30 June 2012

Brow Treadhing

Hi semua!
Ramai yang tahu betapa pentingnya bentuk kening bagi raut wajah seseorang. Ada diantara wanita diluar sana suka membentuk sendiri kening dan Ada pula yang suka mengupah seseorang yang lebih pro. Tak kira apapun pilihan korang bentuk kening memang penting. Kesilapan melakukannya boleh menyebabkan raut wajah anda bertukar menjadi seorang yang garang atau pun sedih.

Pembentuk kening professional seperti browbar di benifit, empro mahupun di saloon-saloon berdekatan biasanya tahu atau arif bentuk kening yang sesuai untuk bentuk muka anda...

Pelbagai teknik boleh dilakukan untuk membentuk kening.. Cara yang paling popular ialah dengan mencabutnya. Selain daripada dapat mengelakkan bulu kening daripada tumbuh lebih cepat, ia juga merupakan teknik yang mudah dan cepat. Namun keburukan cara ini ialah ianya lebih sakit daripada mencukur. Cara lain untuk membentuk kening yang saya tahu iaitu dengan teknik brow embroidery. Ianya temporary tatoo dan nampak natural dan tak perlu memakai brow liner.

Posting kali ini saya nak berkongsi pasal membentuk kening dengan menggunakan benang ataupun lebih dikenali sebagai threading. Teknik ini berasal dari orang india. Seperti yang kita tau setiap masyarakat ada petua dan amalan kecantikan yang telah diperturunkan dari nenek moyang mereka. Antara kebaikan threading ini adalah, bentuk kening yang dihasilkan lebih cantik dan natural, bulu kening tumbuh lebih lambat dan bagi saya ianya tidaklah menyakitkan. Ianya bergantung juga pada daya ketahanan seseorang.

Secara asasnya threading ini menggunakan benang khas dan bukannya benang menjahit yang biasa. Threader akan membuat benang menjadi bentuk gunting denagn memegang benang menggunakan kedua-dua belah tangan melalui mulutnya. Bunyinya agak keliru tetapi reader semua boleh merujuk kepada gambar di bawah.



Proses threading ni hanya memakan masa lebih kurang 10 minit. Teknik threading juga bukan hanya digunakan untuk membuang bulu kening tapi boleh juga digunakan untuk membuang bulu muka yang lain seperti di bawah hidung, pipi dan dahi. Bagi saya menbuang bulu di bahagian muka yang lain selain kening adalah menyakitkan. Tapi sapuan makeup akan lebih senang dan muka Akan kelihatan lebih bersih.

Pada sesiapa yang nak tahu di mana kebiasanya saya buat threading ni boleh la email saya di rusfazairafadzil@gmail.com or comment saje pada entry ini.., bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments