07 January 2014

Kalau Aku Kaya....(apa aku merepek ni!)

Kalau aku kaya
Hari-hari Raya
Bil2 jiran tertangga
Abis semua aku belanja

Salam...

Mengenangkan Mak Cik yang telah memenangi RM1juta dari simpanannya melalui Sijil Simpanan Premium BSN lalu aku pun buat entry ini... Bila di interview mak cik tu dia cakap perasaannya bercampur gembira dan takut tentang keselamatan diri. Tak pe mak cik ramai orang yang kaya di luar sana.. diaorg rilek aje.. pas ni ramai la yang mengaku sedara...

Mak Cik ni sangatlah displin sebab bli sijil simpanan premium tu sebanyak RM300-RM400 sebulan selama 23 tahun. Lama tu! Dia dh berputus asa dan hampir menjual sijilnya.. tapi ditegah oleh anak2... tula yang dinamakan rezeki...

Tapi kalau aku yang dapat duit tu! HAHA (gelak jahat)

PERTAMA



Perkara pertama yang akan aku buat adalah pergi menunaikan Haji. Nak bawak mama, papa... kalau boleh nak hajikan semua anak2. Itupun kalau di izinkan ALLAH.. Hanya dia sajalah yang menjemput tetamu yang terpilih berkunjung ke rumahNya yang agung.

KEDUA

Akan ku upah interior designer yang tersohor kat Malaysia ni untuk wat id rumah baru aku nanti. Ala modern kontemporari... urban style (urban la sangat pekan tu.. haha). Dapur pulak wat terus yang sesuai untuk bussiness homemade bakery aku ni. Tersangatlah kagum kerja Rizalman transform rumah contestant yang menang contest yang celcom wat aritu.. cam terlopong (jgn besar sgt nanti lalat masuk)

ni style yang aku suke......wah bestnya
contest tu dianjurkan oleh celcom transform decoration rumah bernilai RM50k....nama  apa ntah Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue....

Before

After
 Yang ni plak pemenang di Beserah Kuantan Pahang.

before

after



Mak Jemah tutup mulut tu. Jangan nak melopong sangat ek...

KETIGA

Berhenti kerja dan buka cafe idaman aku... yang decoration nya juga meletop! sesuai untuk kawan2 melepak kan... Apapun menunya haruslah meleleh... cake tu wajib.. huhu hmm cam ala2 wondermilk kat Bangsar tu... (ewah... best berangan.. mengong tul!).. ada sandwich.. ada western...



KEEMPAT

Beli MPV yang best dan boleh masuk dan angkut semua family (biar betul. baik bli bas jek)... Ala2 cam Velfire ke.. Estima Ke.. hehe



AMARAN : Ini adalah angan Mat Jenin sahaja... Sekiranya anda rasa cam nak muntah membacanya... sila kawal diri anda...

So kesimpulannya... ada lagi ke baki duit aku tu.. cam negatif aje :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments