17 May 2011

MEMASAK DIHARI WESAK

Fuh! Tajuk cam pantun.. he he he... Hari ni nak share resepi. Resepi biasa jerk, simple untuk anak2 dan hubby. Actually saya ni tak pandai masak sangat.. bole la sket2. Kalau nak banding orang lain.. saya ni jauh ketinggalan.






ROTI TERSUMBAT YUM YUM


Bahan2 :
Roti keping (tak kisah brand ape.. Gardenia atau High5)
Sosej
1 tin tuna mayonese
Bread crumb
2 biji Telur
Mix Vegie (bagi nampak colorful sket.. saya tak isi sebab anak2 tak makan)


Cara Membuatnya (click untuk enlarge gambar):












































































Sementara itu cara2 membuat inti ini anda boleh mengikut citarasa masing2...



































Selamat mencuba!

15 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011




Sempena 16 Mei ni nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di dunia ni (fuh dunia??). Guru ni umpama lilin yang membakar dirinya sendiri. Mereka mendidik bersungguh-sungguh sehingga ada yang lebih berjaya dari mereka. Ada anak murid yang jadi doctor dan tak kurang pula ada yang jadi menteri. Tapi cikgu tetap mendidik saban tahun sehingga pencen. Saya pernah juga bercita2 menjadi cikgu ni, tapi tak kesampaian. Mungkin bukan rezeki kot.. Kalau diberi peluang agaknya guru aper saya nak jadi...hmm... mungkin subjek Kesusasteraan Melayu kot. Saya memang minat dengan subjek ni, mebi sebab suka baca buku cerita. Bagi saya subjek ni sempoi giler tak yah belajar pun.. cuma ingat cerita dan jalan cerita sahaja. Tapi walaupun senang sekalipun, bukan satu cerita je kena hafal jalan cerita wei... Ada 19 cerpen, 1 novel dan ade satu buku puisi. Ajar sastera ke bukan Accounting or Business line? walaupun belajar dlm bidang itu.

Pernah satu kali masa kecik (tak ingat umur berapa) ada sorang yang pangkat bapa saudara tanya cita2 saya bile besar nanti. Dengan confident saya jawab, "nak jadi cikgu!" Sehingga sekarang pak cik tu panggil saya cikgu walaupun kerja sekarang takde kena mengena dengan profession perguruan dan ajar mengajar. Kenapa saya nak sangat mengajar ni ye.. hmm.. selain minat, suka rasanya boleh inspired orang terutamanya teenagers... best kan.. rasa cam murni je kerjaya yang boleh wat pahala ni.

Ok cukuplah cerita pasal cita2 tak kesampaian tu. Hari ni topik kat sinar fm adalah berkenaan dengan Hari Guru. Kak Engku tanya pendengar radio berkenaan siapa guru yang memberi kesan mendalam dalam idup... Kalau saya diberi kesempatan untuk contact Sinar FM tu.. saya akan cakap guru yang memberi kesan mendalam dalam idup saya ialah Cikgu Hasnah. Cikgu Hasnah ni garang giler wei... dan sangat particular orangnya.. siap ajar cara guna pembaris dengan btul. Kalau salah kna ketuk jari. Kerja sekolah tak yah citer la banyak giler.. Ade ke budak darjah 6 kna wat kerja sekolah matematik 100 soalan satu hari... aduhhh!!! Sampai satu tahap tak larat giler.. mama kasi calculator untuk wat latihan tu.. hu hu hu (kantoi). Kalau tak siap? giler ko.. kena lempang.. berpusing kepala.. Tapi hasilnya.... amik kos accounting dan keje pun dlm bidang accounting (ceh.. bajet terror matematik la tu).. Thank you cikgu!

Kalau budak sekarang kena lempang.. alamatnya besok masuk surat khabar front page le... lain kan dlu ngan sekarang.. Tak payah orang lain laa... kalau cikgu lempang anak saya.. comfirm saya lempang balik cikgu.. hu hu (teruknya). Anak sekarang ni manja.. dan pendekatan (pukul) begitu tak sesuai lagi pada zaman ni.. Budak sekarang ni kena phsyco sket....


Sambutan Hari Guru tahun ni tak sempat nak prepare ape2 pun sebab sibok sangat. Kena hargai cikgu2 yang mengajar anak2 kite ni... kalau nak banding ngan gaji diaorang tak berpadanan dengan penat lelah mereka (walaupun gaji cikgu dah naik) nak ajar budak2 tu. Cikgu favorite Waiz adalah cikgu Ummi Hayati dan Ikmal pulak cikgu Ani. Cikgu ni semua memang baik dan penyayang orangnya dan memang boleh attract budak2 baya anak saya nih. Ingat nak prepare gak la tahun ni... bagi lambat sket aci tak.. Last year kasi egg tart. Selain sedap kos nya agak murah... lebih kurang beberapa sen sahaja bagi satu tart. Saya bagi semua cikgu yang mengajar Waiz dan Ikmal.. takde pilih2 ye..

Hasil tangan sendiri tau..


Di suatu hari...Waiz aper citer2 bile besar nanti... jawapan dia : nak jadi dr pakar kanak-kanak.. mana dapat tu? Sebab abang suka baby.. memang btul pun.. Waiz memang seorang yang penyayang.. Sukakan baby dan budak2. Yang jadi mangsa adik dia. Kna medical checkup ari2... Harapan seorang ibu..semoga menjadi kenyataan... insyaallah.. amin.

MASCARA REVIEW : MAYBELLINE PULSE PERFECTION

Wah.. mode membuat review dah mari.. semalam blogger x leh masuk langsung... dan yang sadisnya ada entry ilang.. dah posting tapi tiba2 ada kat draft plak tapi entry tu tak complete.... terbantut idea nak mengarang..(ceh cam teror je)..Hari Jumaat time lunch adalah waktu untuk merayap sbb lunch break lama... Memang dah lama nak bli vibrating mascara nih.. apabila dicucuk oleh member.. trus bli. truk btul prangai. So hari ni dengan berbesar hatinya ingin membuat review product yang menjadi idaman kalbu...






BASIC INFO
Brand : Maybelline
Product Name : Pulse Perfection Waterproof Mascara
Packaging : 6.5 ml @ 0.22 oz
Available @ : Any drugstore (watsons, guardian and etc)
Manufacture : Made in China
Color : 01 Black
Price : RM 59
Others : 100 vibrations per second.






INGREDIENTS
Isododecane, cera microcristallina / microcrystalline wax, cera alba / beeswax, C8-9 Isoparaffin, disteardimonium hectorite, cera carnauba / carnauba wax, aqua / water, propylene carbonate, allyl stearate/va copolymer, lecithin,silica, ethykenediamine / strearyl dimer dilinoleate copolymer, oryza sativa starch / rice startch, polyvinyl laurate, sodium polymerahrcrylate, propylparaben, PEG / PPG-17/18 Dimethicone, rayon, hydrogenated jojoba oil, polyquaternium-10, panthenol, arginine, serine, glutamic acid, 1-oleamido-1, 3-octadecanediol, phenoxyethanol, methylparaben, ethylparaben, isobutyparaben, butyparaben (+/- may contain CI77491, CI44160 / iron oxides CI77891 / titanium dioxide, mica, CI 77288 / chromium oxide greens, CI77289/ chromium hydroxide green, CI 77742 / manganese violet, CI77007 / ultramarines, CI77510 / Ferric Ferrocyanide) F.I.L D35441/1 ( penat taip wey...)






CAUTION
To safeguard Maybelline purity, reserve this product for your personal use. Treat the applicator with the hygienic care you give your eyes. Never apply this product in a moving vehicle. Do not dilute mascara with water, saliva or any other substance cap tightly after use, if change in odor or appearance occurs, discontinue use. Do not use this any other this or any other eye cosmetic if your eye is injured, irritated, or infected, consult a physician promptly. Do not use after eye surgery. Keep out of reach of children.


APPLICATION INSTRUCTION
Start : To activate the battery, pull plastic tab to remove completely then discard.
Pulse control : Press the on button to activate pulsation. Release the button to stop.
Upper lash : While pressing the button place brush at lash base and move slowly towards lash tip. Repeat as desired.
Lower lash : Same as above. If desired.











FREE GIFT
Untuk pembelian barangan Maybelline RM50 ke atas dapat percuma Lip Smooth Botanicals  dan kalau berminat nak beli Maybelline liquid eye liner bole dapat 50% discount.. rasanya harga selepas dicount hanya RM12 saje....best.. best






PERSONAL THOUGHT
Bagi orang yang mempunyai bulu mata yang pendek dan nipis seperti saya.. amatlah berbaloi membeli produk ini.. takkan la nak pakai fake eyelashes untuk ke office kan... Mari kita lihat pro and cons nya.


Pro
1. Bulu mata akan cepat melentik (apa lagi yang kita mahu kan...) sebab mascara ini akan vibrate 100 kali dalam masa sesaat.
2. Vibrator button nya terletak di tempat senang nak pegang dan on vibratornya..
3. Harganya agak murah kalau nak compare ngan vibrator mascara yang lain.. Lancome, paling kurang pun harganya RM180 tau.


Cons
1. Susah giler nak cuci sebab mascara ni waterproof tahap gaban walau pun dah rendam (rendam ke??) bulu mata ni dengan eye makeup remover dengan lama. Tips untuk mudah tanggal jenis mascara yang degil begini adalah dengan gunakan washable mascara as first coat then baru apply mascara nih.
2. Kalau baru apply rasa cam berair sket mata...
3. Perlu berhati2 semasa apply sebab akan meninggalkan kesan comot di atas eyelid..
4. Tak sesuai untuk daily makeup untuk pegi office sebab susah giler la nak tanggal bila semayang.


Ok kita tengok pulak before and after pics.. memang mengkagumkan.. walla!!



RECENT ON9 PURCHASE

Hi!


Hari ni nak update on9 purchase yang dibuat baru2 ini. Sebenarnya ada beberapa siri on9 shopping ni.. tapi ini yg terlatest..


Sigma Powder / Blush Brush SS187.











Memang teringin sangat nak cuba Sigma brushes ni. Tapi masalah nya brand sigma ni tak de dalam pasaran Malaysia nih. Apa yang boleh di buat adalah dengan join spree kat mana2 blog yang menganjurkannya. Pihak penganjur spree biasanya akan beli  barang2 ni melalui official website sesuatu brand yg tiada dijual di Malaysia.. dan biasanya mereka anjur spree bile ada special discount. Tujuan spree ini diadakan adalah nak kumpul order daripada sesiapa yang berminat dan order secara pukal dengan website tersebut. Manfaatnya adalah... pembeli tidak perlu pergi ke oversea untuk beli, enjoy internet discount, free postage.. mahal tu kalau dari oversea (kalau bli banyak la) dan banyak lagi benefitnya. Saya sendiri join spree di Malaysian Beauty Store.. diaorang selalu update spree kat website ni espcially USA punya brand makeup macam Urban Decay, Drugstore.com, Sephora (skg dh ade kt KL), Victoria Secret dan banyak lagi.. tak boleh nak sebut. Dinasihatkan kalau nak join spree ni jangan aspect nak dapat barang cepat sebab diaorg akan order dlu. Spree pun ada tempoh.. nak order lagi.. nak tunggu parcel dari oversea lagi.. nak sorting order korang lagi. Harga brush ini cuma RM56 sahaja... (MAC beratus-ratus la jawabnya)






Menurut review yang dah ditonton kat you tube.. Sigma Brush ni sama quality dengan MAC.. tapi harganya separuh dari MAC... yeke??? Tu yang nak sangat try test dan cuba sendiri brush nih. Macam2 brush dah saya beli.. ada yang bagus quality nye dan ada gak yang mengecewakan. Dalam brush collection saya dah ada brand MAC (of course), Body Shop, Stage, Syber Color and Estee Lauder. Kata orang good quality brush ni does make a different to our makeup look. So better 'invest' in good quality brush.


Mari kita tonton review brush ni kat bawah




My personal thought adalah brush ini sangat lembut dan bulunya diperbuat daripada synthetic (agak berkilat). Pemegangnya berkualiti tetapi terlalu besar dan panjang. Saya suka gunakan brush ini untuk apply blusher kerana hujungnya flat senang nak control. Ada jugak MUA gunakan brush ni untuk apply foundation untuk kesan yg lebih dramatic


Coastal Scents Travelling Brush Guard. 
Actually brush guard ni digunakan untuk melindungi brush semasa travelling agar brush tu tak rosak dan kembang. boleh jugak gunakan brush guard ni selepas bersihkan brush korang supaya bentuknya masih sama walaupun dan dicuci beberapa kali. Brush guard ni pun beli sama kat Malaysia Beauty Store (MBS). Owner website ni (Rowena) baik orangnya dan sentiasa menjawab segala pertanyaan yang diajukan. MBS ni ada gak update kat facebook diaorg. Nanti korang cari la ek..


Inner Neck



ok this is my latest favorite. Mudah dan senang untuk dipakai especially dengan shawl mahupun dengan Pashmina atau yang seumpa dengannya. Inner neck ni menampakkan bentuk muka kita lebih panjang (of course nampak lagi kurus) dan ianya seperti inner tudung syria.. cuma inner neck ni cover sampai leher.. jadi bila pakai shawl yang jenis kain jarang tu memang tak nampak la leher kan... saya order inner neck daripada Radiusite. Ownernya nama Ika. Actually, ini pembelian kali ke-3 inner neck dengan Radiusite. Inner neck daripada Radiusite ni memang agak berkualiti sebab tu harga inner neck ni satu RM25.. kalau nak banding kat luar harganya mungkin lebih murah (RM12-RM15) tapi kain licin cam jersi.. tak besh..



Ni contoh inner neck.. gambar kiri lebih jelas..
Lagi contoh.. yang ni grey plak
 ok la.. dah malas nak taip panjang2.. bye!

    14 May 2011

    HANA TAJIMA INSPIRED HIJAB STYLE

    Hari ni nak share pasal gaya tundung ala2 Hana Tajima.. Mungkin ramai yang telah lama tahu pasal Hana Tajima ni.. Alaa... yang cam tudung Yuna tu...tapi bagi yang blum tahu nak cerita secara ringkas mengenai beliau. 


    Image from hanatajimasimpson.com




    Nama penuhnya adalah Hana Tajima Simpson.. Tinggal di kota London. Beliau merupakan anak kacukan Inggeris dan Jepun.. dimana ayahnya orang Jepun dan ibunya orang Inggeris. Sebab tu la wajah mixnya sangat cantik.. Setelah memeluk agama Islam dia merasakan agak sukar untuk berfesyen dan akhirnya beliau mendesign sendiri baju dan tudungnya yang sangat gorgeous dan menjadi ikutan remaja dan tak berapa nak remaja (cam saya). Beliau mempunyai online boutique iaitu Mysaa dan personal website nya di hanatajimasimpson .


    Okla cukuplah menceritakan tentang Hana Tajima ni.. korang boleh pergi terus ke website dia dan tengok puas-puas wajahnya yang pakai aper pun cantik dan baju rekaannya yang gorgeous tu..




    ok di bawah ni ada beberapa tutorial video camne nak pakai tudung cam Hana Tajima ni..


    actually ada banyak lagi hijab style inspired Hana Tajima ni... ramai ygak pompuan kat Malaysia ni bercita2 nak jadi lawa cam dia (termasukla aku.. hu hu..). Memang style dia memberi insiprasi kepada dunia fesyen bertudung.. Satu hari kalau berkesempatan sangat teringin berjumpa beliau dan juga membeli pakaian yang direka olehnya...


    Ni pulak gambar aku yang perasan ntah apa2.. nak cuba style tudung Hana Tajima.... ada gaya tak... tang mana ce teka.. ce teka.. ha ha ha (versi gelak jahat)


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    comments