31 December 2011

JANGAN PANIK!

Dunia rasa bahagia apabila pasangan menerima berita baik kerana si isteri telah berbadan dua. Apatah lagi perempuan, sudah pastinya melengkapkan dirinya sebagai seorang perempuan apabila bergelar ibu kelak. Penantian selama 9 bulan 10 hari dilalui dengan penuh debaran menunggu hari kelahiran. Perasaan bercampur baur... berdebar, takut dan teruja... Pastinya pelbagai soalan bermain di minda seperti..."anak aku dilahirkan sempuna ke?" ataupun " macam mana la agaknya rupa anak aku nanti?"  


Jangan panik bila baby anda lahir dengan muka yang pelik... bengkak..sembab...kulit menggelupas.. kecut dan mungkin cam planet of the apes.. hu hu.. Ini kerana proses kelahiran itu sendiri dan lagipun sicomel kan lama berendam dalam air...Jangan risau.. anak akan berubah mukanya...beransur-ansur semakin comel.. tunggu sajelah ye..


Kalau tak percaya tengok sajelah anak saya Wafeey ni.. semakin hari semakin comel.. geram saya... bukan saya saje yang geram.. abang-abang nya pun mengetap bibir bila melihat dia tersengih-sengih dengan gigi dua batangnya... Anak korang pun begitu kan... Oklah.. layanla gambar wafeey ni.. dan tengoklah perubahan mukanya dari hari ke hari....




























P/s : jangan lupa click button like iera-mybeautifullife di facebook ok.. muah!!

2011 FAVORITE

Love all these product and can't live without it.. hu hu








29 December 2011

SMART CASUAL DENIM

Smart Casual Denim!.. ya... itulah dress code untuk Malam Apresiasi Jabatan Bendahari 2011 yang telah dilangsungkan pada 23/12 yang lalu... Apa tu apresiasi.. haha itulah perkataan melayu yang telah diinggeriskan yang membawa maksud Apreciation Nite.. senang cerita penyampaian anugerah la..

Before this, dress code bagi dinner di office hanyalah betemakan warna saje. Antara warna yang dh di'temakan' adalah oren, hijau, black n white.. So tahun ni kita wat lain dari yang lain memandangkan committee pun dah bertukar kan... Actually, i'm part of this new committee...

Bila difikirkan..huhh! susah rupanya tema 'smart casual denim' ni.. yang pastinya ianya tak boleh dress.. tapi ada gak la yang sesat pakai dress pada malam tu.. hmm.. itu yang tak berapa nak paham tu.. Memang pecah la kepala nak pikirkan pakaian yang nak dikenakan pada malam tu.. Padan muka aku.. sebab diri sendiri yang mencadangkan smart casual denim tuh! kan dah makan diri..

Jika ditafsirkan word by word.. smart tu melambangkan kekemasan.. what i have in my mind... something with jacket or blazer cam formal.. tapi tak bole formal sangat sebab dia casual.. arggghhh.. pening ar..

casual plak mengikut tafsiran diri sendiri memberi maksud santai.. leisure... cam nak gi jalan2...

denim plak... mestilah jeans dan ianya pasti bewarna biru! dah nama denim takkan coklat or hitam plak! Yang tak tahu tu bole dikategorikan memang tak berapa nak paham la bab2 fesyen ni.. Main hemtam je..

Setelah ditafsirkan ketiga2 perkataan tu memang hancur kalau salah gabungkannya.. boleh jadi fashion disaster!

Apabila di study beberapa magazine dan blog  fashion... saya mendapat ilham benda2 yang macam ni.... layan ok


Nampak menarik.. jadi tak jadi tu belakang kira.. so.. kat sini nak share hasil jelmaan daripada idea di atas... tadaaa...








me and my friend fara...


dan yang paling penting anugerah yang saya terima pada malam itu.... tadaaa....

Hmm... bergaya ke? ahaks!

HAJAT 2012!

Wahhhh hajat ke? Memandangkan tahun 2011 akan melabuhkan tirai dalam 2-3 hari saje lagi jadi...nak beritahu seantero dunia (fuhh!) apa yang saya inginkan dalam 2012. Seingat saya memang takde azam 2011 kot... sebab masa tu tengah sibuk prepare nak bersalin.. So layan jela ye...


Pertama
Menamatkan pengajian yang tak tamat2.. Ni dah naik bosan... Dah tinggal satu paper.. Wat marketing research.. So far.. walaupun tinggal satu paper saje lagi.. yang ni lah buat saya pecah kepala!


 Kedua
Saya memang berhajat mengurangkan lagi 10kg pada tahun 2012 (sebab teringin sangat nak pakai skinny jeans.. hu hu.. melampau ke permintaan saya ni?). Memang tahun 2011 mencatatkan penurunan terbanyak (hmm berapa ye.. sebab 2011 tak abis lagi.. hu hu) lebih kurang 28 kg. Ye.. ianya memerlukan keazaman yang tinggi... kalau nak tahu tips nya boleh like Kelab Diet di Facebook ye...


Ketiga



Menjelaskan hutang piutang terutamanya kad credit dan hutang Yayasan Pahang masa belajar diploma dulu (lama dh tu).. Kedua2 nya penting dan perlu diberi keutamaan.. Yang lain2 tu cam biasa je... Kalau berjaya setel ni mungkin boleh hidup dengan lebih tenang dan boleh menabung banyak sket ataupun menambah pelaburan sedia ada..

Keempat


Memang nak tukar telefon baru! bukan kerana hphone lama dah rosak ataupun tak best.. tapi kerana godaan kedua2 duanya amatlah kuat.. tak tertahan nak menanggung... Tapi ini bukan la priority tau!

Kelima

Tahun 2012 ni rasanya nak update blog dengan lebih kerap.. hmm dengan kekerapan seminggu sekali... hmm ye ke??

Keenam


Ye... inilah idaman ku... camera DSLR.. rasa yang ni sesuai untuk beginners (yg tak tahu guna) kot... Tapi ini bukanlah penting sangat pun.. cuma jelous dengan blogger2 lain yang upload gambar yg sgt cantik.. hmm.. yang pastinya camera DSLR ni memang terletak dalam list yang paling bawah...

16 December 2011

KELAS MAKEUP DI OFFICE

Hi Semua!


Waktu rehat pada hari Jumaat adalah waktu yang sering ditunggu2 espesially orang pompuan, sebab masa tula rehat paling lama.. dan macam2 aktiviti bole dilakukan macam wat assignment, berfacebook, pi shopping mall, urusan bank dan macam2 lagi... tapi kali ni adalah Jumaat yang paling best sebab my friend.. Fara adakan kelas basic makeup untuk staff yang berminat nak join.. Memang best walaupun dh banyak kali pegi kelas makeup basic ni.. Everytime pegi mesti dapat knowledge baru tentang makeup.. Pas ni nak blajar makeup orang plak....


Jom layan gambar dalam kelas makeup ni okeh!










Setelah mendengar penerangan dan praktikal dari Cik Fara kita ni.. mari kita lihat hasilnya....
Kamilah


Mai


Suri




Me




Dan seperti biasa... gambar pemilik blog ni lebih banyak.. hu hu








Gile ko pegi kerja pakai bulu mata palsu hari2.. tak nampak screen computer.. hu hu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments