12 November 2011

MAJLIS IHTIFAL IKMAL





Hai semua readers!


Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa itu ihtifal ye? Ihtifal ni macam majlis / merayakan sesuatu / berkumpul dalam satu majlis (lebih kurang begitula..) haaa sebenarnya saya pun baru tahu masa anak yang sulung saya menerima sijil semasa sekolah tadika pada tahun 2009.


Anak saya bersekolah di Tadika Islam Pekan... silibus sekolah ni sama saje dengan pra sekolah yang kat sekolah kebangsaan tu tapi yang specialnya penekanan soal agamanya lebih siket.. diselang selikan dengan hafazan ayat quran dan doa-doa. Persoalannya sekarang mengapa hantar anak sekolah agama sedangkan di luar sana orang berebut-rebut nak antar anak ke kindergarten english stream...


Jawapannya adalah.. hidup ni kena balance dunia dan akhirat. Bagi saya kalau cemerlang agamanya insyaallah yang lain2 akan cemerlang.. tak kira la English ke BM ke math sains ke atau ape pun subjek yang diajar di sekolah kebangsaan nanti. Bukan hanya persediaan untuk ke sekolah rendah tapi untuk persediaan hidup sebagai Islam.


Memang boleh dipuji pelajar-pelajar yang dah tamat dari Tadika ni.. semua bacaan dalam solat lancar, setakat doa harian ni jadi mainan diaorang je.. pendek kata sejuk perut ibu mengandung..


Suka di sini saya quote ucapan Dato' Mufti Negeri Pahang " anak-anak yang  mempunyai latar belakang / pendidikan agama yang kuat insyaallah akan terhindar dari penyakit sosial yang berlaku pada anak2 remaja sekarang. Kes-kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi hasil daripada hidup tidak berlandaskan agama.. insyaallah anak2 yang belajar di Tadika Islam ini akan berjaya di dunia dan di akhirat". 


Majlis Ihtifal bermula pada jam 9 pagi dan dirasmikan oleh Dato' Mufti Negeri Pahang, bacaan doa dan persembahan pelajar-pelajar. Sorry to say la ye.. diaorang memang takde persembahan menari-menari ni semuanya bacaan doa dan bacaan dalam solat...


Banyak juga la Ikmal ambil bahagian dalam persembahan... Nasyid (lagu Taubat dan Pergi Tak Kembali), Pantun, Bacaan Solat, Rukun Negara, Rukun Iman dan Islam dan Pertandingan Pakaian Menutup Aurat (walaupun tak pernah menang.. hu hu).














Best part kepada Majlis Ihtifal ni sebenarnya yang membuat diriku begitu bahagia dan happy sangat adalah anugerah yang ikmal menangi... Dia dapat anugerah ;
1. Anugerah Pelajar Tokoh 2011.
2. Anugerah Pelajar Pelajaran Cemerlang.










Dalam tentatif yang diedarkan saya terconfius seketika... kenapa Ikmal tak dapat Pelajar Berpuasa Penuh? hmmm confius... sedangkan dia memang seorang yang sangat taat berpuasa walaupun demam tau.... rupa-rupanya cikgu cakap masa first day berpuasa dia terlupa yang dia berpuasa.. dia join kawan-kawan lain makan.. hu hu... takpela terlupa dan wat camne...






Anyway.. terima kasih la kepada ibubapa lain yang congrats anak saya ye... antara comment diaorng pun sangat positive... "Ikmal memang layak jadi pelajar tokoh" dan "Ketokohan Ikmal memang terserlah".






Masa cikgu mintak tulis biodata ikmal tu memang dah agak dia akan dapat Anugerah Pelajar Tokoh tu tapi malas nak berharap sangat.. nanti hampa...


Lastly.. congratulation Ikmal... Semoga cemerlang sampai bile2 walaupun ada orang yang comment benda2 negative.. macam...."okla tu.. kecik je kot cemerlang.. bila besar nanti tak tau la..." hu hu.. tapi kenapa ye... takpe terima kasih ye... 


Terima kasih juga kepada yang lain2 yang banyak membantu....


Bye! 

29 October 2011

SARAWAK TRIP : DAY 1

Hi semua!


Rasanya dah lama tak menulis blog ni.. rindu sesangat tau!.. so hari ni nak bercerita pasal trip ke Kuching, Sarawak. Actually pergi ke Kuching ni sebab berkursus Akauntabiliti dan Integriti : Diri dan Organisasi anjuran Yayasan Berkanun Malaysia. Kursus ni berjalan selama 2 hari saja dan selebihnya jalan time! Memang seronok pegi Kuching ni.. Kalau nak tau seronok ke tak.. stay tune ok...


Perjalanan dengan kapal terbang mengambil masa lebih kurang 2 jam tau.. Tiba di Kuching International Airport pada pukul 2 petang...






Sampai saje di airport tercari-cari teksi untuk ke hotel.. ooo rupa-rupanya sistem teksi di sini menggunakan sistem kupon.. kena bayar di kaunter dan amik teksi yang paling depan.. Bagus gak sistem camni..


Kami telah menginap di Harbouview Hotel, Kuching. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa lebih kurang setengah jam dan tambang teksi yang telah dicaj adalah RM25.00 sahaja...




First day, sampai di Kuching relax saje... tunggu waktu minum petang kul 4.30.... zzzzzzz....


Lepas minum petang pegi berjalan2 di main bazaar.. memang dekat je dengan hotel tak sampai 5 minit pun berjalan kaki.. Macam2 jenis produk yang popular di Sarawak ada dijual disitu.. Deretan kedainya panjang lebih kurang 4 blok.. penat berjalan tau.. takpe boleh bakar kalori...


Kain batik Sarawak... cantik dan murah..


Lain2 kraf negeri Sarawak


Antara produk yang dijual di Main Bazaar adalah Sarawak black pepper, kain batik Sarawak, cenderahari macam key chain, fridge magnet, pasu Sarawak dan t-shirt. Gambir Sarawak pula dijual di merata2 rata tempat.. memang senang la nak cari. Antara khasiatnya ialah berupaya merawat resdung dan sakit gigi. Makanan pulak; kek lapis sarawak, Tebaloi (biskut sagu), gula2 black pepper dll... memang best!


Main Bazaar ni terletak di sepanjang Water Front Kuching.... sambil shopping sambil bole tengok pemandangan yang indah.. Kalau korang nak tau masa malam di Sarawak ni lebih cepat dari Semenanjung.. Kul 6.30 petang dah mula gelap..... so berhati2 dengan waktu semayang...


Ok la.. itu sajalah pada hari pertama.. hari yang seterusnya lebih fun!

24 September 2011

MENU DIET : APAM


Apam merupakan sejenis kuih yang senang didapati dimana-mana saje.. Juga senang juga disediakan. Apam sesuai dimakan sewaktu sarapan pagi. Sarapan pagi lebih sihat kerana hidangan ini adalah tanpa minyak dan hanya kukus sahaja. Apam hanya mengandungi 77 kalori (bagi sepotong 40g).

02 September 2011

REKAAN MANIK UNTUK BAJU RAYA 2011

Memang sengaja tempah baju ni kosong dan tanpa manik.. This year memang tahun membuat baju kosong tidak bercorak.. sengaja ditinggalkan begitu kerana nak mendesign manik sendiri.. Hati puas bila dapat tengok hasil kerja sendiri...

Posting kali ini adalah versi mencuci mata... untuk jahitan manik pada baju raya tahun 2011

Baju yang baru dilekatkan lace ribbon yang kosong

Lace ribbon before. Detail pics

Work in progress.. Baru satu bunga dihasilkan

Baju yang telah siap disulam

Secara dekat. Campuran sisik ikan dan manik pearl


CELEBRATING HUBBY'S BIRTHDAY

Walaupun entry ini agak kelewatan dan ketinggalan tapi nak jugak cerita. 


Menyambut birthday dalam bulan puasa amatlah membosankan sebabnya waktu yang sesuai untuk celebrate hanya lah waktu berbuka dan bersahur.. tapi ada ke orang celebrate time bersahur.. mesti muka selenge tak mandi. Time berbuka pulak rushing nak sembahyang maghrib.. pendek kata celebrate birthday time puasa ni serba tak kena gayanya. Saya pun pernah 3 tahun kena birthday time raya.. tiga tahun jugaklah celebrate birthday cam tak besh dan tak meriah jek.... Tapi tak apa.. janji dapat birthday gift yang best.. hu hu


Birthday hubby jatuh pada 24/8. tapi 24/8 tu jatuh pada hari Rabu.. so decide nak celebrate on saturday 27/8. Celebrate birthday ni kat New Horizon Kuantan. New Horizon ni saya booking 1 week earlier.. tu pun time booking tu dah tinggal satu table jek.. Time puasa cam ni memang restaurant tu penuh sbb dia wat pakcage dan makanan dia agak kena dengan selera kitaorang sekeluarga.


package dan menu new horizon
Tahun ni budget tak brapa sangat so.. hadiah pun biasa je la.. saya belikan t-shirt timberland je kat hubby.. tak sempat nak pikir lagipun time puasa ni lepas abis kerja trus balik rumah dan tak singgah ke mana2 lagi




Kek pula saya memilih tema bola ... pada mulanya nak tema liverpool... tapi org yang wat cup cake jersi dan logo tu kena tempah di KL.. and pos Malaysia dah tak terima lagi pos laju sbb dh nak raya.. kalau dapat pun after hari raya.. so takpela.. tempah je la yang mana ada.. so saya pilih chocolate cup cake bertemakan bola sepak.. Selalunya beli secret recipe tapi tahun ni nak try kelainan sket..kek ni di tempah dari ZatiD'Hati.. boleh tempah melalui online dan juga pergi terus ke kedai dia di Sungai Isap Kuantan.


Birthday cake bertemakan bola sepak
Makan pulak saya amik package untuk 9-10 orang makan satu jenis lauk boleh order satu je.. Ikan Siakap steam, daging black pepper, sayur campur, tom yam putih, curry squid, Chicken honey lemon (highly recommended), butter prawn (pun highly recommended) nasi putih, kurma dan buah-buahan... Air pulak sirap selasih.. air dan buah and kurma tu New Horizon kasi free je...


makan time
Rasa lega dapat wat sesuatu masa birthday hubby.. at least boleh appreciate orang yg kita sayang kan.... Anyway.. HAPPY BIRTHDAY HUBBY!













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments