31 December 2013

Berlabuhnya Tirai 2013

Pejam celik. Pejam celik.... tepat jam 12 malam maka berlabuhlah sudah tirai 2013... Masa begitu cepat meninggalkan kita tanpa kita sedari. Dalam masa yang sama anak2 pun dah semakin membesar... kita juga sudah semakin tua..cepat sungguh! 

Begitu banyak kenangan pahit dan manis yang telah diciptakan sepanjang tahun 2013 ni. Jom kita roll play sket apa yang berlaku dalam 2013 secara brief (sbb malas nak tulis blog so wat summary jela)


Mengerjakan Umrah

Sebenarnya dah lama plan nak pergi umrah. Sejak 2012 lagi. Kebetulan keluarga sebelah mertua pergi tahun ni so saya dan husband pergi sekali la.. Tak dapat nak digambarkan bila melihat Kaabah buat kali pertama. Rasa bercampur baur. Gembira - sebagai umat Islam memang bercita-cita sangat nak mengunjungi rumah Allah yang ulung ni, takut - sebab mengenang dosa-dosa yang silam yang telah dilakukan, sedih - Mengenangkan ahli keluarga mama and papa belum menjejakkan kaki di sini dan macam lagi perasaan yang menghantui.






Kami tiba di Lapangan Terbang Madinah setelah 8 jam berada dalam pesawat. Cuaca sangat kering. Sampai dalam pukul 8 malam. So tak sempat nak berjemaah di Masjid Nabawi. Kali pertama sembahnyang di Masjid Nabawi waktu Subuh Keesokan harinya. Bangun pukul 2 sebab nak berebut toilet yang dikongsi 6 orang sebilik (tapi semuanya ahli keluarga). Bergerak ke Masjid mesti 1 jam sebelum masuk waktu bagi mengelakkan kesesakkan dan kalau boleh sembahyang di saf yang hadapan. Kalau lambat sembahyang kat luar panas dahi tu time sujud.


Setelah 3 hari di Madinah, kami pun bertolak ke Mekah. Time ni dh siap pakai ihram, mandi sunat ihram dan miqat di Masjid Bir Ali. Berdebar sbb first time buat umrah. Cam banyak benda tak tahu. Maklumlah saya ni jahil...


Banyak jugak tempat menarik yang telah dilawati contohnya Pasar Kurma, Ladang Kurma, Jabal Uhud (peperangan yang mengakibatkan Saidina Hamzah telah dipanah), Jabal Rahmah (Tempat pertemuan Adam dan Hawa dan juga tempat berkumpulnya jemaah haji - padang arafah).


Setelah 12 hari berada di Saudi Arabia (1 hari perjalanan pergi, 1 hari perjalanan balik) balik pula menaiki Saudi Airlines melalui Lapangan Terbang Jeddah. Jeddah ni satu tempat yang menarik sebab persisiran pantai. Kat sini dapat tengok rumah pak Arab yang kaya2.. dasyat rumah diaorg.


Dah balik ke Malaysia hati melonjak2 nak pergi lagi ke tanah suci... Kena cepat wat Haji. Nanti dh tua tak larat pula. Harap dapat dijemput olehNya lagi kesana.


Bergraduat dan Konvokesyen


Akhirnya abis gak belajar. Penantian memang satu penyeksaan. Selama 'banyak' tahun berulang dari Kuantan dan Shah Alam memang satu perkara yang scary... sangat... Banyak masa dan duit habis melayang-layang. Tapi tak mengapa.. Menuntut ilmu tu memang berbaloi sebenarnya. Walaupun result ku biasa2 saje.. tapi agak berbangga la jugak dapat gembirakan ibubapa. Tak lupa jugak Mr Hubby yang sentiasa beri sokongan dan galakan. Tak jemu2 dia mengantor ke Shah Alam.





Harap dapat menjadi inspirasi kepada anak2.


Panggilan Temuduga MBA


Sebenarnya dah lama saya mohon program Master. Sebelum berkonvo lagi.Tapi tiada jawapan. Saya budget memang tak dapat la. Mohon awal tahun aritu. Tup tup ada panggilan dari UiTM Bukit Sekilau bulan Disember tau! Diaorg cakap ada bagi email surat panggilan temuduga. 


Time interview tu macam2 diaorg tanya. Soalannya takde la susah sangat.. tapi biasala tak prepare kan.. tambah pulak dengan English aku yang dah berabuk ni.


Antara soalannya :

Introduce your self...
Why UiTM?
Why MBA?
What do you know about MBA?
Why you are competent to do MBA?

Ntah benda2 aku merepek dalam tu. Dalam hati.. tak la berharap sangat. Takut tengok yuran yang banyak sangat kosong tu. Tapi jauh disudut hati cam semua orang ada Master. Teringin gak aku. Harap dapat good news awal tahun nanti. Diaorg kata intake March....


Model 'Pak Sanggup'


Tahun ni jugak berpeluang jugak jadi model 'pak sanggup'. Maksudnya dh takde sangat la orang nak jadi model kat UMP ni. Akhirnya mak orang ni jugaklah yang kena... haha. Cam taubat dah tak nak jadi model. Nama je model muslimah tapi sebenarnya... ketat wei baju tu!






Masa ni Persatuan Matahari buat majlis Hi Tea kat Zenith Hotel Kuantan. Dapat meragakan pakaian daripada Laily Megat. Memang cantik baju2 dia dan affordable jugak. Boleh la korang visit dia punya facebook page...


Beli RUMAH

Akhirnya! Mr Hubby mengambil keputusan beli rumah. Punya la lama nak beli rumah. 11 tahun kawen macam2 duk rumah sewa dan rumah mak. Yelah.. kami berkahwin pada usia yang muda... memang lambat nak stable kalau nak banding orang yang kawin usia 30 tahun. Semua dah ada... rumah, kereta...







Tapi maybe betul orang kata life begins at 40. Excited nya lain macam.. Pas ni blog ni update pasal rumah saya jela ye... korang layan jela.. Sangat berharap loan lepas.... betul2 berharap.... Itupun untuk keselesaan anak2 yang dah makin membesar... selesa sket ye. Ni pun kena tunggu jugak result next year.


Bussiness kek makin kencang

Alhamdullilah... business kek makin kencang dan dah ramai regular customer dan yang paling best diberi kepercayaan untuk buat wedding cake... Kalau wat kek ni hilang semua stress dan semua idea dapat dicurahkan pada kek huhu... Kalau rajin koran visit la facebook page fan Royal Town Cupcake ye...(malas nak wat link).



Penutup


Pahit manis yang berlaku pada tahun ni semoga dapat menjadi pengajaran dan pedoman pada masa akan datang. Semoga tahun depan mentari menyinar dan bahagia la hendaknya...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments