07 November 2012

Hari Yang Membosankan (Entry Rojak)


Hari ni adalah hari yang membosankan.. sebab banyak kerja.. arghhh!!! tak putus-putus orang letak kerja atas meja... keluar satu masuk 5.. camne nak wat ni.. tapi sorry la saya tak nak balik lambat sebab mama tak sihat lagipun sian Wafeey....  Apa yang menambahkan lagi keboringan ialah... hari ni adalah merupakan Hari Anugerah di sekolah Ikmal dan saya tak dapat hadir dan tengok dia naik pentas... huhuhu sedihnyaaa....dia terpilih dapat pelajar cemerlang dan kedatangan penuh... Syabas Ikmal! pergi sekolah tanpa cuti dan sakit sepanjang tahun.... Alhamdullillah!!



Disebabkan boring dan tension meh la layan gambar percutian di Cameron Highlands aritu.... barulah menenangkan tengok view dan bunga yang berkembang mekar.... Indahnya ciptaan Allah... Cameron memang best.. teringn nak pergi lagi bila tengok gambar ni....









Buat masa ni sedang berjinak-jinak dengan baking project... tapi masih belajar dan belajar.... Ku telah jatuh cinta dengan baking..... arghhh.. Seronok sangat tengok blog masakan masam manis... gambar cantik dan menarik dan boleh dapat pelbagai resepi untuk dicuba... Mungkin satu hari saya akan buat blog secantik dia... Insyaallah.... baking cuma suka2 aje....





Ok la.... dah hilang sket rasa boring dan tension... Rasa best dan lega dapat menulis dan meluahkan perasaan di blog kesayanganku ini...

Ini adalah entry sekali arung atau rojak namanya.... semua combine..huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments