19 April 2011

MENU DIET : SAYUR AIR





Satu lagi menu diet yang boleh dikongsi. Seperti biasa menu diet mestilah tanpa minyak kan.. lemak jauh sekali. Saya selalu makan sayur air ni waktu tengahari. Bagi yang baru nak mulakan diet boleh makan dengan nasi atau tambah kuey tiaw ataupun mee hoon... Tapi saya tak makan la nasi.. sayur air itu sahaja..


Bahan-bahannya;
1 ikat sawi (saya guna sawi yg pendek)
1/8 kobis
beberapa hiris petola
1/4 carrot
1 biji lada besar
1 bungkus fucuk dan soon (betul ke ejaannya) 
Segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
beberapa fish ball dan fish cake
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu kecil chicken seasoning powder


Cara membuatnya;
- Didihkan air dalam kuali.
- Tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis. Campakkan bahan2 tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam, gula dan chicken seasoning powder.
- Masukkan carrot, fish ball dan fish cake.
- Masukkan fucuk dan soon.
- dan akhir sekali masukkan sayur-sayurandan lada besar tadi ke dalam kuali.
- Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.


Senang kan...sayur air ni sesuai sangat la untuk orang yang malas masak kan.. Resepi ni adalah untuk 3 hingga 4 orang.. Selamat mencuba!

14 April 2011

KOLEKSI GAMBAR RAYA

Opps! jangan tukar siaran anda..Walaupun hari raya masih lambat lagi.. dan puasa pun tak lagi.Tapi saje2 nk share koleksi gambar raya untuk beberpa tahun yang lepas.. Sebenarnya family saya ni memang suka sgt bergambar time raya ni.. Utk kenang-kenagan la katakan... Tapi apa yg nak disampaikan di sini ialah... Sila tengok Perubahan saiz badan masing2 ye yg Ada dlm gambar ni.. Terutama si tembab dan mak dia... hu hu... Oh ya.. perhatikan juga tema warna keluarga ye...


Raya 2010
Masa ni pregnant 4 months
Raya 2009
Adik blum kawin lagi time nih
Raya 2008
Ngape berempat je? hmm.. confius


Raya 2006
Raya 2005
Fuhh..! kurusnya aku..


Fuhh!! penat juga menyelongkar dan juga download balik dari facebook.. hu hu hu... tapi setelah bersusah payah gambar raya tahun 2007 memang tak jumpa sampai kesudah.... tu yang misteri....

13 April 2011

MENU DIET : IKAN TENGGIRI KUKUS





Inilah makanan tengahari saya. Menu berkhasiat kononnya.. Tanpa minyak dan lemak... Ok la ari ni nak share resepinya..


1 potong ikan tenggiri saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 btg serai
2 biji lada kecil (kalu x nak pun takpe sbb pedas)
beberapa biji Lada putih
sedikit SOS tiram
sedikit bawang besar
sedikit limau nipis
gula dan garam secukup rasa


Cara membuatnya :
1. Lumurkan ikan tenggiri yg telah dibersihkan dengan garam dan gula.
2. Tumbuk bwg putih, halia,lengkuas,serai dan lada putih.
3. Lumurkan bahan2 yg ditumbuk tadi pada ikan tenggiri.
4. Perapkan ikan tenggiri selama beberapa jam (5 jam).
5. Sebelum kukus hiris bawang besar dan tabur di atas ikan tenggiri. Jangan lupa perah sedikit limau nipis dan isi sedikit SOS tiram..
6. Kukus ikan tenggiri tersebut sehingga masak.


Bole dimakan dgn nasi panas2. Nak lagi sedap cicah ngan air asam. Tapi saya x mkn dgn nasi tau...itupun ikan tu saya makan sebelah saje.. Lagi sebelah kasi anak makan... Nak tau sedap ke tak.. Mari kita Tanya si debab saya ni.. Ikmal camne sedap x ikan tu?



07 April 2011

HASIL KREATIVITI WAIZ





Hi semua!


Hari ni nak cite pasal my eldest son Waiz Hakimi.. umurnya 8 years.. means that this year standard 2 la... Korang pernah tak belek-belek apa yang ditulis or lukis oleh anak-anak pada kertas kotor atau buku conteng diaorg. Kalau buku sekolah tu memang wajib belek la kan..


Waiz ni orgnya pendiam sket.. tak banyak cakap tapi penyayang orangnya. Especially pada adik-adik dia. 


Aritu saya terjumpa buku conteng yang diaorg selalu lukis robot n raksaksa dan saya jumpa lukisan nie...




Saya tanya dia nie gambar sape? dia jawab...


gambar 1 : ni gambar adik.. abang lukis masa birthday dia...


Gambar 2 : ni ayah... ayah tengah tido.. nampak sangat ayah memang kuat tido..


Gambar 3 : ni ibu tengah guna komputer.. nampak sgt ibu ni mmg suka ngadap komputer.. tapi yang herannya knapa rambut ibu tu tocang dua.. hu hu


Gambar 4 : ni mami (nenek) tgh basuh kain... ooo tu mesin basuh ke?


Apa yang dilukis oleh budak-budak biasanya adalah perception dia terhadap orang disekeliling dia. Tapi memang btul pun.. ayah suka tido.. ibu dok ngadap komputer...


Selain dari melukis di kertas.. Waiz ni suka gak lukis guna komputer... ni salah satu hasil kerja dia.. tak lawa pun tapi bagi standard budak darjah 2 lukis guna komputer kira ok la kan....




Sekarang dia suka lukis bangunan guna komputer.. macam-macam ada.. klcc la rumah la... tapi dia tak print so  tak bole la nak tunjuk... Actually lukisan dia dah improve lately.. Bila difikirkan Waiz suka lukis bangunan.. anak aku ni nak jadi arkitek ke?? hmm.. cakap nak jadi doktor.. mungkin doktor  yang ada art sket kot. hu hu...


Ok la..sampai sini saja.. bye!

WATSONS MEMBER CARD

Hi semua!


Tentu korang dah pernah dengar pasal Watsons Membership Card kan.. dan mungkin ada diantara korang yang dah sign up pun.. so takpe.. ari ni saya nak cite sket pasal Watsons Membership Card (WMC) nie.. Actually, saya selalu beli barang di Guardian Pharmacy sebab senang Guardian ni ada on the way balik rumah dari tempat kerja.. so singgah la kejap.. Tapi aritu masa membeli di Watson Megamall dia offer saya.. "kak nak register WMC tak banyak benefit selain boleh collect point.. 12 ringgit je". Saya pun tanpa berfikir panjang dan cakap "hmm.. okla.."


Untuk register WMC card ni senang saja.. hanya perlu ke mana-mana Watsons dan cakap je nak register... registration fees adalah sebanyak RM12 sahaja.. kalau ada pembelian dia terus guna kad tu dan boleh collect point... tapi kena activate card tu dulu kalau nak redeem point kat website Watsons. Dia akan minta korang isi online form.. proses ni kejap je tak sampai pun 5 minit.. yang dia minta pun basic info jek.. pastu kena tukar password yang dia dh bagi pada kad tu..


So.. inilah dia WMC yang saya dapat.. yang kiri tu cam starter kit la ada macam-macam penerangan  yang kiri tu lah rupa WMC yang akan digunakan untuk collect point
dan yang menariknya ialah...
Voucher product... semua ada makeup, skincare and bodycare... best... best
dan yang paling penting adalah benefit WMC nie :




ok la.. itu jela nak citer.. bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments