26 July 2011

MY BEST FRIEND WEDDING

Tajuk posting adalah merupakan cerita yang famous zaman 90's dlu.. time tu masih belajar lagi di UiTM Jengka.. Cerita yang dibintangi oleh Julia Roberts dan Cameron Diaz pada tahun 1997... Memang meletup cite My Best Friend Wedding time tu.. seangkatan juga cerita Never Been Kissed dan 10 Things I Hate About You..

Sebenarnya nak cite benda lain.. Baru2 ni telah menghadiri wedding member di Vistana Kuantan.. Nama member ni Yana.. Kenal dia sebab dulu dia pernah kerja di UMP... Yana ni baik orangnya... dan agak berahsia.. hu hu... Tiba-tiba je jemput kawin. Lama gak la tak jumpa dia sebab sekarang dia bekerja di KL.. rasanya dh hampir setahun tak jumpa... bile jumpa masa wedding dia aritu di ckp saya kurus! hu hu .. Happy sangat... ^_^..

Okla.. cukup la perasan.... nak share gambar wedding dia kat sini.. sebenarnya banyak gambar tuan punya blog.. hu hu..

Gambar pengantin yang cantik pada malam tu
Me and Cik Sue
Atas : Me and hubby. Bawah : Me n Hazie
 Walaupun tak boleh makan nasi tapi telah menghabiskan buah- buahan yang ada.... itu sahaja yang nak di share... bye....






 


10 July 2011

UPDATE CABARAN MENURUNKAN BERAT BADAN 2

Hi semua!


Rasanya sudah lama tidak menulis di blog ni. Blog ni telah ditinggalkan senyap dan sunyi berikutan kesihatan yang tidak mengizinkan dan kekangan masa yang melampau.. maklumlah ada hobi baru .. hu hu hu...

Hari ni saya nak update cabaran menurunkan berat badan.. mengapa saya pilih hari ni nak update setelah sekian lama menyepi.. Tentu ada diantara korang semua tertanya2 naik ke berat... dah gemuk semula ke? takpe tenang.. tenang..

Sebenarnya.. hari semalam 10/7/2011 genap baby saya 5 bulan.. jadi bolehlah update prestasi ari ni.. so mari kita tengok bagaimana prestasi nya....

Tarikh bersalin : 10 Februari 2011
Berat terakhir semasa mengandung : 98 kg
Berat selepas bersalin : 89 kg
Berat semasa : 69 kg
Jumlah pengurangan berat badan : 20 kg (dalam tempoh 5 bulan)..

Oooo mesti tunjuk bukti bergambar.. mari kita lihat...

Sebelum mengandung.. Berat dalam 86kg

Selepas berpantang.. berat 79 kg.. masih gemuk hu hu
Terkini.. berat 69 kg.. tapi muka orang demam...




Berat 69 memang masih gemuk.. tapi.. 89 kg tu lagi gemuk kan.. kerana saya bermula dengan angka itu.. Orang kata berat saya  lebih dari saiz sebenar.. itu bukan saya yang kata ye.. orang yang kata.. saya tak la perasan atau syok sendiri... tapi mungkin ada kebenarannya.. seluar jeans saiz 32 dah tahap londeh... tapi saya pakai jugak sebab dalam koleksi seluar jeans saya takde saiz 30 cuma ada saiz 29.. memang tak lepas la nak masuk.... malas nak beli seluar jeans baru nanti nak pakai saiz 27 kan... hahaha.. (yang ni statement perasan)

P/S : Jangan tipu berat badan anda dan saiz seluar... saya tahu... huah.. huah.. huah..

30 June 2011

BUDAK BOTAK

Wafiey sudah botak!


Setelah sekian lama ibu dan ayahnya nak membotakkan kepala budak kecik ni.. akhirnya terlaksana jugak.. itupun sebab tak tahan tgk rambut asalnya yang dah mula gugur dan berpintal... Nampak jarang dan bertompok2. Kalau diikutkan kita sunat membotakkan kepala anak dalam tempoh 7 hari selepas lahir. Tapi Wafeey ni dah nak masuk 5 bulan..


Mari kita tengok proses membotakkan kepala budak kecik ni. Actually kitaorang tak brani nak cukur sendiri sbb takut kepala dia luka sebab tu antar botak kat kedai. Rambut yang telah dicukur kitaorang mintak balik kat amoi tu untuk simpan.. hu hu hu..

Rambut asal yang jarang2 dan berpintal.

Siap sedia.. dah cabut baju


Dah cabut baju kena berkemban plak dengan tuala good morning...
tapi mata tu asyik pandang ibu jerk







Dalam proses membotakkan kepala... hu hu.. sian..
Inilah hasilnya... Budak Botak.. ada cam sholin kung fu tak?



18 June 2011

NEW STORAGE IDEA

Sudah lama rasanya blog ini saya tinggalkan dalam keadaan sunyi dan sepi. Bukan ape, sekarang ni memang busy tahap gaban especially bila kat opis. Keje belambak-lambak dan tak putus-putus.Punya la lama tak update blog sampai tak tahu pun ada new features... hu hu hu


Hari ni nak share new storage yang baru di beli tadi.. 25 drawers multi-uses cabinet.. tak sangka harganya murah btul.. ce teka.. ce teka... hu hu hu.. harganya cuma RM13 saje..






Apa sebenarnya yang saya nak isi dalam 25 drawers multi-uses cabinet ni.. ha.. sebenarnya saya ada satu lagi hobi yang malu nak citer dan tak pernah cite pun kat blog nih... nak tau ape? jahit manik.. hu hu.. saya malu nak citer bukannya apa pun sebab saya ni tak berbakat sangat.. cuma suka2 aje.. nak tengok ke salah satu hasil nye? ha tengok kat bawah ni,,






tengok la sebelum dan selepas menggunakan 25 drawers multi-uses cabinet ni.. lebih kemas dan teratur kan? sungguh berpuas hati dengan harganya.. 







17 May 2011

MEMASAK DIHARI WESAK

Fuh! Tajuk cam pantun.. he he he... Hari ni nak share resepi. Resepi biasa jerk, simple untuk anak2 dan hubby. Actually saya ni tak pandai masak sangat.. bole la sket2. Kalau nak banding orang lain.. saya ni jauh ketinggalan.






ROTI TERSUMBAT YUM YUM


Bahan2 :
Roti keping (tak kisah brand ape.. Gardenia atau High5)
Sosej
1 tin tuna mayonese
Bread crumb
2 biji Telur
Mix Vegie (bagi nampak colorful sket.. saya tak isi sebab anak2 tak makan)


Cara Membuatnya (click untuk enlarge gambar):












































































Sementara itu cara2 membuat inti ini anda boleh mengikut citarasa masing2...



































Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments