29 April 2011

ESTEE LAUDER MOTHER'S DAY GIFT SET





Hi semua!


Hari ni nk share Mother's day gift yg dibeli for my mama and for myself.. Hu hu... Bulan ni bukan hanya celebrate mother's day saje tau tapi birthday mama saya on 27th may ni.Set ni boleh dibeli dengan harga RM148 dengan pembelian RM150. Another set pulak berharga RM288. seperti biasa memang la kalau nak beli makeup (especially counter product) ni kna beli yg set camni baru untung and banyak color kalau dibandingkan dengan beli satu2.selalunya set begini worth lebih daripada RM800. Selain dari jimat membeli makeup kita juga Akan diberi macam2 gift macam bag, makeup pouch, miror and product sample.


Left : Mother's day pink set 1
Right : mother's day blue set 2
Set pink ni dapat bag, eye and blush pallete, 3 lipstick, miror, lip liner
set blue : eye and blush palete, 2 lipstick, mascara and lip gloss


Set blue : foundation(sample size), cream eye shadow (in mochachino)
and lip liner (merahnye kaler)




Actually, mother's day gift set ni saya kongsi beli dengan my sis untuk mama kitaorg. Untuk menghargai pengorbanan beliau selama ni.. Kita mesti appreciate mak ayah kita selagi diaorg masih ada.. Bila dah takde tak guna cakap.. Mama I memang the best! Saya ni memang anak yang degil masa teenager dulu.. Pening agaknya kepala orang tua tu. Tapi bila saya sendiri dah ada anak barulah sedar betapa susahnya mengandung 9 months, melahirkan dan membesarkan anak ni.. Tambahan pulak masa mama saya mengandungkan saya 4 bulan dia disahkan ada ketumbuhan pada ovari dan terpaksa dibedah dengan segera .. Cuba uols bayangkan perut yg sedang membesar nak dibedah Dan dijahit balik. Zaman dulu mana Ada gam2 cam Sekarang.. Jahit cam lipan tu.. Lepas baik nak kna tetas plak benang tu.. Aduh.. Sakitnye...


Ada orang kata muka anak perempuan yang seiras dengan ibunya adalah panas. Panas apa tu tak tahula plak saya. Ada orang kata tak sebulu dan degil giler.. Bab degil tu mmg saya akui.. Dari kecik sampai ketua.. Nak tau muka saya sama tak dengan mama saya.. Tengok la gambar dibawah ni.. Kalau saya tak makeup and pakai kain batik mebi org salah panggil kot.. Hu hu






Can't wait Estee Lauder block buster set on this december and make over... Kena kumpul duit nih. Tu lagi  la berbaloi-baloi..

28 April 2011

MEMBORONG MAGAZINE FOR MEI 2011

Left : Mag untuk ibu. Nona Dara.com and Nur
Right : Bahan bacaan untuk anak2
Owh memang penat aktiviti mengambil anak2 dari sekolah... dah kebetulan ke bandar terasa cam nak bli magazine plak.. baca magazine ni memang favorite selain dari berblogging dan blogwalking hu..hu... 


Sebenarnya saya tak ada plak favorite magazine yang wajib di beli setiap bulan ataupun subscribe... saya selalu tukar2 mengikut apa topik yang menarik and according to my interest for that month.. 


Contohnya bulan lepas magazine home deco sebab berangan nak decorate my dream house... hu..hu..  takpe berangan tu percuma tak perlu bayar pun...


Persoalannya ialah.. kenapa saya beli magazine ni untuk bulan Mei adalah kerana gaya bertudung dan cara2 memakai shawl...


Ok di bawah ni ada sedikit content mag yang menarik.. sorry gambar tak sempat nak scan hanya snap saje..


Cover Nona for May 2011
Cantik tul la anne ni walaupun bertudung
Menu untuk wanita yang berpantang
Sape2 yang akan bersalin nanti bolehlah dapatkan mag nona pada bulan ni.. ada banyak menu dan resepi makanan orang berpantang.






Step by step pemakaian shawl..
semua ada 100 gaya dan teknik
Nur cover
Tips beli online y mungkin kita belum tahu
dam beberapa paparan butik online yg famous


Sebenarnya entry ni dari hari Isnin lagi duduk kt draft.. internet problem kat rumah... baru ok..


Ok la.. bye

23 April 2011

BILA ISTERI MERAJUK..

Entry ini tiada kena mengena dengan yang idup ataupun yang mati.. Nama dan watak dalam entry ini jugak adalah rekaan semata-mata dari imaginasi penulis yang ntah apa2.. hu hu..


Apa akan jadi bila isteri merajuk ye? Mungkin ada yang tak nak cakap dengan husband, mungkin ada yang mogok tak nak wat kerja rumah, biarkan rumah bersepah, anak-anak dibiarkan main kotor dan tak payah mandi, kain baju tak basuh dan berlipat... dan mungkin juga ada yang baling pinggan mangkuk kat suami.. hmm ada ke yang cam gitu... ce tanya diri anda...berada dalam golongan yang camane.. Saya sendiri kalau sangat marah tak nak cakap apa2 buat seketika... beri masa untuk tenangkan diri agar dapat berfikiran secara rasional dan tidak emotional.


Tapi apa sebenarnya yang dimahukan oleh kaum isteri ni bila merajuk ye... Ok di bawah ni saya senaraikan apa yang si isteri mahu kalau merajuk dari pandangan kaca mata saya sendiri atau mungkin golongan isteri juga mahukannya :-


1. Pujuklah si isteri dengan kadar segera. Jangan dibiarkan pertelingkahan ataupun perselisihan faham berlarutan sehingga berhari-hari.. Percayalah hati isteri sememangnya mahu dipujuk.. trust me! Dan yang paling penting selesaikan kesemua salah faham, tersingung perasaan ataupun pertelingkahan sebelum masuk tidur.. kalau dibiarkan sehingga besok nanti beku...


2. Mintalah maaf sekiranya memang salah suami. Jangan malu dan rendahkan sedikit ego.. bukannya luak pun. Saya percaya isteri2 memang jenis memaafkan kerana kesemua kasih sayang hanya dicurahkan pada suami seorang..


3. Bagilah hadiah yang mampu dibeli.. its true money is not everything but everything is money.. Masa bercinta bukan main lagi.. merajuk sket kasi bunga la.. bila dah kawen... tak kesah pun kalau tak cakap berhari-hari. Isteri for sure rasa tak diperlukan lagi.. Tapi kasi hadiah ni sebenarnya tak boleh amal selalu...bahaya.. hu hu..


4. Hulurkanlah bantuan di rumah seperti mandikan anak, jaga anak kecik ketika isteri perlu buat sesuatu seperti nak buang air atau pun basuh botol susu.. memasak dan sebagainya.. jangan pikir isteri duk kat rumah goyang kaki dan relaks lepak tengok tv.. Pandanglah dengan mata hati..


5. Fikir dulu sebelum bercakap agar tidak melukakan hati isteri.. Wat pe kalau pujuk isteri tapi cakap perkara2 yang tak elok tentang isteri... Kalau cam gitu lebih baik diam! 


6. Berilah perhatian kepada isteri sementara dia masih ada.. percayalah kasih sayang tetap ada untuk suami tetapi kuantitinya boleh berubah.. sikit atau banyak.. Suami yang selalu bagi perhatian pada keluarga selalunya bahagia.. What u give.. u get it back.. What goes around comes around


Oklah cukuplah sampai di sini sahaja saya membebel.. ini cuma pandangan saya yang jahil.. tapi saya percaya isteri2 diluar sana juga mahukan perkara yang sama bila merajuk kan.. betul tak?

20 April 2011

THE BODY SHOP ; PEA WORKSYOP (Part 2)

Seperti yang telah dijanjikan dalam posting Part 1 ari tu untuk share apa yang telah saya redeem bila dapat voucher RM150, RM40 dan 20% diskaun kan. Actually banyak lagi gambar yang saya nak share kat sini.. sebab Part 1 ari tu dah banyak gambar.. nanti panjang sangat la plak entry tu.. boring lak korang nak baca.. hu hu hu


Ok sebelum tu nak tunjuk goodies bag yang telah saya terima.. tapi goodies bag tu diaorg kasi selepas worksyop berakhir tau bukannya sebelum.. tapi yang peliknya mana bag nya????


Ini pula adalah barang2 yang telah di redeem dengan menggunakan voucher RM150 tu.. sila klik untuk image yg lebih jelas


1 - Vitamin E Face Wipes (makeup remover)
2 - Vitamin C eye cream
3 - Vitami E Face Mist
4 - Big and Curvy Mascara

Limited Collection For Eyes Pallets


Untuk Voucher RM40 pulak saya tukarkan dengan ni..


Flawless Skin Protecting Foundation SPF25 in no. 2
Foundation ni memang good coverage la.. memang bagus.. nanti kalau ada masa saya wat review.. sekarang masa sangat terhad.


Ok.. Ni pulak barang yang saya redeem untuk 20% discount voucher tu. Tapi syarat dia mesti 2 barang.. saje je kan nak abiskan duit orang.. hu hu..


Left : Lipstick in 06
Right : Lips and cheeks stay
Lips and cheek stay ni adalah untuk lipstick or lip gloss eater.. ha ha ha maknanya lips and cheeks stay ni dicipta untuk orang yang lepas makan abis semua lipstick ilang.. Ia meresap ke dalam kulit dengan cepat dan natural... another good product from Body Shop.


Kebanyakan product2 yang telah di redeem ni merupakan barang2 yang telah digunakan semasa worksyop.. Senang sket nak wat practical..



THE BODY SHOP ; PEA WORKSYOP (part 1)

Sementara segala ilmu yang telah diturunkan hilang begitu saje baik cepat-cepat wat entry berkenaan PEA worksyop yang saya sertai pada Ahad yang lalu. Sebelum tu.. apa maksud PEA tu sebenarnya. PEA adalah singkataan dari Personal Enrichment. Worksyop ini diadakan di Vistana Hotel Kuantan dan telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang peserta.






Kebanyakan mereka memang ada basic knowledge pasal makeup ni la...


Antara benefit pergi worksyop ni ;
- Peserta diberi goodie bag.
- Peserta juga diberi certificate of attendance.
- Dapat cuba makeup dan skin or body care bodyshop secara percuma.. hu hu..
Hampir semua Body Shop makeup range diaorang angkut ke worksyop ni


- Dapat voucher RM150 yang perlu di redeem pada hari yang sama.


- Dapat 20% discount voucher with any purchase of RM200 and above (mesti ditebus before 19/4)
- Dapat another RM40 voucher....


Worksyop ni terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah pada sebelah pagi berkenaan stress management dan sesi kedua pada sebelah petang berkenaan teknik solekan. Sesi petang mestilah praktikal...


kesian.. ayik amik gambar sendiri jek


Vince (makeup artist) menunjukkan cara2 yang
 betul untuk remoe eye makeup


Antara knowledge yang bole dikongsi (sebenarnya ini saje yg ingat hu..hu);
- Ada tiga tempat (bahagian badan yang menunjukkan usia kita) ha kat ne ce teka.. ce teka... Bahagian ni perlu diberi penekanan yang lebih sebab kalu tak dijaga maka kita dianggap lebih tua dari usia sebenar. Bahagian tu ialah mata (it is window of our soul), bahagian leher dan akhir sekali ialah bahagian tangan.
- Stress adalah silent killer kalau tak atasinya.. dan boleh beri pelbagai negative effect antaranya, poor concentration, muscle tension, headache dan banyak lagi lah..
- Stress juga boleh diatasi dengan terapi semulajadi seperti herbalogy, Aromatheraphy, Ayurveda, Hydrotheraphy, Acupuncture, Massage theraphy, Reflexology and Yoga.
Sudah lupa la nama ini amoi... menunjukkan cara mengurut bahagian
 tengkuk dan belakang dengan betul


- Terapi ini memasuki dalam sistem badan kita melalui kulit dan sistem pernafasan.
- Vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh.. kalau kita makan dia akan kuar dalam sistem perkumuhan kita (hmm.. bab ni confius siket). Vitamin C untuk kulit perlu apply direct to skin kalu nak dapat hasilnya.
- Eye cream perlulah digosok pada kulit kerana eye cream tersebut tak boleh absorb kepada kulit begitu sahaja.
Cara apply eye cream dengan betul. Mesti urut ke atas.
Kesannya mata akan nampak menaik sket


- Ada 3 jenis lotion, puree, body butter and milk. Yang paling bagus adalah body butter tapi jenis milk untuk orang yang selalu tak ada masa sebab dia absorb ke kulit dengan cepat. Body Shop ada jenis milk, hanya perlu spray saja pada kulit.
- Waktu terbaik untuk gunakan lotion adalah sebaik sahaja selepas mandi.. selain dari tu... lotion hanya absorb beberapa peratus sahaja yang lain pergi kat baju, selimut dan meja office.. hu hu 
- Sapu lotion mesti dari bawah ke atas secara bulatan.


huish teruknya.. dalam toilet pun amik gambar


kesimpulannya ;
PEA worksyop ni memang best.. banyak knowledge yang baru  saya dapat. Staff bodyshop memang helpful menunjukkan teknik-teknik solekan. Trainer pulak memang baik-baik dan knowledgeable dan yang paling seronok ialah dapat try hampir semua makeup Body Shop. Walaupun worksyop ni diadakan pada hari Ahad tapi memang worth sebab dapat banyak give... So conclussion nyer.. two thumbs up hu.. hu.. kalau boleh nak pegi lagi.
Inilah hasilnya
Another pose




Lepas saje habis worksyop ni semua peserta serbu Body Shop sebab voucher RM150 tu kena redeem ari yang sama. Panjang gile barisan. Nanti kalau ada masa saya share barang2 yg saya telah redeem dalam PEA worksyop part 2. Semuanya best!
Dah puas hati.. bole balik sekarang

19 April 2011

MENU DIET : SAYUR AIR





Satu lagi menu diet yang boleh dikongsi. Seperti biasa menu diet mestilah tanpa minyak kan.. lemak jauh sekali. Saya selalu makan sayur air ni waktu tengahari. Bagi yang baru nak mulakan diet boleh makan dengan nasi atau tambah kuey tiaw ataupun mee hoon... Tapi saya tak makan la nasi.. sayur air itu sahaja..


Bahan-bahannya;
1 ikat sawi (saya guna sawi yg pendek)
1/8 kobis
beberapa hiris petola
1/4 carrot
1 biji lada besar
1 bungkus fucuk dan soon (betul ke ejaannya) 
Segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (kecil)
beberapa fish ball dan fish cake
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu kecil chicken seasoning powder


Cara membuatnya;
- Didihkan air dalam kuali.
- Tumbuk bawang putih, merah dan ikan bilis. Campakkan bahan2 tadi ke dalam kuali.
- Masukkan garam, gula dan chicken seasoning powder.
- Masukkan carrot, fish ball dan fish cake.
- Masukkan fucuk dan soon.
- dan akhir sekali masukkan sayur-sayurandan lada besar tadi ke dalam kuali.
- Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.


Senang kan...sayur air ni sesuai sangat la untuk orang yang malas masak kan.. Resepi ni adalah untuk 3 hingga 4 orang.. Selamat mencuba!

14 April 2011

KOLEKSI GAMBAR RAYA

Opps! jangan tukar siaran anda..Walaupun hari raya masih lambat lagi.. dan puasa pun tak lagi.Tapi saje2 nk share koleksi gambar raya untuk beberpa tahun yang lepas.. Sebenarnya family saya ni memang suka sgt bergambar time raya ni.. Utk kenang-kenagan la katakan... Tapi apa yg nak disampaikan di sini ialah... Sila tengok Perubahan saiz badan masing2 ye yg Ada dlm gambar ni.. Terutama si tembab dan mak dia... hu hu... Oh ya.. perhatikan juga tema warna keluarga ye...


Raya 2010
Masa ni pregnant 4 months
Raya 2009
Adik blum kawin lagi time nih
Raya 2008
Ngape berempat je? hmm.. confius


Raya 2006
Raya 2005
Fuhh..! kurusnya aku..


Fuhh!! penat juga menyelongkar dan juga download balik dari facebook.. hu hu hu... tapi setelah bersusah payah gambar raya tahun 2007 memang tak jumpa sampai kesudah.... tu yang misteri....

13 April 2011

MENU DIET : IKAN TENGGIRI KUKUS





Inilah makanan tengahari saya. Menu berkhasiat kononnya.. Tanpa minyak dan lemak... Ok la ari ni nak share resepinya..


1 potong ikan tenggiri saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 btg serai
2 biji lada kecil (kalu x nak pun takpe sbb pedas)
beberapa biji Lada putih
sedikit SOS tiram
sedikit bawang besar
sedikit limau nipis
gula dan garam secukup rasa


Cara membuatnya :
1. Lumurkan ikan tenggiri yg telah dibersihkan dengan garam dan gula.
2. Tumbuk bwg putih, halia,lengkuas,serai dan lada putih.
3. Lumurkan bahan2 yg ditumbuk tadi pada ikan tenggiri.
4. Perapkan ikan tenggiri selama beberapa jam (5 jam).
5. Sebelum kukus hiris bawang besar dan tabur di atas ikan tenggiri. Jangan lupa perah sedikit limau nipis dan isi sedikit SOS tiram..
6. Kukus ikan tenggiri tersebut sehingga masak.


Bole dimakan dgn nasi panas2. Nak lagi sedap cicah ngan air asam. Tapi saya x mkn dgn nasi tau...itupun ikan tu saya makan sebelah saje.. Lagi sebelah kasi anak makan... Nak tau sedap ke tak.. Mari kita Tanya si debab saya ni.. Ikmal camne sedap x ikan tu?



07 April 2011

HASIL KREATIVITI WAIZ





Hi semua!


Hari ni nak cite pasal my eldest son Waiz Hakimi.. umurnya 8 years.. means that this year standard 2 la... Korang pernah tak belek-belek apa yang ditulis or lukis oleh anak-anak pada kertas kotor atau buku conteng diaorg. Kalau buku sekolah tu memang wajib belek la kan..


Waiz ni orgnya pendiam sket.. tak banyak cakap tapi penyayang orangnya. Especially pada adik-adik dia. 


Aritu saya terjumpa buku conteng yang diaorg selalu lukis robot n raksaksa dan saya jumpa lukisan nie...




Saya tanya dia nie gambar sape? dia jawab...


gambar 1 : ni gambar adik.. abang lukis masa birthday dia...


Gambar 2 : ni ayah... ayah tengah tido.. nampak sangat ayah memang kuat tido..


Gambar 3 : ni ibu tengah guna komputer.. nampak sgt ibu ni mmg suka ngadap komputer.. tapi yang herannya knapa rambut ibu tu tocang dua.. hu hu


Gambar 4 : ni mami (nenek) tgh basuh kain... ooo tu mesin basuh ke?


Apa yang dilukis oleh budak-budak biasanya adalah perception dia terhadap orang disekeliling dia. Tapi memang btul pun.. ayah suka tido.. ibu dok ngadap komputer...


Selain dari melukis di kertas.. Waiz ni suka gak lukis guna komputer... ni salah satu hasil kerja dia.. tak lawa pun tapi bagi standard budak darjah 2 lukis guna komputer kira ok la kan....




Sekarang dia suka lukis bangunan guna komputer.. macam-macam ada.. klcc la rumah la... tapi dia tak print so  tak bole la nak tunjuk... Actually lukisan dia dah improve lately.. Bila difikirkan Waiz suka lukis bangunan.. anak aku ni nak jadi arkitek ke?? hmm.. cakap nak jadi doktor.. mungkin doktor  yang ada art sket kot. hu hu...


Ok la..sampai sini saja.. bye!

WATSONS MEMBER CARD

Hi semua!


Tentu korang dah pernah dengar pasal Watsons Membership Card kan.. dan mungkin ada diantara korang yang dah sign up pun.. so takpe.. ari ni saya nak cite sket pasal Watsons Membership Card (WMC) nie.. Actually, saya selalu beli barang di Guardian Pharmacy sebab senang Guardian ni ada on the way balik rumah dari tempat kerja.. so singgah la kejap.. Tapi aritu masa membeli di Watson Megamall dia offer saya.. "kak nak register WMC tak banyak benefit selain boleh collect point.. 12 ringgit je". Saya pun tanpa berfikir panjang dan cakap "hmm.. okla.."


Untuk register WMC card ni senang saja.. hanya perlu ke mana-mana Watsons dan cakap je nak register... registration fees adalah sebanyak RM12 sahaja.. kalau ada pembelian dia terus guna kad tu dan boleh collect point... tapi kena activate card tu dulu kalau nak redeem point kat website Watsons. Dia akan minta korang isi online form.. proses ni kejap je tak sampai pun 5 minit.. yang dia minta pun basic info jek.. pastu kena tukar password yang dia dh bagi pada kad tu..


So.. inilah dia WMC yang saya dapat.. yang kiri tu cam starter kit la ada macam-macam penerangan  yang kiri tu lah rupa WMC yang akan digunakan untuk collect point
dan yang menariknya ialah...
Voucher product... semua ada makeup, skincare and bodycare... best... best
dan yang paling penting adalah benefit WMC nie :




ok la.. itu jela nak citer.. bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

comments