15 May 2011

RECENT ON9 PURCHASE

Hi!


Hari ni nak update on9 purchase yang dibuat baru2 ini. Sebenarnya ada beberapa siri on9 shopping ni.. tapi ini yg terlatest..


Sigma Powder / Blush Brush SS187.











Memang teringin sangat nak cuba Sigma brushes ni. Tapi masalah nya brand sigma ni tak de dalam pasaran Malaysia nih. Apa yang boleh di buat adalah dengan join spree kat mana2 blog yang menganjurkannya. Pihak penganjur spree biasanya akan beli  barang2 ni melalui official website sesuatu brand yg tiada dijual di Malaysia.. dan biasanya mereka anjur spree bile ada special discount. Tujuan spree ini diadakan adalah nak kumpul order daripada sesiapa yang berminat dan order secara pukal dengan website tersebut. Manfaatnya adalah... pembeli tidak perlu pergi ke oversea untuk beli, enjoy internet discount, free postage.. mahal tu kalau dari oversea (kalau bli banyak la) dan banyak lagi benefitnya. Saya sendiri join spree di Malaysian Beauty Store.. diaorang selalu update spree kat website ni espcially USA punya brand makeup macam Urban Decay, Drugstore.com, Sephora (skg dh ade kt KL), Victoria Secret dan banyak lagi.. tak boleh nak sebut. Dinasihatkan kalau nak join spree ni jangan aspect nak dapat barang cepat sebab diaorg akan order dlu. Spree pun ada tempoh.. nak order lagi.. nak tunggu parcel dari oversea lagi.. nak sorting order korang lagi. Harga brush ini cuma RM56 sahaja... (MAC beratus-ratus la jawabnya)






Menurut review yang dah ditonton kat you tube.. Sigma Brush ni sama quality dengan MAC.. tapi harganya separuh dari MAC... yeke??? Tu yang nak sangat try test dan cuba sendiri brush nih. Macam2 brush dah saya beli.. ada yang bagus quality nye dan ada gak yang mengecewakan. Dalam brush collection saya dah ada brand MAC (of course), Body Shop, Stage, Syber Color and Estee Lauder. Kata orang good quality brush ni does make a different to our makeup look. So better 'invest' in good quality brush.


Mari kita tonton review brush ni kat bawah




My personal thought adalah brush ini sangat lembut dan bulunya diperbuat daripada synthetic (agak berkilat). Pemegangnya berkualiti tetapi terlalu besar dan panjang. Saya suka gunakan brush ini untuk apply blusher kerana hujungnya flat senang nak control. Ada jugak MUA gunakan brush ni untuk apply foundation untuk kesan yg lebih dramatic


Coastal Scents Travelling Brush Guard. 
Actually brush guard ni digunakan untuk melindungi brush semasa travelling agar brush tu tak rosak dan kembang. boleh jugak gunakan brush guard ni selepas bersihkan brush korang supaya bentuknya masih sama walaupun dan dicuci beberapa kali. Brush guard ni pun beli sama kat Malaysia Beauty Store (MBS). Owner website ni (Rowena) baik orangnya dan sentiasa menjawab segala pertanyaan yang diajukan. MBS ni ada gak update kat facebook diaorg. Nanti korang cari la ek..


Inner Neck



ok this is my latest favorite. Mudah dan senang untuk dipakai especially dengan shawl mahupun dengan Pashmina atau yang seumpa dengannya. Inner neck ni menampakkan bentuk muka kita lebih panjang (of course nampak lagi kurus) dan ianya seperti inner tudung syria.. cuma inner neck ni cover sampai leher.. jadi bila pakai shawl yang jenis kain jarang tu memang tak nampak la leher kan... saya order inner neck daripada Radiusite. Ownernya nama Ika. Actually, ini pembelian kali ke-3 inner neck dengan Radiusite. Inner neck daripada Radiusite ni memang agak berkualiti sebab tu harga inner neck ni satu RM25.. kalau nak banding kat luar harganya mungkin lebih murah (RM12-RM15) tapi kain licin cam jersi.. tak besh..



Ni contoh inner neck.. gambar kiri lebih jelas..
Lagi contoh.. yang ni grey plak
 ok la.. dah malas nak taip panjang2.. bye!

    14 May 2011

    HANA TAJIMA INSPIRED HIJAB STYLE

    Hari ni nak share pasal gaya tundung ala2 Hana Tajima.. Mungkin ramai yang telah lama tahu pasal Hana Tajima ni.. Alaa... yang cam tudung Yuna tu...tapi bagi yang blum tahu nak cerita secara ringkas mengenai beliau. 


    Image from hanatajimasimpson.com




    Nama penuhnya adalah Hana Tajima Simpson.. Tinggal di kota London. Beliau merupakan anak kacukan Inggeris dan Jepun.. dimana ayahnya orang Jepun dan ibunya orang Inggeris. Sebab tu la wajah mixnya sangat cantik.. Setelah memeluk agama Islam dia merasakan agak sukar untuk berfesyen dan akhirnya beliau mendesign sendiri baju dan tudungnya yang sangat gorgeous dan menjadi ikutan remaja dan tak berapa nak remaja (cam saya). Beliau mempunyai online boutique iaitu Mysaa dan personal website nya di hanatajimasimpson .


    Okla cukuplah menceritakan tentang Hana Tajima ni.. korang boleh pergi terus ke website dia dan tengok puas-puas wajahnya yang pakai aper pun cantik dan baju rekaannya yang gorgeous tu..




    ok di bawah ni ada beberapa tutorial video camne nak pakai tudung cam Hana Tajima ni..


    actually ada banyak lagi hijab style inspired Hana Tajima ni... ramai ygak pompuan kat Malaysia ni bercita2 nak jadi lawa cam dia (termasukla aku.. hu hu..). Memang style dia memberi insiprasi kepada dunia fesyen bertudung.. Satu hari kalau berkesempatan sangat teringin berjumpa beliau dan juga membeli pakaian yang direka olehnya...


    Ni pulak gambar aku yang perasan ntah apa2.. nak cuba style tudung Hana Tajima.... ada gaya tak... tang mana ce teka.. ce teka.. ha ha ha (versi gelak jahat)


    09 May 2011

    HASIL PENINGGALAN



    Yeee.. inilah rupa workstation ku hasil peninggalan selama tiga bulan... Mantap kan... abaikan org didepan yang sedang berborak.. hu hu hu.. Tula sape suruh cuti lama2.. kan dah padah akibatnya.. Hari semalam 9/5 adalah hari pertama mula bekerja setelah bercuti bersalin selama 3 bulan. Tapi yang syoknya dan wat hati berbunga-bunga.. orang semua puji.. eiii Kak Ira lebih kurus dari sebelum mengandung laa..  he he he.. 

    Ayat lain plak : eii Kak Ira banyak nye turun berat...

    Ayat lain : Eii Kak Ira nampak lain laa...

    Ok cukuplah memperasankan diri.. Yang syoknya lagi dah muat baju lama.. sorry takde gambar nak tunjuk..

    Ok ni kes tak muat meja dah.. kerusi pun bole letak..

    Ni pulak rupa side table

    Hari ni bangun kul 5 pagi dan mandikan baby seawal kul 6 pagi.. Sian dia kena mandi pagi2.. tapi tak nangis.. cuma mata pejam.. tak tahan sangat la ngantuk tu..
    Walaupun kerja banyak nak buat tapi tetap balik kul 5 ptg sebab nak balik mandikan baby pulak.. sambung kerja besok saja...

    03 May 2011

    MICHEAL LEARNS TO ROCK ROCKS KUANTAN

    Wah! Sudah lama rasanya tak berdating berdua-duaan dengan Hubby. Semenjak dah beranak tiga ni masing2 busy ajer memanjang.. Hubby busy kerja.. Cari duit lebih hu hu. Saya plak busy dengan anak2 dan new baby. Bila Hubby beli tiket tgk MLTR.. Tersengeh panjang la ... Apa lagi memang dari aritu lagi nak pegi sbb dia wat promotion giler2 punyer kat tv. Tak kurang juga kat radio dan ada billboard besar kat jln gambut. Masa menyuarakan hasrat nak pegi konsert tu tak la berharap sgt sebab tahu tiket dia agak mahal.. Paling murah pun 200 lebih.






    Sebelum konsert bermula
    Me n Hubby.. Eii tembam nya pipi pakai tudung camni




    Konsert ni diadakan pada sabtu pukul 8.30 malam. Pukul 7 lagi dh gerak Dari rumah sbb ada jom heboh kat Padang mpk 2. Sure jam punyer. Sian Hubby balik Rumah pun dah pukul 5 lebih sbb office dia ada bukak booth kat Jom heboh. Balik mandi dan naik semula ke Kuantan. Sakit kepala sebab cuaca panas.




    Persembahan group dari Singapore


    Jaschs Richter sedang syok nyanyi






    Kami sampai di stadium tertutup sukpa dalam kul 8 lebih lepak dlu kat luar dewan. Rata2 yang pergi konsert tu adalah cina. Melayu hanya 10% saje. Orang melayu ni tak minat MLTR ke? Best per terkenang zaman muda2 dolu (skg ni dh tua ke hu hu). Kat luar dewan Ada macam jualan cd MLTR Dan hand phone MBI. Korang tau ke jenama h/phone tu? Ntah baru kot.










    Bila kami masuk ke dalam stadium tu ramai usher yg Bantu tunjukkan Arah seat kitaorg. Kerusi kitaog cuma kerusi plastik ajer.. Maklumlah bukan VIP seat. Atas seat dia ada kasi lampu flurousent sorang satu.






    Konsert dimulakan dengan pertunjukan dari Singapore Dan Ada satu penyanyi baru.. Tak kenal dan x paham apa yg dinyanyikannya. Sebab penyanyi cina hu hu.


    Dah hampir nak abis konsert barulah MLTR main lagu dia yg best2.. cam Sleeping Child, 25 minutes, dan Paint My Love (direct translation... catlah cintaku hu hu). Ha masa tu barula nampak peminat MLTR yang fanatik bangun panjat kerusi dan nyanyi sama-sama..


    Bersusah payah Richter cakap terima kasih sebab tu tiket mahal.. hu hu




    Sorry la tiada video yg boleh share ngan korang semua.. ada pompuan bawak banner 'No Recording' round dewan. Boleh je kalau nak record.. hu hu 


    Bila balik rasa puas hati dan sampai kat rumah semua anak2 dh tido...

    ROYAL TOWN : PASAR BORONG

    Hi!


    Pasar borong di pekan, pahang ni cukup terkenal dikalangan penduduk setempat mahupun daerah berdekatan. Pasar borong ni start pada pukul 6 pagi (sesudah subuh hu hu) sampai lah pukul 10 pagi pada hari Sabtu. Pasar borong ni terbahagi kepada 2 section. Section 1 menjual makanan. Segala jenis makanan Ada.. Baik Dari segi kuih kuih tradisional yang susah nak dapat mahupun makanan lain seperti Nasi lemak, nasi Dagang.. Memang heaven tempat ni bagi sesiapa yg suka melantak. Section 2 pulak... Ha yg ni best jugak. Bahagian pakaian... Macam2 jenis tudung ada.. terkini dan yg style lama. Telekung ada, tuala ada, kain pasang ada.. Pendek kata semuanya ada dan murah2 belaka. Kalau pandai tawar menawar lagi murah ape lagi kalau beli borong.. Baju inner berbagai kaler cuma 9 ringgit saje..


    Suasana di salah satu gerai tudung. yg tgh duduk tu sedang memilih dan mebuat tawar menawar..
    jangan risau bangku disediakan bagi aktiviti ni. Dalam plastik tu semuanya telah dipack kalu sekiranya pelanggan nak beli satu bundle..
    Satu lg gerai yg menjual tudung. Gerai tudung mmg banyak.. adal ebih kurang
    20 gerai. Itu pun kalau larat nk singgah semua.
    Gerai menjual telekung.. macam2 jenis ada.. yg mahal atau yg murah




    Location Pasar borong ni senang saje.. Berhampiran dengan Padang band Dan selalunya dipenuhi org bila awal bulan (dapat gaji yeay!!!). So hari ni saya and my sis pun mengambil kesempatan berjalan ke pasar borong. Kitaorg kluar Rumah pukul 8 pagi. Kalau nk pergi pasar borong ni elok kluar pagi. Lagi awal lagi bagus sebab bila pukul 9 anda Akan rasa kepanasannya. Masa tu matahari dh naik. Saya memang tak boleh berpanas sgt. Nanti demam (sensitif sgt).


    Me and my sis sedang mencuba baju dan cardigan. Rasanya butik kat kuantan
    cari baju kat sini utk meniaga.
    p/s : baju armani kat dalam tu bukan bli kat pasar borong ye.. hu hu




    okla.. kalau korang ader masa datang la ke Pasar Borong ni memang best.


    p/s : nasi lemak masih dijual dengan harga RM0.50.. tapi saiznya kecik jer...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    comments