28 May 2012

BIRTHDAY MAMA KE-61

Pada 27 Mei yang lalu.. kitaorang telah celebrate birthday mama yang ke-61... celebration ni telah diadakan di The New Horizon Garden Restaurant, Jalan Tun Ismail Kuantan.. Semua adik beradik berkumpul bagi meraikan birthday mama.

Mami.. adalah panggilan cucu2..ok!


New Horizon ni memang best makanannya... memang sehingga menjilat jari... Restoran ni memang famous menjelang Ramadhan.. Memang fully booked. Kena wat reservation one week before... Mana tak selalu penuh, selain makanan nya best.... harga berpatutan plak tu sehingga dapat award Kedai harga patut...


Anyway birthday celebration ni memang best dan yang penting semua orang happy dan kenyang.. Alhamdullillah..



HAPPY BIRTHDAY MAMA! KITAORANG SAYANG MAMA!

23 May 2012

CARI HARTA KARUN KETAM

Apa yang di cari sebenarnya? Harta karun ke ketam..huhu.. Hari ni nak share makanan yang famous di Kemaman Terengganu.. Ha.. camne boleh sampai kat situ? Tujuan utama pergi ke kemaman adalah untuk mencari harta.. harta siapa? itu yang kita tak tau sebab sampai sudah tak jumpa harta tu.. yang jumpa hanya ketam..huhu.. Oh! confius btul... 

Wajah2 sebelum memulakan pertandingan..


Actually.. hari Sabtu 19 Mei yang lalu opis kitaorang ada wat Treasure Hunt. Event ni memang event wajib every year. Start Treasure Hunt kat Depan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan dan berakhir di Awana Kijal, Terengganu. Jarak perjalanan dalam lebih kurang 90km la.. Soalan Teasure Hunt ni bole tahan gak la menguji minda... sehingga penat la hari keesokan harinya sebab memerah otak...

Hasilnya setelah bertungkus lumus


Antara soalan yang ditanya adalah sekitar perjalan..kira soalan kilometer la... ada gak uji minda (ni soalan teka teki).. contohnya; Sepak satu tahi.. ahhh.. hilang dahaga.. tau tak jawapan nya ape??? jawapan nya.. air kick-a-poo... hahah... cam sakit ati ke jawapan nya....

Tapi yang penting group kitaorang dapat no 2.. kategori UMP la... beza 2 saat je  (wahh dramatic tul) dari yang dapat no 1. Markah sama..

Aktiviti selepas tresure hunt adalah crab hunt (huhu).. Sudah lama ku impikan makan stuffed crab ni... lagipun benda ni memang famous kat Kemaman.. Kebanyakan kedai memang ada jual benda ni... Camna rupa Stuffed Crab ni... jom layan...





Menurut kisah dongeng.. ketam ini dikeluarkan isinya terlebih dahulu dan di goreng (alamak goreng ke? abis diet aku).. dan isi nya disumbat balik ke dalam ketam dan disalut tepung dan digoreng semula... cam complicated je bunyinya kan...


rupa isi dalam stuffed crab

Akhirnya..... inilah pengakhiran seekor ketam

Owh.. lupa nak cite.. harga ketam ni RM8 sekor dan nama kedai ni Restoren Malaysia. Kedai ni dekat ngan taman di tengah bandar Kemaman.

Rupa depan restoren ni..

Okla..bye!

22 May 2012

BERGAMBAR DENGAN TUN MAHATHIR

Hi Semua!

Dapat gak saya merasa bergambar dengan orang yang disegani iaitu Tun Mahathir dan Tun Siti Asmah.. Bukan senang ko nak bergambar dengan orang besar dan banyak berjasa ni.. ia lah kita ni orang biasa-biasa aje...

Peluang ni dapat masa Tun datang ke UMP kerana menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Automotif bagi mengenang jasa Tun dalam bidang automotif. Acara gilang gemilang ini diadakan pada 17 Mei 2012 di Kompleks Sukan UMP. Untung jugak saya jadi AJK Jamuan masa majlis ni.

Saya berdiri paling kanan

Tapi tak sangka.. Tun ni kecik aje orangnya dan Tun Siti Asmah pulak cantik orangnya walaupun dah agak berumur.. Rasa berbunga2 dapat jumpa mereka...lalalala....






Nak gak gambar dia..
Nanti nak share gambra dengan Dato' Najib (PM) plak.. itupun masa konvo gak..konvo skolah tadika... huhuhu

Bye!

KESIAN ANAKKU...

Kesian anakku Wafeey... setiap kali bawak dia pergi jalan mesti ada dialog yang sebegini..

"comelnya anak perempuan akak"

"Akhirnya ko dapat gak ye anak pompuan"

"cepat bye2 kat kakak" (beritahu anak dia)

Ada gak komen dari rakan2 di FB cam bawah ni..



huhu... inilah akibatnya bila teringin sangat nak anak perempun.... Dari anak no.1 doa nak anak perempuan. setakat ni belum dimakbulkan... (tapi rasanya cukup 3 aje kot)..malas dah rasanya nak mengandung lagi...

Anyway.. bagi pengkomen2 tu.. saya tak marah pun... suke je..tapi anak gugurl memang comel kan? dan terima kasih gak kepada yang cakap wafeey ni comel! Memang Wafeey ni ada iras saya.. nanti nak post gambar saya masa baby untuk compare... sama ke?

16 May 2012

My New Obsession : Fareeda, Nyata Jelita...

Hi Semua!

Kegilaan ku datang lagi... bak kata ikmal.. dia dah buat dah... Sekarang obsesi terbaharu ku adalah mengumpul koleksi tudung Fareeda... Sangat Gorgeous colornya.. dan qualitynya memang puas hati dan berpadanan dengan harganya. 
Basically, harga bagi sehelai tudung antara RM160 ke RM180...

Butiknya memang limited la. Kat kuantan ni cuma ada 2 pengedar sahaja. Satu di Terminal Makmur dan satu lagi kat Arked MARA kat Jalan Gambut. Yang bestnye kat main HQ kat Bandar Baru Bangi... Tapi saya selalu pergi kat Shah Alam sebab dekat ngan UiTM Shah Alam. Butik tu kat area Jakel and Gulatis...

Selain dari beli di butik dan pengedar sah Fareeda, saya selalu jugak membeli belah tudung Fareeda kat facebook.. Bulan ni dah RM1,000++ dah menambah koleksi tudung ni..huhu.. ops! pecah rahsia...

Ok.. nak share koleksi saya yang tak sebeberapa pun... layan...

Sofiya purple


Rozanna Pink


Rozanna Blue


Rania Brown


Rania lite green


Sebenarnya ada lagi dua tudung yang tak sempat nak pakai.. tu pun gorgeous gak.. satu combination red and black... and satu lagi combination dark brown and lite brown (warna macam teh susu)....

Kalau nak tahu pengedar fareeda di Facebook yang best boleh coment or message saya ye.. 
bye...

09 May 2012

New Year Giveaway Result

Hi semua,

Sempena ketiadaan bos di office hari ni saya ingin mengambil kesempatan untuk update blog ni yang dah lama kesepian... Korang masih ingat lagi New Year Giveaway yang telah dianjurkan tapi sepi tanpa berita?? saya nak mintak maaf banyak2 sebab tak kesempatan nak publish keputusan. 

So berikut adalah senarai yang telah sudi like facebook iera-my beautiful life...

1.Farah Atikah
2.Sue Muse
3. Dana Jiwakami
4. Shikin Saaid
5. Donz 'n' Dzan
6. Sis Azie
7. Tasya Zainal
8. Nur Zeela Yusof
9. Diana Yusop
10. Sarah Love
11. Zila Zaki
12. Hatini Mustafa
13. Hatiza Ahmad
14. Nur Akma Azman
15. Muslihah Muhamad
16. Kiki Azizi
17. DeeNaa Syaqilah
18. Azlina Ahmad
19. Mazita Mansor
20. Nora Eypu
21. Sue Qaseh Azhar
22. Rahimah Imah
23. Gee Yu
24. Kamilah Yusof
25. Fazreen Efzan
26. Watie Yusof
27. Nurshamimah Samsuddin
28. Liza Ozil
29. Siti Shahidah
30. Latifah Nazri
31. Norlidawati Mohd Noor
32. Nor Azura Othman
33. Ly N Shafa
34. Kaseh Embun
35. Rohayu Abu Talib
36. Nurazlin Jamaluddin
37. Azura Rahman
38. Hazieliani M Ghazali


dan result daripada random generator adalah.....

Jadi.. tahniah kepada no yang bertuah 22....iaitu 

22. Rahimah Imah

dan pemenang akan mendapat hadiah2 seperti dalam gambar di bawah.



Nanti saya contact ok.... da...muaahh


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments