Benefit Cosmetics memang dicipta untuk orang-orang yang kurang kemahiran bermakeup dan juga yang tak punya masa yang banyak untuk bermekap (ataupun malas laaa... hu hu hu). Selalunya Benefit Cosmetics ni one step application la.. Disebabkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan (menunggu hari untuk deliver baby).. tak boleh la pergi ke kl untuk bershopping-shopping maka kita online shopping je la kan...
Memang teringin sangat ingin mencuba Confession of concealaholic.. set ni mengandungi segala keperluan concealing.. Product ni dah masuk dalam must try product di sidebar blog i ni...
Ok.. ini adalah parcel yang telah diterima last week.. product ni i beli di blog ayl yang baik hati di www.cucimatashop.com . Product benefit yang ada di blog nya dibeli dari offcial website benefit sebab harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kaunter. Kalau tak silap harga di kaunter RM145.. tapi i beli dengan RM115 sahaja..
Kit ni kecil sahaja.. lebih kurang besar tapak tangan dan mengandungi satu manual cara-cara menggunakan kit ni.. 2 brushes, mirror and plastic protector.. notes pada plastic to : " restore this clear cover to keep your kit fresh".
Kit ni mengandungi product concealing benefit yang famous and top seller.. seperti :-
That Gal : Brightening face primer.
Erase Paste : Brightening camouflage for eyes and face.
Boi-ing 01 & 02 : Industrial strength concealer.
Lemon Aid : Color correcting eyelid primer.
Eye Bright : Instant eye brightener.
Bersama-sama pembelian ini saya juga dapat sample bagi eye primer... Stay Don't Stray.
No comments:
Post a Comment