16 January 2014

Tending : Ambil Gambar Kaki/Kasut



Salam Jumaat!

Sekarang ni kerap tengok orang upload gambar kasut / kaki ke dalam facebook or instagram or mana2 media sosial lah. Bagi aku ianya memang rare dan creative sebenarnya.... yelah kebanyakannya ambil gambar posing-posing bagai kan...

Tapi... sebenarnya kalau kaki tu boleh bercakap, dia akan cakap;

"Sebenarnya saya aurat dia"

Upload gambar kaki di fb sama seperti upload gambar tidak bertudung! Di akhirat kelak sesuatu yang paling dekat dengan kita hatta kulit sekalipun akan menjadi saksi. Kita fikir diri kita ini milik siapa? Semuanya milik ALLAH... pinjaman semata..

Ambil gambar kasut tu tak salah pun... cuma aurat itu yg menjadi hal...

AMARAN. Entry ini adalah untuk peringatan diri sendiri agar terus istiqamah dan membaiki diri. Tiada kena mengena dengan yang masih mati dan telah hidup..haha.

P/S : Lain kali nak amik gambar kasut or kaki.. pakai stokin dulu yer.. hehe

15 January 2014

Tawaran Master : Bertita Gembira atau Duka?

Salam,

Hi Semua! Baru baru ni saya terima SMS blast dari IPSIS UiTM yang berbunyi begini ;

"RM0.00 UITM: Congratulation!
your application for March 2014
Intake is successful. Please print
letter of offer via www.ipsis.uitm.edu.my.TQ"

Pas dapat SMS ni terkedu gak.. tak tahu nak happy ke nak aper.. sebab cam tak bersedia jek.. tahun depan my elderst son dah nak ambil UPSR... Mesti kena tumpukan lebih perhatian pada dia.. yela penentuan sekolah mana kan tahun depan. Hmm tapi ingat malas nak antar dia duk asrama.. sian plak, rasa cam kecik lagi... tapi my hubby kata biar dia berdikari...

Ok back to the story. So masuk lah website IPSIS  dan download offer letter. So dapat masuk Mater in Bussiness Administration - 4 semester (maknanya 2 years la) - UITM Bukit Sekilau (Hmm lega sket dengar). Mula mendaftar pada 22/2.. Banyak juga yang kena buat wat medical check up, copy ni, pengesahan ni dan jangan lupa bayar bill yuran pengajian sebelum mendaftar. Tapi nak tekan untuk generate bill takde data plak... takpe lah tunggu Isnin...



So Isnin (13/1) pun tiba... dengan excited nya aku generate bill.. skali mulut terlopong tengok bill RM4,360... sampai sekarang tak boleh tutup.. haha... cam tak puas hati siap telepon kawan2 yang ambil Master kat UiTM.. memang gitu ke yuran nya. Rata2 jawab seribu lebih je.. hmm tak puas hati lagi talipon tanya UiTM tanya yuran tu untuk 2 semester ke? Jawapan nya adalah 'TIDAK'.. hmm frust giler dengar.. Rupa-rupanya kat cawangan yuran Master memang gitu... Maybe kena bayar kos minyak lecturer berulang dari Shah Alam kot...Mana aku nak cekau duit bayar yuran ni...nak masuk rumah baru lagi (eceh) nak wat modal bussiness lagi.. hmmm

So last sekali decide nak ambil loan.... takkan nak ambil loan bank rakyat kot.. melingkup aku  nanti... Pastu dengar cerita Yayasan Pahang akan keluarkan tawaran pinjaman pendidikan untuk program Master. 9/2 nanti baru boleh mohon... Harap2 berjaya la dapatkan loan la ye... sib baik loan ngan Yayasan Pahang masa diploma aritu dah abis bayar... kalau tak mesti susah nak mohon.. Wish me luck ok!




07 January 2014

Kalau Aku Kaya....(apa aku merepek ni!)

Kalau aku kaya
Hari-hari Raya
Bil2 jiran tertangga
Abis semua aku belanja

Salam...

Mengenangkan Mak Cik yang telah memenangi RM1juta dari simpanannya melalui Sijil Simpanan Premium BSN lalu aku pun buat entry ini... Bila di interview mak cik tu dia cakap perasaannya bercampur gembira dan takut tentang keselamatan diri. Tak pe mak cik ramai orang yang kaya di luar sana.. diaorg rilek aje.. pas ni ramai la yang mengaku sedara...

Mak Cik ni sangatlah displin sebab bli sijil simpanan premium tu sebanyak RM300-RM400 sebulan selama 23 tahun. Lama tu! Dia dh berputus asa dan hampir menjual sijilnya.. tapi ditegah oleh anak2... tula yang dinamakan rezeki...

Tapi kalau aku yang dapat duit tu! HAHA (gelak jahat)

PERTAMA



Perkara pertama yang akan aku buat adalah pergi menunaikan Haji. Nak bawak mama, papa... kalau boleh nak hajikan semua anak2. Itupun kalau di izinkan ALLAH.. Hanya dia sajalah yang menjemput tetamu yang terpilih berkunjung ke rumahNya yang agung.

KEDUA

Akan ku upah interior designer yang tersohor kat Malaysia ni untuk wat id rumah baru aku nanti. Ala modern kontemporari... urban style (urban la sangat pekan tu.. haha). Dapur pulak wat terus yang sesuai untuk bussiness homemade bakery aku ni. Tersangatlah kagum kerja Rizalman transform rumah contestant yang menang contest yang celcom wat aritu.. cam terlopong (jgn besar sgt nanti lalat masuk)

ni style yang aku suke......wah bestnya
contest tu dianjurkan oleh celcom transform decoration rumah bernilai RM50k....nama  apa ntah Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue....

Before

After
 Yang ni plak pemenang di Beserah Kuantan Pahang.

before

after



Mak Jemah tutup mulut tu. Jangan nak melopong sangat ek...

KETIGA

Berhenti kerja dan buka cafe idaman aku... yang decoration nya juga meletop! sesuai untuk kawan2 melepak kan... Apapun menunya haruslah meleleh... cake tu wajib.. huhu hmm cam ala2 wondermilk kat Bangsar tu... (ewah... best berangan.. mengong tul!).. ada sandwich.. ada western...



KEEMPAT

Beli MPV yang best dan boleh masuk dan angkut semua family (biar betul. baik bli bas jek)... Ala2 cam Velfire ke.. Estima Ke.. hehe



AMARAN : Ini adalah angan Mat Jenin sahaja... Sekiranya anda rasa cam nak muntah membacanya... sila kawal diri anda...

So kesimpulannya... ada lagi ke baki duit aku tu.. cam negatif aje :P

05 January 2014

Lelaki ini

Salam,

Aku pun dah tak tahu nak wat tajuk ape entry kali ni. Tapi nak story morey pasal Little Wafeey pergi saloon. Haha... Little Waffeey ni memang berambut panjang. Simpan dari baby. Pernah sekali botakkan kepala dia. Rasa dalam umur 5 months gitu. Potong sebab nak buang rambut dalam perut. Orang tua cakap tak elok simpan rambut baby yang tumbuh dalam perut. So kitaorang botakkan kepala dia. Hasilnya.. tumbuh sekata dan cantik.... tengok lembut kan. Guna jari pun boleh!



Gambar atas masa baby potong abis... botak... muka kelakor

Lepas pada botakkan rambut ni.. tak pernah2 gunting sampailah umur nak masuk 3 tahun.. Panjang rambut little Waffeey ni. Melepasi bahu uols.. pernah trim sket je sebab tak nak bagi rambut masuk mata.






Al-kisahnya tedetik hati nak potong rambut dia ni.. little Wafeey ni aktif orangnya dan kuat berpeluh.. bila dah berpeluh tu memang basah rambut... lencun abis... pastu baunya... korang paham2 jela kan.. asham! Lagipun waffeey ni tak nak rambut dia diikat dan juga yang paling parah sekali tak nak rambut dia di shampoo!!

IDEA
Kitaorang takde idea nak potong rambut dia camne.. saya cakap kat Mr Hubby potong biasa jela.. trim je rambut asal dia. sayang sebab dah panjang benor rambutnya. lama simpan. Sekali Mr Hubby cakap potong dia style nipis sebelah je.. hmm tecengang aku dengor... haha...

gambar credit to google
hmm.. selepas berhempas pulas meraung dan mengamuk ke kiri dan ke kanan.. so nilah hasilnya...




Tapi yang kelakornya.. lepas hairstylist tu gunting rambut abang berdua tu tanya saya camni

"akak.. anak u yang perempuan tu mau potong cam mana?"

Hahaha..... tula.. Little Waffeey dah tak cam gugurl dah ye...
Bye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments