goreng (alamak goreng ke? abis diet aku).. dan isi nya disumbat balik ke dalam ketam dan disalut tepung dan digoreng semula... cam complicated je bunyinya kan...


rupa isi dalam stuffed crab

Akhirnya..... inilah pengakhiran seekor ketam

Owh.. lupa nak cite.. harga ketam ni RM8 sekor dan nama kedai ni Restoren Malaysia. Kedai ni dekat ngan taman di tengah bandar Kemaman.

Rupa depan restoren ni..

Okla..bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments