25 November 2011

ESTEE LAUDER MAKEOVER AGAIN! 2011

Holiday Estee Lauder sale come again...ini semua kerana Christmas akan datang pada 25/12 nanti.. so seperti biasa Estee Lauder akan buat road show untuk Holiday Sale and make over. Saya juga mestilah tidak ketinggalan dan tidak melepaskan peluang seperti tahun-tahun yang lepas...


So far... this year adalah tahun ketiga saya wat makeover ni.. Kepada sesiapa yang folow blog ni pasti dah tau kan.. Kepada peminat2 Estee Lauder jangan lepaskan peluang tau! you should grab this opportunity. Masa ni nak jimat banyak kalau nak bli barangan EL ni. Block Buster set worth RM1,920 boleh dimiliki dengan RM240 sahaja dengan pembelian RM250... hu hu bestnya...


So this time nak share gambar photoshot bersempena makeover EL nih kepada semua.. dan tak lupa jugak barang yang telah di redeem dengan voucher RM 250... oh! lupa nak story... nak wat makeover ni mesti bli voucher RM280 dan boleh redeem barangan EL dengan RM250... another RM30 adalah untuk photoshoot dan print gambar..... Makeover and photoshoot ni akan berlangsung sehingga 28/11 di East Coast Mall Kuantan.. berhadapan kaunter EL parkson.


ok layannnn....















12 November 2011

ITS MY BIRTHDAY

Hi Semua!


19 Oktober adalah hari yang amat ditunggu.. ada dua benda yang besar berlaku pada tarikh keramat ini.. Yang pertama of course la my birthday and second.. adalah my anniversary. This year saya celebrate annyversarry yang ke 9.. rupanya dah 9 tahun hidup bersama my hubby yang tercinta... 


Pagi 19 Oktober berlaku dan berjalan seperti biasa.. takde yang istimewa. bangun pagi, mandikan Wafeey dan bersiap pergi kerja (boring!!). Sampai kat office seperti biasa check mailbox, memo kat e-comm dan message yang tertinggal... wa.. ada one unread msg la.. bukak2 msg dari hubby.. - "happy birthday and anniversary" mesage biasa... call balik and Mr Hubby cakap this year no gift sbb takde duit.. hmm ok..


Di office cam biasa je... bayak la orang wish birthday... thank u uols.. yang banyak birhday wish adalah kat facebook.. mmg banyak! Sedang kusyuk buat kerja ada call cakap ada orang nak jumpa kat lobby.. hu hu bile pergi.. tengok ada a basket of flower... wah.. cantiknya.. my favorite.. lilies and roses.. tgk kad mestilah from Mr Hubby.. ceh cakap takde duit...










Balik rumah agak awal.. boring la asyik balik lambat je... lepas mandi tengok handbag saya tergolek atas katil.. dalam ati... laa.. handbag aku tergolek la plak.. capai handbag nak cari something.. akibat daripada kerabunan (kluar bilik air mana pakai cermin mata kan) raba raba hbang.. apsal rasa cam lain ni.. tengok2 ni bukan hbag aku.... tengok hubby tersengih2.. hu hu katanya "its your birthday present"... saya pun apalagi... rasa cam nak melompat bila tengok labelnya.. coach.. wa bestnya.. kembang rasa hati.. Mr hubby memang pandai wat surprise! tapi kantoi dengan harganya sebab kena attach receipt dengan warranty card...














Thanx hubby kerana berikan hadiah yang amat diidamkan dan kehidupan yang bahagia ini.

MAJLIS IHTIFAL IKMAL





Hai semua readers!


Mesti ada yang tertanya-tanya.. apa itu ihtifal ye? Ihtifal ni macam majlis / merayakan sesuatu / berkumpul dalam satu majlis (lebih kurang begitula..) haaa sebenarnya saya pun baru tahu masa anak yang sulung saya menerima sijil semasa sekolah tadika pada tahun 2009.


Anak saya bersekolah di Tadika Islam Pekan... silibus sekolah ni sama saje dengan pra sekolah yang kat sekolah kebangsaan tu tapi yang specialnya penekanan soal agamanya lebih siket.. diselang selikan dengan hafazan ayat quran dan doa-doa. Persoalannya sekarang mengapa hantar anak sekolah agama sedangkan di luar sana orang berebut-rebut nak antar anak ke kindergarten english stream...


Jawapannya adalah.. hidup ni kena balance dunia dan akhirat. Bagi saya kalau cemerlang agamanya insyaallah yang lain2 akan cemerlang.. tak kira la English ke BM ke math sains ke atau ape pun subjek yang diajar di sekolah kebangsaan nanti. Bukan hanya persediaan untuk ke sekolah rendah tapi untuk persediaan hidup sebagai Islam.


Memang boleh dipuji pelajar-pelajar yang dah tamat dari Tadika ni.. semua bacaan dalam solat lancar, setakat doa harian ni jadi mainan diaorang je.. pendek kata sejuk perut ibu mengandung..


Suka di sini saya quote ucapan Dato' Mufti Negeri Pahang " anak-anak yang  mempunyai latar belakang / pendidikan agama yang kuat insyaallah akan terhindar dari penyakit sosial yang berlaku pada anak2 remaja sekarang. Kes-kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi hasil daripada hidup tidak berlandaskan agama.. insyaallah anak2 yang belajar di Tadika Islam ini akan berjaya di dunia dan di akhirat". 


Majlis Ihtifal bermula pada jam 9 pagi dan dirasmikan oleh Dato' Mufti Negeri Pahang, bacaan doa dan persembahan pelajar-pelajar. Sorry to say la ye.. diaorang memang takde persembahan menari-menari ni semuanya bacaan doa dan bacaan dalam solat...


Banyak juga la Ikmal ambil bahagian dalam persembahan... Nasyid (lagu Taubat dan Pergi Tak Kembali), Pantun, Bacaan Solat, Rukun Negara, Rukun Iman dan Islam dan Pertandingan Pakaian Menutup Aurat (walaupun tak pernah menang.. hu hu).














Best part kepada Majlis Ihtifal ni sebenarnya yang membuat diriku begitu bahagia dan happy sangat adalah anugerah yang ikmal menangi... Dia dapat anugerah ;
1. Anugerah Pelajar Tokoh 2011.
2. Anugerah Pelajar Pelajaran Cemerlang.










Dalam tentatif yang diedarkan saya terconfius seketika... kenapa Ikmal tak dapat Pelajar Berpuasa Penuh? hmmm confius... sedangkan dia memang seorang yang sangat taat berpuasa walaupun demam tau.... rupa-rupanya cikgu cakap masa first day berpuasa dia terlupa yang dia berpuasa.. dia join kawan-kawan lain makan.. hu hu... takpela terlupa dan wat camne...






Anyway.. terima kasih la kepada ibubapa lain yang congrats anak saya ye... antara comment diaorng pun sangat positive... "Ikmal memang layak jadi pelajar tokoh" dan "Ketokohan Ikmal memang terserlah".






Masa cikgu mintak tulis biodata ikmal tu memang dah agak dia akan dapat Anugerah Pelajar Tokoh tu tapi malas nak berharap sangat.. nanti hampa...


Lastly.. congratulation Ikmal... Semoga cemerlang sampai bile2 walaupun ada orang yang comment benda2 negative.. macam...."okla tu.. kecik je kot cemerlang.. bila besar nanti tak tau la..." hu hu.. tapi kenapa ye... takpe terima kasih ye... 


Terima kasih juga kepada yang lain2 yang banyak membantu....


Bye! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments